Emas 916, Barang Kemas Rugi Jual Semula

Emas 916 biasanya digunakan untuk membuat barang kemas. Ia lebih tahan lasak daripada emas gred 999 yang lebih lembut.

Gred 916 bermaksud ia mengandungi 91.6% logam emas dan selebihnya 8.4% dicampur dengan logam lain. Tujuannya supaya struktur barang kemas lebih kukuh dan tahan lasak.

Jika anda perasan, barang kemas gred 999 seperti rantai tangan contohnya. Biasanya ia mudah lucut dari tangan sebab rosak, patah dan hilang. Sebab struktur emasnya yang lebih lembut berbanding gred 916.

Jangan hairan jika rantai tangan emas terlucut ketika memasak. Ia memang pernah berlaku!

emas 916

Kebanyakan barang kemas jenama antarabangsa menggunakan gred emas yang lebih rendah daripada gred 916. Seperti emas gred 970, 875, 750, 666, dan sebagainya. Sebabnya, ia lebih tahan lasak.

Semakin rendah kandungan emas, maka semakin semakin kuat dan tahan lasaklah barang kemas tersebut. Jika kandungan emas tinggi, biasanya ia senang rosak jika tidak dijaga dengan baik.

Namun, rakyat Malaysia lebih menggemari gred emas yang tinggi. Oleh sebab itu, barang kemas gred 999 dan 916 banyak dijual di pasaran tempatan. Sungguhpun ia tidaklah tahan lasak sangat.

Alasannya, barang kemas sebagai pelaburan jangka masa panjang. Tapi, apabila mereka menjual semula barang kemas tersebut, harganya murah dari pasaran emas semasa. Ada spread dan akhirnya kecewa!

Ramai pembaca blog ini whatapps saya dan meluahkan perasaan mereka. Bertanyakan mengapa mereka rugi apabila jual semula barang kemas mereka?

Bukankah Jual Emas Ikut Harga Semasa?

Soalan Pembaca Blog

Betul! Biasanya jual emas mengikut harga semasa. Tetapi, barang kemas biasanya mengikut harga Persatuan Peniaga Emas Malaysia (FGJAM).

FGJAM tidak semestinya mengikut pergerakan harga emas dunia. Jika harga emas dunia sedang naik atau turun, mereka belum tentu update harga emas dengan serta-merta.

Jika harga emas dunia turun, persatuan boleh lambat menurunkan harga. Dan, jika harga emas dunia naik, sudah tentu mereka naikkan harga dengan cepat.

Rekomendasi Untuk Anda: Jual Emas Pada Harga Tertinggi

Untuk tahu pergerakkan harga emas dunia yang sebenar, anda boleh cek 2 website yang paling dipercayai di dunia berkaitan harga emas. Goldprice.org dan kitco.com

Namun, ia bergantung pada kadar spread yang dikenakan oleh pekedai atau syarikat emas tersebut.

Biasanya, barang kemas dikenakan kadar spread yang tinggi sekitar 20-45%. Sedangkan, kadar spread yang dikenakan ke atas goldbar atau dinar hanya serendah 9% (Bagi syarikat Public Gold).

Kenapa Perlu Ada Kadar Spread?

Soalan Pembaca Blog

Senang faham begini: Katakan, harga emas semasa pada hari ini ialah RM300/gram. Kita pun bercadang untuk menjual cincin emas yang beratnya 1gram pada hari yang sama.

Maka, pekedai emas akan beli cincin kita pada harga RM240/gram. Pekedai telah mengenakan 20% kadar spread daripada harga semasa (RM300) ke atas cincin kita tadi.

Pekedai telah mengambil 20% keuntungan ke atas cincin yang kita jual kepadanya. Kadar spread ialah cara pekedai atau penjual emas mendapat keuntungan. Tanpa kadar spread, bisnes emas akan bankrap!

Rekomendasi Untuk Anda: Emas 999 Atau Emas 916 Lebih Untung

Konsepnya sama seperti kedai Money Exchanger (Pengurup Wang). Kalau perasan, di kedai money exchanger meletakkan 2 harga iaitu We Buy dan We Sell. Kedua-dua harganya berbeza kan! Itulah kadar spread bagi money exchanger.

Namun, bukan semua pekedai atau syarikat emas meletakkan kadar spread yang sama. Kita hanya perlu pandai memilih kedai emas dan sedikit ilmu emas.

Saya selalu jual emas saya kepada syarikat Public Gold yang mengenakan kadar spread yang rendah. Sekitar 12% bagi barang kemas gred 916. Dan di bawah 9% bagi goldbar dan dinar gred 999.

Tips Beli Emas Buat Anda

Bonus!

1- Sebelum beli barang kemas, pastikan kedai tersebut mengenakan kadar spread rendah. Seperti Public Gold. (Kadar spreadnya sekitar 12% bagi barang kemas. Bawah 9% bagi goldbar dan dinar gred 999.)

2- Pastikan kita menjual semula barang kemas apabila harga emas telah naik melebihi kadar spread. Jika kadar spread 12%, pastikan harga emas naik 13% ke atas. Barulah kita merasa untung.

3- Jika harga emas belum naik melebihi kadar spread, dan kita terdesak perlu duit segera. Gadai emas di Ar-Rahnu saja dulu. Jangan jual!

4- Beli goldbar dan dinar untuk pelaburan. Barang kemas hanya untuk perhiasan, bukan pelaburan.

Rekomendasi Untuk Anda: Pajak Gadai Terbaik Mesra Emas Public Gold

Perlu Bimbingan Membeli Emas?

FREE! Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat walau sedikit. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
20 Jun 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments