Krisis Ringgit Malaysia: 3 Strategi Lindungi Kejatuhan Nilai

Krisis ringgit semakin parah sejak awal tahun 2023 yang lalu. Sehingga menjadikan ringgit tersenarai di antara matawang yang berprestasi terlemah secara global.

Nilai sesebuah matawang bergantung pada faktor-faktor dalam negara seperti kestabilan politik, kadar inflasi, hutang dan sebagainya.

Juga boleh disebabkan faktor luar negara seperti kelemahan dolar Amerika, kadar defisit, perang Ukrain-Rusia dan sebagainya.

Krisis ringgit

Terdapat 3 strategi yang berpotensi bagi mengatasi atau mengurangkan masalah kejatuhan nilai matawang negara kita. Yang dikenali sebagai ringgit.

1- Dasar Kewangan

Melaksanakan dasar kewangan yang ketat merupakan strategi yang biasa dilakukan oleh kebanyakan negara-negara maju bagi mengatasi kelemahan nilai matawang.

Strategi ini hanya boleh dilakukan oleh pihak bank dengan menaikkan kadar faedah pinjaman. Yang lebih dikenali sebagai kadar OPR (Overnight Policy Rate).

Dengan menaikkan kadar OPR, kadar pinjaman akan menjadi mahal. Maka, individu dan peniaga akan kurang berminat untuk membuat pinjaman. Sekaligus, mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan kadar simpanan wang.

Namun, strategi ini hanya bersifat sementara. Menaikkan kadar faedah hanya mampu memperlahankan kesan inflasi. Ia bukanlah strategi yang berkesan bagi mengatasi kejatuhan nilai ringgit.

Sebabnya, inflasi tetap akan berlaku cuma dalam kadar yang lebih perlahan. Dalam tempoh 2 tahun akan datang, inflasi tetap akan meninggi dan nilai ringgit bakal jatuh juga akhirnya.

Ibaratnya seperti ubat tahan sakit yang sekadar mengurangkan kesakitan. Tetapi, ubat tahan sakit tidak mampu menyembuhkan penyakit tersebut. Begitulah persamaan menaikkan OPR dan ubat tahan sakit.

2- Pasaran Pertukaran Asing

Strategi ini juga biasanya dilakukan oleh kebanyakan negara-negara maju bagi mengatasi kejatuhan nilai matawang. Dengan melibatkan campur tangan secara langsung ke dalam pasaran pertukaran asing (Foreign Exchange Market).

Bank negara bertindak untuk membeli matawang tempatan secara aktif dengan sengaja sambil menjual matawang asing. Tindakan ini akan meningkatkan permintaan terhadap matawang tempatan lalu menstabilkan nilainya.

Strategi ini seiringan dengan usaha menambat ringgit dengan matawang Dolar Amerika. Asasnya adalah bagi memudahkan perdagangan antarabangsa dengan meminimumkan turun naik kadar pertukaran matawang.

Namun, menambat matawang biasanya memerlukan rizab modal yang besar. Sekaligus boleh membebankan ekonomi negara, kerana sumber yang besar diperlukan hanya untuk mengekalkan tambatan.

Suatu ketika dulu, apabila nilai ringgit jatuh, pasti keluar artikel tentang saranan Tun Mahathir supaya ringgit ditambat dengan emas berbanding dolar.

Sebab nilai emas lebih stabil berbanding dolar. Dolar hanyalah wang kertas yang nilainya masih boleh dihakis inflasi. Nilainya juga bergantung pada kestabilan politik dan ekonomi kerajaan Amerika Syarikat.

Diburukkan lagi sejak perang Ukrain-Rusia, dolar Amerika semakin lemah. Penubuhan matawang baru oleh negara BRICS yang bersandarkan emas sebagai alternatif untuk keluar dari kebergantungan pada dolar.

Bermaksud, strategi pasaran pertukaran asing mungkin tidak lagi berkesan. Akibat dari kelemahan dan kehilangan pengaruh dolar pada pasaran global.

3- Kawalan Modal

Kawalan modal atau capital control merupakan tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan dan pihak bank pusat sesebuah negara bagi mengelakkan susut nilai matawang atau krisis ringgit.

Dengan cara mengurus dan mengawal selia pergerakan modal masuk dan keluar negara. Strategi ni pernah dilakukan ketika Kegawatan Ekonomi Asia pada tahun 1997.

Ketika itu, kerajaan bertindak mengehadkan aliran keluar dana pelaburan dan mengurangkan serangan spekulatif ke atas matawang ringgit.

Ia dicapai dengan melaksanakan pelbagai langkah, termasuk sekatan ke atas penghantaran pulang dana dan mengekang penukaran ringgit kepada matawang asing.

Namun, dalam jangka masa panjang, timbul kebimbangan tentang keyakinan pelabur asing dan bagaimana Malaysia di lihat sebagai destinasi pelaburan.

Kawalan modal berpotensi mempengaruhi persepsi pelabur asing terhadap kestabilan ekonomi dan pelaksanaan dasar yang konsisten.

Strategi Kita Sebagai Individu

Ketiga-tiga strategi di atas pernah dilakukan oleh kerajaan dan bank bagi mengelakan dari berlakunya krisis ringgit.

Namun, strategi di atas tetap berpotensi mendatangkan kesan buruk ke atas matawang dalam jangka masa panjang. Ia hanyalah bersifat sementara dan bukannya bersifat kekal.

Bermaksud, ringgit tetap terdedah pada risiko kejatuhan nilai. Sungguhpun, strategi-strategi di atas telah dilaksanakan dengan cekap. Dalam jangka masa panjang, nilai ringgit tetap akan jatuh.

Oleh sebab itu, pakar-pakar kewangan dunia telah beralih kepada aset fizikal seperti emas dan perak. Pakar saran kita simpan emas dan perak berbanding matawang kerana ia hanyalah ‘kertas’.

Lama-kelamaan wang kertas tetap akan susut nilai. Sungguhpun strategi-strategi hebat telah di laksanakan dengan cekap. Matawang tetap akan jatuh nilai dalam jangka masa panjang.

Tidak ada matawang yang kekal nilainya dalam sejarah dunia termasuklah Dolar Amerika. Selagi matawang dicetak, selagi itu inflasi akan berlaku dan kuasa beli duit akan jatuh.

Apa yang boleh dilakukan oleh kita sebagai individu ialah menukarkan wang simpanan kita kepada emas atau perak fizikal. Jika dibiarkan dalam bentuk matawang, kekayaan kita tetap akan berkurang di masa depan.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

FREE!>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
26 September 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments