Emas 999 Atau Emas 916 Lebih Untung?

Emas 999 atau emas 916 lebih bagus? Yang mana patut beli? Yang mana paling untung? Ramai yang bertanya melalui whatsapp dan juga di sosial media seperti Facebook, Instagram dan Tiktok saya.

Opioid Trial In West Virginia Comes Amid A National Reckoning For Big Pharma eminence labs review buy dianabol in usa, buy anabolic steroids online south africa: paleodiet

Di sini saya terangkan dengan ringkas perbezaan antara emas999 dan emas916.

Kadar Ketulenan Emas

Image subject to copyright

Ketulenan emas di ukur dalam unit Karat. Berdasarkan jadual di atas, anda boleh lihat dalam kotak 24 Karat dan juga 22 karat. (Bahagian bawah jadual).

Emas 999 di kenali juga sebagai emas 24 Karat (24K). Mengandungi 99.9% logam emas dan di panggil emas tulen (Pure gold). Sebab setiap 24 bahagiannya adalah emas dan tidak ada campuran logam lain. (100% emas).

Emas 916 di kenali juga sebagai emas 22 Karat (22K). Mengandungi 91.6% logam emas dan selebihnya 8.4% di campur logam lain seperti silver, alloy, zinc dan lain-lain.

emas 999 vs emas 916
PGJewel menjual barang kemas dengan kadar upah tukang rendah.

Emas 916 Lebih Tahan Lasak Sebagai Barang Kemas

Emas 916 pula lebih tahan lasak. Sebab logam emas telah di campur dengan logam lain bagi mengukuhkan struktur emas tersebut. Oleh itu, emas 916 di gunakan secara meluas untuk membuat barang kemas seperti gelang, rantai, anting-anting dan sebagainya.

Emas 916 pula banyak rekaan dan design yang cantik-cantik lagi halus. Malah lebih murah dari barang kemas yang menggunakan emas999. Anda boleh cuci mata di PGJewel.

Kelemahan Emas 999 Sebagai Barang Kemas

Secara amnya, emas999 merupakan logam yang paling lembut. Sebab itu dalam filem selalu ada babak mengigit coin emas yang bertujuan menguji ketulenan. Emas memang mudah lekuk walaupun hanya di gigit dengan gigi. Kalau coin emas di gigit dan tidak meninggalkan lekuk, bermaksud itu emas palsu. Jangan cuba cara ini!

Emas999 jarang sekali di gunakan bagi membuat barang kemas. Sebab logam emas terlalu lembut dan sukar untuk di reka bentuk. Sebab itu barang kemas yang menggunakan emas999 tidak mempunyai rekaan yang pelbagai.

Ada juga barang kemas yang menggunakan emas999. Kebiasaannya mereka akan mengalami masalah seperti mudah rosak, mudah patah, rantai lucut dari lengan dan hilang. Ruginya hilang emas!

emas 999

Emas 999 Atau Emas 916 Sebagai Pelaburan?

Dari sudut nilai, emas999 lebih mahal manakala emas916 lebih murah. Begitu juga apabila kita mahu jual semula nanti, emas999 lebih untung daripada emas916. Sama juga dengan nilai gadaian, emas999 lebih tinggi berbanding nilai emas916.

Kelebihan Emas 999 Sebagai Pelaburan

Biasanya emas999 di jual dalam bentuk goldbar, jongkong, syiling dinar. Bentuk emas sebegini memang di reka khas bagi tujuan pelaburan dan bukan untuk di pakai.

Kelebihannya ialah kadar spreadnya yang rendah berbanding barang kemas. Kadar spread ialah beza di antara harga beli dan harga jual semula bagi sesuatu bentuk emas. Menurut pakar emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim, kadar spread emas yang menguntungkan mesti di bawah 10%.

Di bawah merupakan contoh membuat kiraan kadar spread emas jenama Public Gold. Emas Public Gold paling mesra pelabur kerana harganya sentiasa di update mengikut pergerakan harga emas dunia setiap 20 minit. Semak harga emas dunia di kitco.com.

Baca tentang kelebihan emas Public Gold di sini.

emas 999
Semakin berat emas, semakin rendah kadar spread.

Keburukan Emas 916 Sebagai Pelaburan

Biasanya, emas 916 di jual dalam bentuk barang kemas seperti gelang, rantai, cincin, dan sebagainya. Maka harganya menjadi lebih mahal dari harga semasa. Barang kemas yang di jual oleh kedai emas di Malaysia biasanya mengikut harga FGJAM (Persatuan Pekedai Emas Malaysia).

Selain itu, barang kemas ada kos upah tukang (Workmanship). Upah ini pula bergantung pada reka bentuk barang kemas tersebut. Semakin rumit design-nya, maka semakin mahal upah tukang barang kemas tersebut.

Barang kemas yang mempunyai batu permata susah untuk di pajak gadai di Ar-Rahnu. Ini kerana, barang kemas batu permata tidak boleh menjalani ujian ketulenan menggunakan mesin densimeter.

Jualemas

Kadar spread bagi barang kemas pula sangat tinggi. (Di antara 20% sehingga 40%). Barang kemas yang berkadar spread tinggi akan merugikan anda dari sudut pelaburan.

Cara faham kadar spread emas begini:

Katakan anda membeli sebentuk cincin emas berharga, RM1,000. Dan kenaikan harga emas 20% setahun. Kadar spread kedai emas Tabib ialah 21%.

Setelah 1 tahun pakai cincin tersebut, anda mahu menjual semula cincin itu. Berdasarkan harga emas semasa, cincin tersebut sepatutnya naik harga kepada RM 1,200 (RM1,000 x 20%). Tetapi apabila anda menjual cincin itu, pekedai emas hanya ambil pada harga RM 990 saja (Selepas tolak kadar spread 21%). Masih rugi walau sudah simpan emas 1 tahun!

Kenaikan harga emas 1 tahun = 20% tolak 21% (Kadar spread kedai emas Tabib) = -1% (Masih rugi!)

Contoh situasi di atas boleh di buktikan oleh puan Lina (bukan nama sebenar) yang whatsapp saya mengadu tentang masalah yang di hadapinya tentang barang kemas.

Ketika puan Lina mahu menjual semula barang kemasnya, kedai H dan T mengenakan kadar spread tinggi iaitu 21%. Beliau masih rasa rugi walaupun barang kemas sudah di pakai dalam tempoh masa yang lama.

Oleh itu, kadar spread rendah sangat penting dalam pelaburan emas!

emas 999 habib tomei
Perbualan whatsapp puan Lina dan Ekram Marfuadi

Kesimpulan

Emas 916 sangat sesuai untuk di gunakan untuk barang kemas yang tahan lasak dan cantik di pakai dengan kilauan emas. Dan tidak sesuai di jadikan pelaburan.

Emas 999 pula tidak sesuai di jadikan barang kemas kerana mudah rosak, patah, kemek. Tetapi mempunyai kelebihan sebagai simpanan dan pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Tambah ilmu lagi di sini:

Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
24 Ogos 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nora
Nora
2 years ago

Kalau kita perlukan duit segera, tapi cuma ada beberapa coin emas 999 boleh ke kita bawa coin 999 tu ke pajak gadai Arrahnu untuk gadai, ketika mana kita benarn benar memerlukan duit? Adakah emas pelaburan seperti coin, dinar 999 ini juga boleh digadaikan seperti barang kemas 999? Terima kasih

trackback

[…] Emas 999 atau Emas 916 Lebih Untung […]

trackback

[…] Baca info PENTING: Emas 999 Atau Emas 916 lebih Untung? […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Emas 999 Atau Emas 916 Lebih Untung […]