Pelabur emas ramai, namun segelintir tidak mendapat pulangan yang sepatutnya daripada pelaburan mereka.
Malah, ramai yang kehilangan kesemua wang yang dilaburkan. Pelaburan sepatutnya menambah kekayaan, tapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Pelaburan emas adalah pelaburan yang sangat mudah sekali berbanding pelaburan lain. Sepatutnya, ia membantu meningkatkan kekayaan kita dengan mudah. Namun, di manakah silapnya?
Menurut Mentor wang Azizi Ali (pakar wang Malaysia), beliau memperkenalkan kaedah ‘Soal dan Jawab’ perlu dibuat sebelum memulakan apa-apa pelaburan.
Kaedah tersebut memperkenalkan 5 soalan yang perlu dijawab oleh diri sendiri sebelum membuat keputusan untuk membuat pelaburan.
Soalan-Soalannya seperti berikut:
- Mengapa Saya Melabur?
Soalan yang pertama yang mesti kita jawab. Mengapa kita melabur? Sudah tentu jawabannya untuk membuat duit. Tetapi, kita perlu lebih spesifik.
Adakah kita melabur untuk membeli rumah? Untuk kumpul dana persaraan? Untuk dana pendidikan anak-anak? Atau tujuan melancong, haji, umrah?
Jawapannya penting kerana ia membantu kita untuk membuatkan perancangan bagi mengumpul seberapa banyak gram emas yang kita perlukan. Supaya matlamat pelaburan tercapai.
- Berapa Lama Tempoh Saya Boleh Simpan?
Berapa lama kita boleh simpan wang dalam pelaburan ini. Setahun? Dua tahun? Atau lima tahun? Jika kita boleh menyimpan wang dalam tempoh 5 tahun, bermaksud kita mampu menanggung risiko yang lebih tinggi.
Pelaburan emas sangat sesuai disimpan bagi tempoh 2 tahun ke atas. Barulah keuntungan pelaburan yang kita perolehi sangat berbaloi.
Jika kita hanya mampu meninggalkan pelaburan dalam tempoh 2 tahun ke bawah, maka jawapannya adalah melabur ke dalam intrumen konservatif. Contohnya, akaun simpanan tetap.
- Adakah Ia Sesuai Dengan Sumber Kewangan Saya?
Jawaban seharusnya “YA”. Pastikan pelaburan yang kita buat itu sesuai dengan sumber kewangan kita. Tidak perlu buat pelaburan yang melampaui kemampuan kewangan kita.
Kita boleh tukarkan sebahagian dari duit simpanan kita kepada simpanan emas. Sebagaimana disaran oleh pakar emas di antara, 10%, 30% atau 50% daripada pendapatan kita untuk melabur emas.
Pelaburan seharusnya memberi kemudahan, bukannya memberi beban kewangan dalam hidup. Jika pelaburan tersebut membebankan, maka lepaskan saja dan biar ia pergi.
- Bolehkah Saya Tidur Pada Waktu Malam?
Mungkin bunyinya lucu, akan tetapi ia soalan yang kritikal. Jawabannya semestinya “YA”. Pelaburan tersebut mestilah menenangkan jiwa kita.
Sesetengah pelaburan berpotensi membuatkan kita rasa gemuruh setiap masa. Pelaburan seperti itu bakal menyebabkan tekanan darah meningkat kerana kerisauan. Contohnya seperti pelaburan pasaran hadapan, opsyen, dan dagangan matawang.
Baca Rekomendasi: Cara Simpan Emas Paling Selamat
Bagi pelabur emas, kita boleh tidur lena setiap malam jika kita menyimpan emas tersebut di tempat yang selamat. Seperti high security safe deposit box atau Akaun Emas GAP Public Gold.
- Bolehkah Saya Menjualnya Dengan Mudah?
Sebelum membuat pelaburan, pastikan aset pelaburan tersebut boleh dijual semula dan menguntungkan.
Pastikan kedua-duanya, jual dan untung. Jika sekadar boleh jual tapi rugi. Sudah tentu ia bukan sebuah pelaburan yang menguntungkan.
Disebabkan bukan semua jenama emas mudah dijual semula, maka kita mesti memilih jenama emas yang bereputasi tinggi dan mesra Ar-Rahnu.
Di Malaysia, jenama emas yang paling mudah diterima oleh kebanyakan Ar-Rahnu dan mudah dijual semula adalah emas jenama Public Gold.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
14 Mei 2024