Umrah Haji | Kos Turun 80% (2024)

Umrah Dan Haji

Jika anda membaca di mana-mana artikel, selalu menceritakan bahawa kos umrah/haji mengalami kenaikan. Bila masa pula kos umrah/haji turun?

Di sini saya akan menceritakan bagaimana kos umrah/haji boleh turun sebanyak 80% dan bagaimana ia mampu memberi manfaat dan keuntungan yang besar kepada anda.

Kajian Kos Umrah Dan Haji

Menurut Tuan Mohd Zulkifli Shafie dalam bukunya Misi Bebas Hutang, hasil kajian terbaru, beliau dapati kos menunaikan haji dan umrah bukan saja kekal. Bahkan semakin menurun jika di bayar dengan emas.

Pada tahun 1998, kos menunaikan haji untuk jemaah dari Malaysia ialah sebanyak 267 gram emas. Tetapi pada tahun 1997 (iaitu selepas 20 tahun), kos menunaikan haji menurun kepada 56 gram emas saja! Penurunan sekitar 80%!

Pengiraan boleh di buktikan melalui jadual di bawah:

umrah haji emas
Sumber : G100Network

Bagi menerangkan konsep pada gambar, ia mula begini. Pada tahun 1998, harga emas 1 gram hanya berharga RM30 saja dan kos haji ketika itu berharga RM8,000. Bermaksud, kita memerlukan emas sebanyak 267 gram bagi membayar kos haji (RM8,000).

Di sebabkan harga emas sentiasa naik setiap tahun, maka jumlah gram emas yang diperlukan bagi menampung kos haji semakin berkurang. Iaitu pada tahun 2020, harga emas naik kepada RM260 bagi 1 gram. Maka jumlah gram yang kita perlukan untuk naik haji berkurang iaitu sebanyak 39 gram saja. Walaupun kos haji naik (RM9980).

Pada jadual itu, kita boleh nampak bahawa kos haji semakin meningkat saban tahun. Dalam masa yang sama, harga emas juga semakin naik. Oleh kerana kenaikan harga emas lebih tinggi dan konsisten, maka kos haji semakin murah jika di bayar dengan emas.

Katakan kos haji sama dengan kos menunaikan umrah. Dan anda mempunyai jumlah emas sebanyak 267 gram pada tahun 1998, bermaksud anda mampu untuk menunaikan umrah sebanyak 6 kali pada tahun 2020. Seronoknya!

Sumber : PGG100Network

Bolehkah Pergi Umrah Guna Emas?

Menurut tokoh kewangan Tuan Shamsuddin Kadir, sebaik sudah ada 50 gram emas ataupun lebih, kita boleh letak di Ar-Rahnu. (Maksudnya gadai emas 50 gram di Ar-Rahnu untuk dapatkan duit tunai bagi membayar kos umrah).

Selepas balik dari umrah, kita boleh bayar sedikit demi sedikit ke Ar-Rahnu (Tebus emas semula). Akhirnya emas itu (50gram) kita dapat kembali. Umrah dapat, emas pun masih kekal dengan kita.

Ar-Rahnu ialah pajak gadai Islam

Bolehkah Pergi Haji Guna Emas?

Menurut tokoh kewangan Tuan Shamsuddin Kadir, kita boleh menunaikan haji dengan emas tetapi ada syaratnya. Emas yang kita sudah kumpul itu mesti di jual, dan duit dari hasil jualan emas itu di gunakan untuk membiayai kos mengerjakan haji.

Kerana menunaikan haji mestilah dari duit yang kita ada, bukannya dari duit yang kita berhutang (Ar-Rahnu). Syarat wajib menunaikan haji, mestilah mampu, iaitu berharta, bukannya dengan duit dari harta yang di gadai (Ar-Rahnu).

Maksud beliau ialah kita perlu jual emas kita dan dapat duit hasil jualan, lalu bayar kos haji. Tidak boleh guna emas yang di pajak gadai (Ar-Rahnu).

Jual emas > Dapat duit tunai > Bayar haji

Syarat pergi haji guna emas
umrah

3 Langkah Yang Anda Perlu Buat

Bagi anda yang berniat atau bercita-cita untuk menunaikan umrah/haji, saya kongsikan langkah yang di syorkan oleh Tuan Syukor Hashim (Pakar emas Malaysia) seperti berikut:

  1. Pasang niat mahu naik haji/umrah
  2. Buka akaun di Tabung Haji dan daftar haji.
  3. Mula simpan emas di Akaun Emas GAP Public Gold.

Semoga impian anda untuk menunaikan haji/umrah akan tercapai dengan emas.

Tenik Mudah Kumpul Emas di Telegram Channel

Klik Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
7 Sept 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments