Merdeka juga membawa maksud bebas tanpa di kawal oleh sesiapa atau mana-mana pihak sekalipun. Itulah maksud kemerdekaan yang sebenar, bukan saja bebas dari penjajah malah bebas dari apa-apa pun. Persoalannya, kenapa merdeka kewangan dengan emas? Kenapa tidak merdeka dengan duit kertas?
Merdeka Dari Inflasi Wang Kertas
Inflasi wang kita biasa sangat dengar, tapi tidak semua orang faham kesan buruk inflasi ke atas duit yang kita simpan. Jika anda tidak mahu faham sekalipu, simpan emas sudah cukup bagi menyelamatkan kita dari jatuh miskin akibat inflasi.
Kisah Hyperinflasi Negara Jerman
Negara Jerman yang hebat pernah di serang hyper inflasi pada tahun 1923. Menyebabkan bekalan matawang meningkat lebih daripada 17 billion KALI GANDA. Lalu nilai matawang susut 97% berbanding emas. Sesiapa yang menyimpan duit ketika itu sudah tentu jatuh miskin secara tiba-tiba!
Sebagai contoh, sepasang kasut pada asalnya berharga 12 Mark (Matawang Jerman ketika itu). Selepas perang dunia 1, harga sepasang kasut itu berharga 30 Trillion Mark! Matawang hilang nilai, tetapi emas terus bersinar kerana 1 blok hartanah komersial di bandar raya Berlin boleh di beli dengan hanya 25 ouns emas saja.
Di situ kita belajar bahawa penyimpan emas bertambah kaya ketika inflasi dan penyimpan duit akan jatuh miskin.
BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia
Merdeka Dari Kawalan Kerajaan
Menurut pakar kewangan Azizi Ali, semua aset terikat kepada sesuatu atau pihak seperti sistem kewangan dan sesebuah kerajaan. Contohnya, saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat. Bon terikat kepada penerbitnya. Manakala wang kertas terikat kepada kekuatan kerajaan.
Tetapi emas tidak terikat kepada apa-apa atau mana-mana pihak sekalipun. Kerana emas merupakan aset yang berdiri sendiri. Dan tiada sesiapa yang tahu bahawa anda mempunyai emas. Kerana emas tidak termasuk dalam rekod kewangan sesebuah negara.
Contohnya anda membeli hartanah, mungkin anda menyangka hartanah tersebut milik anda sepenuhnya. Tetapi jika anda tidak membayar cukai hartanah dalam beberapa tahun, anda bakal di kejar oleh pegawai kerajaan yang mengutip cukai. Di situ anda mulai sedar bahawa pemilik hartanah itu bukanlah anda tetapi kerajaan.
Hanya emas saja aset yang kita boleh miliki sepenuhnya. Kerana emas tidak terikat dengan cukai kerajaan, malah tidak bergantung pada dolar amerika.
Merdeka Dari Krisis Ekonomi
Kita biasa dengar tentang Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, tetapi kita tidak sedar betapa serius kerosakan yang di lakukan oleh krisis tersebut ke atas negara kita Malaysia.
Menurut pakar kewangan Azizi Ali, Ringgit telah di serang dan jatuh daripada paras RM2.50 kepada RM4.10 berbanding US Dollar. Indek Komposit BSKL (Bursa Saham) juga jatuh daripada 1,200 kepada 600 mata dan jatuh lagi ke paras 270.
Dengan kebijakan Tun Mahathir (Perdana Menteri Malaysia), beliau berjaya kembalikan nilai Ringgit ke paras RM3.40 berbanding US Dollar. Tetapi masih rendah berbanding nilai Ringgit asal iaitu RM2.50/USD.
Bagi orang yang menyimpan emas, tidak perlu risau kerana emas kebal dari serangan ekonomi! Harga emas ada turun naiknya, namun dalam jangka masa panjang emas tetap naik tinggi dalam sejarah.
BACA Rekomendasi: Jangan Simpan Duit, Kata Pakar Simpan Emas
Merdeka Dari Karenah Politik
Menurut mentor Zulkifli Shafie (Penulis Buku Wang Emas), nilai duit bukan pada kertasnya tetapi pada jaminan kerajaan. Jika berlaku pergolakkan politik, duit boleh hilang nilai! Sedangkan emas tidak perlu jaminan sesiapa.
Diversify Yang Tidak Betul
Semua buku-buku pelaburan menyarankan “diversify“. Kebanyakannya menyarankan supaya letakkan A% daripada duit kepada saham, B% ke dalam Bon, C% ke dalam bentuk wang tunai. Apa masalahnya?
Menurut pakar kewangan Azizi Ali, jika matawang jatuh atau kerajaan gagal, kemungkinan besar nilai semua aset tersebut akan turun. Apabila situasi begini berlaku, “diversify” tidak lagi berguna. Cara betul untuk “diversify”, kita memerlukan aset yang bukan sebahagian dari sistem kewangan. Iaitu Emas dan Perak fizikal.
Merdeka Dari Ketidak-Adilan Nilai Matawang
Jika anda seorang yang suka melancong ke luar negara seperti saya, kita akan rasa kaya jika melancong ke negara yang matawang rendah dari Malaysia. Seperti Indonesia (Rupiah), Thailand (Baht), lain-lain.
Tetapi kita akan rasa miskin jika kita melancong ke negara matawang tinggi seperti Singapura (SGD), Brunei (BND), UK (GBP). Kita mula rasa pertukaran matawang sangat tidak adil!
Menurut tokoh kewangan Shamsuddin Kadir, jika di tukarkan emas kepada matawang Amerika, di dapati harga emas adalah sama secara puratanya di seluruh dunia. Ini menunjukkan pemilikan emas membuatkan nilai harta kita sama naik dan sama turun di negara-negara yang lebih maju.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
31 Ogos 2021