KWSP Akaun 3: Pengeluaran Fleksibel Bila-Bila Masa (PENTING)

KWSP Akaun 3 telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bertujuan memperkukuhkan jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan jangka pendek ahli.

Bagi memudahkan anda memahami perubahan dengan lebih berkesan, berikut adalah panduan ringkas.

KWSP kini memperkenalkan tiga akaun baru:-

  1. Akaun Persaraan: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1 (Untuk simpanan hari persaraan).
  2. Akaun Sejahtera: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2 (Untuk keperluan kitaran hayat semasa).
  3. Akaun Fleksibel: Memberi anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa.
KWSP akaun 3

Setelah berkuat kuasa nanti, caruman terbaru akan dikreditkan mengikut nisbah 75:15:10. Iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).

Sebelum Daftar KWSP Akaun 3 (PENTING)

Mulai 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi peluang sekali sahaja untuk membuat pilihan memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera ke dalam Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan.

Pilihan ini tidak boleh dibatalkan setelah permohonan diproses. Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera anda, sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.

Untuk mudah faham tentang penstrukturan, anda boleh rujuk terus di Kenyataan Media KWSP

Pindahan boleh dibuat bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024 melalui:

KWSP Akaun 3

Pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun 3/Akaun Fleksibel akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

Anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun 3, Fleksibel KWSP akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Peluang Lipat Gandakan Akaun Fleksibel

Menurut KWSP, kadar dividen adalah sama untuk semua akaun. Dividen yang diumumkan pada tahun 2023 bagi Akaun Konvensional (5.50%) dan Akaun Syarikat (5.40%).

Sejarah kadar dividen KWSP adalah seperti pada jadual di bawah:-

TahunAkaun KonvensionalAkaun Syariah
20235.50%5.40%
20225.35%4.75%
20216.10%5.65%
20205.20%4.90%

Sejujurnya, kita bakal terlepas peluang untuk mendapat dividen apabila pengeluaran dibuat. Namun, kita masih berpeluang meraih keuntungan yang lebih besar daripada dividen yang ditawarkan.

Dengan syarat, kita manfaatkan pengeluaran Akaun 3 (Fleksibel) untuk dilaburkan ke dalam pelaburan emas. Pengeluaran Akaun 3 ini bakal menjadi peluang baru bagi kita untuk melipat gandakan kekayaan.

Harga emas di Malaysia telah mencatatkan rekod tertinggi baru-baru ini. Direkodkan kadar kenaikan harga emas sekitar 49.6% dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini.

Sebaik-baiknya kita manfaatkan pengeluaran Akaun 3 dengan mengutamakan kos sara hidup. Selebihnya, kita gandakan dengan melabur emas bagi masa depan persaraan yang lebih cerah. Insha-allah

Perlu Bimbingan Melabur Emas Bermula RM100?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
7 Mei 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 2 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments