Ringgit lemah bukan perkara baru. Ia berlaku sejak kerajaan terdahulu lagi yang berkaitan skandal 1MDB. Pengurusan kewangan yang lemah sekaligus memaksa negara terjerumus ke dalam beban hutang berbillion dolar.
Lalu, di keruhkan lagi dengan pandemik Covid-19, yang memaksa kerajaan seluruh dunia mencetak duit dengan banyak bagi menampung kos pandemik. Akibatnya, ringgit semakin lemah sehingga hari ini.
Tercetus pula perang di antara Rusia-Ukrain. Sekatan ekonomi yang dikenakan negara barat tidak berkesan ke atas Putin. Kerana Putin menyembunyikan harta mereka dengan emas, bukan melalui bank.
Sejak itu, tercetus idea bagi menubuhkan matawang BRICS (Brazil, Rusia, India, China, South Africa). Iaitu matawang yang memutuskan kebergantungan pada dolar Amerika. Konsep matawang lebih bersandarkan emas.
Rekomendasi Untuk Anda: Matawang Baru BRICS Diterima 41 Negara
Justeru, kelemahan ringgit bukan sekadar masalah geopolitik dalam negara malah bergantung pada faktor-faktor luar negara. Begitulah hakikat sistem matawang yang kita gunakan hari ini.
Sungguhpun negara kita hebat menguruskan ekonomi, namun masih terdedah kepada kesan ekonomi dunia khususnya Dolar Amerika.
Nilai duit kita masih bergantung pada barat. Kita masih belum merdeka dari sudut kewangan dan ekonomi. Kita masih dikawal dan dijajah secara kewangan jika kita masih menabung duit di bank.
Menurut sumber FMT, matawang ringgit merupakan di antara matawang berprestasi terburuk. Di mana, nilai ringgit telah jatuh sebanyak 4.5% berbanding dolar Amerika.
Dolar Singapura lebih kukuh kerana mereka lebih menfokuskan pada pengukuhan nilai matawang melalui exchange rate berbanding melalui interest rate bank.
Rekomendasi Untuk Anda: Singapura Beli 45,000 KG Rizab Emas
Namun, di Malaysia lebih fokus kepada menaikan interest rate bank. Sebab itu, kadar OPR (Overnight Policy Rate) selalu dinaikkan oleh bank sejak beberapa tahun kebelakangan.
Akibatnya, ringgit semakin lemah! Beban hutang semakin bertambah. Bank semakin untung, tetapi kita sebagai pengguna semakin terhimpit dengan beban hutang yang semakin tinggi.
Apa Yang Kita Mesti Buat Jika Ringgit Lemah?
Jujurnya, kita tidak mampu mengawal nilai ringgit yang kita simpan sendiri. Apatah lagi nilai duit yang kita simpan di dalam akaun bank.
Namun, kita mampu menukarkan simpanan duit kertas kepada aset fizikal seperti emas dan perak. Kalau dulu kita simpan duit di bank, kini berubah dengan menabung emas.
Rekomendasi Untuk Anda: Bank Negara Naikkan Kadar Faedah (Sebabnya)
Emas dan perak merupakan matawang asal sebelum penggunaan matawang kertas seperti hari ini. Dinar dan dirham telah digunakan sebagai matawang sejak zaman Rasulullah lagi iaitu 1,500 tahun lalu.
Emas tidak terkesan oleh inflasi kerana emas fizikal tidak boleh dicetak. Emas sukar didapatkan. Punca inflasi matawang ialah kerana duit kertas boleh dicetak.
Nilai emas lebih terjamin dalam jangka masa panjang berbanding ringgit. Pada tahun 1997, ringgit bernilai sekitar RM2.50/USD. Hari ini, ringgit telah jatuh kepada RM4.65/USD. Lemah!
Rekomendasi Untuk Anda: Anwar Ibrahim, Tentang Masa Depan Ringgit
Menabung duit tidak akan membuatkan kita bertambah kaya malah semakin miskin. Oleh sebab, nilai duit semakin jatuh dalam tempoh jangka masa panjang.
Sungguhpun bilangan duit kita semakin bertambah dalam simpanan. Namun hakikatnya, nilai duit semakin jatuh. Bermaksud, kekayaan kita semakin berkurang sungguhpun duit semakin banyak.
SHARE sebarkan manfaat walaupun sedikit. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
4 Julai 2023