OPR Naik Lagi! Kenapa Mesti Mula Menabung Emas?

OPR (Overnight Policy Rate) dinaikkan lagi oleh bank negara. Sejak pandemik Covid-19 tempoh hari, ia telah beberapa kali dinaikkan sehingga kini.

Maka interest rate bagi pinjaman khususnya pinjaman kereta dan perumahan semakin meningkat. Beban hutang sedia ada akan bertambah.

Walaubagaimanapun, menaikkan kadar OPR merupakan langkah bagi melambatkan hiperinflasi matawang. Jika tidak, ringgit akan mengalami inflasi yang sangat tinggi yang tidak terkawal.

opr

Jika ringgit mengalami hiperinflasi, maka harga barang bakal naik melambung dengan cepat. Kos sara hidup bakal meningkat secara mendadak akibat kuasa beli ringgit jatuh.

Maka kehidupan rakyat akan dihimpit dengan kenaikan kos dan beban hutang yang semakin tinggi. Berpunca daripada kuasa beli duit kita semakin lemah.

Sungguhpun kita rajin menabung duit di bank, namun kekayaan tidak akan bertambah. Disebabkan kuasa beli duit yang jatuh. Segala tabungan duit dalam bank semakin susut nilai.

Adakah Menaikkan OPR Tindakan Bijak?

Overnight Policy Rate hanya akan dinaikkan ketika keadaan ekonomi mendesak. Contohnya ketika inflasi ringgit sangat tinggi sehingga tidak terkawal. Dan apabila nilai ringgit jatuh berbanding Dolar Amerika.

Maka, bank negara terpaksa bertindak menaikkan OPR bagi melambatkan kesan inflasi ringgit. Ia sekadar melambatkan kesan inflasi. Dan ia bukanlah solusi bagi mengatasi masalah inflasi.

Oleh itu, kesan inflasi tidak akan berlaku serta merta. Kesannya bakal dirasakan dalam tempoh 2 tahun akan datang. Maka, kita harus bersedia menghadapi kenaikkan kos sara hidup dalam tempoh 2 tahun akan datang.

Rekomendasi Untuk Anda: Ringgit Lemah! Masa Untuk Emas

Jika kita membaca sejarah matawang, setiap kali ringgit jatuh, maka Tun Mahathir sering menasihatkan supaya menambat ringgit dengan emas.

Menambat ringgit dengan emas ternyata berkesan bagi menstabilkan nilai matawang. Buktinya, ketika Kegawatan Ekonomi 1997, apabila ringgit diserang oleh FOREX Trader.

Tun M menambat ringgit dengan emas dan menolak pinjaman kewangan daripada IMF (International Monetary Fund). Hasilnya, nilai ringgit stabil dan selamat dari hiperinflasi.

Sedangkan negara Asia Tenggara lain seperti Korea, Indonesia, Thailand, Vietnam mengalami keruntuhan nilai matawang akibat hiperinflasi tinggi. Kerana mereka terpedaya mengambil pinjaman IMF.

Buktinya, mereka menggunakan matawang denominasi tinggi pada hari ini. Contohnya, 3,000 Indo Rupiah, 20,000 Korean Won, 3,000 Vietnam Dong.

Sedangkan kita masih menggunakan matawang denominasi kecil. Contohnya, RM2, RM5, RM10, RM20 RM50, dan RM100. Ia bukti keberkesanan menambat nilai ringgit dengan emas.

Rekomendasi Untuk Anda: Singapura Beli 45,000KG Rizab Emas 2023

Singapura sendiri masih mengamalkan kaedah lama bagi menstabilkan nilai matawang mereka dengan menambah rizab emas dalam sentral bank.

Malangnya, di Malaysia menggunakan kaedah moden iaitu dengan menaikkan kadar OPR yang belum tentu berkesan dan tiada bukti kukuh tentang keberkesanannya.

Kesimpulan

Mungkin kita sebagai rakyat biasa tidak mampu mengawal nilai matawang ataupun polisi perbankan. Namun, kita masih mampu mengawal duit yang kita simpan hasil titik pelu bekerja.

Dijelaskan tadi bahawa OPR sekadar melambatkan kesan inflasi selama 2 tahun. Maka, kita ambil peluang untuk menyelamatkan duit simpanan kita kepada emas.

Tempoh 2 tahun merupakan masa yang cukup untuk menukarkan simpanan duit di bank kepada simpanan emas fizikal.

Kita bakal mendapat 2 manfaat menabung emas iaitu melindungi duit kita daripada kejatuhan nilai akibat inflasi dan sekaligus menambah kekayaan kita di masa depan.

Pakar pelaburan juga akui bahawa harga emas pasti akan naik dalam janga masa panjang. Ia hanya persoalan masa.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Kecil

FREE! Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
11 Julai 2023    

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments