Jangan Simpan Duit. Kata Pakar Simpan Emas

Jangan simpan duit, kenapa simpan duit jika bank mencetak duit anda. Begitulah kata-kata pakar kewangan dunia Robert Kiyosaki dalam sebuah rancangan talkshow yang viral sosial media. Apakah punca sebenar Robert Kiyosaki menyarankan supaya tidak menyimpan duit?

Jangan Simpan Duit, Bank Cetak Duit

Salah satu alasan kenapa pakar kewangan tidak saran simpan duit di bank adalah kerana bank boleh cetak duit. Setiap duit yang kita deposit ke dalam akaun bank, duit tersebut akan dipinjamkan kepada peminjam dalam nisbah (1 : 9).

“Jangan simpan duit, kerana nilai duit anda akan berkurang, kurang, kurang dan kurang.”

Robert Kiyosaki (Pakar Kewangan)

Katakan anda meyimpan sebanyak RM1,000 di bank, 10% akan kekal dalam akaun anda dan 90% dipinjamkan kepada peminjam (loan). Di dalam baki akaun, kita tetap nampak RM1,000. Tetapi hakikatnya yang betul-betul wujud cuma RM100, baki RM900 adalah maya.

Apabila peminjam membayar semula loan termasuk interest rate, maka duit baru akan dicetak. Akibatnya, duit kita akan mengalami inflasi dan susut nilai. Semakin lama kita simpan duit, maka semakin jatuh nilai duit kita.

BACA Rekomendasi: Money Printing Kesan Buruk Duit Anda Di Bank

jangan simpan duit

Duit Banyak Belum Tentu Kaya

Pada 50 tahun lalu, negara Zimbabwe merupakan negara yang sangat kaya yang dikenali dengan gelaran “the bread basket of Africa.” Namun hari ini, negara Zimbabwe telah mengalami hiper-inflasi yang teruk ke atas matawang mereka. Hiper-inflasi Zimbabwe dollar telah melahirkan ramai para billionaire. Malangnya, dengan 100 billion zimbabwe dollar hanya mampu membeli 3 biji telur ayam. Mempunyai duit yang banyak tidak semestinya kaya.

jangan simpan duit

Negara Venezuela merupakan negara yang sangat kaya suatu ketika dulu kerana mempunyai rizab minyak mentah terbesar di dunia (300 billion barrels). Namun, nasib yang sama seperti negara Zimbabwe telah menimpa Venezuela iaitu hyper-inflasi matawang (Bolivar). Maka lahirlah ramai jutawan-jutawan di negara itu. Malangnya, dengan duit 14.6 juta bolivar hanya mampu membeli seekor ayam saja. Menunjukkan duit berjuta tidak semestinya kaya.

jangan simpan duit

Fokus Simpan Emas

Menurut pakar kewangan, masalah terbesar simpan duit ialah inflasi. Duit kertas akan sentiasa susut nilainya dihakis inflasi setiap tahun kerana duit merupakan kertas yang boleh dicetak. Selagi duit tidak berhenti dicetak, selagi itu inflasi tidak berhenti berlaku. Maka susut nilai matawang juga sentiasa berlaku tanpa kita sedari. Akibatnya kekayaan kita semakin berkurang di makan waktu.

Para pakar bersetuju bahawa cara paling selamat dan berkesan bagi melindungi duit kita dari inflasi ialah dengan menukarkan sebahagian duit simpanan kita kepada aset fizikal seperti emas dan perak. Ini kerana emas tidak boleh dicetak dan nilainya ada pada ketulenan dan beratnya sendiri (Intrinsik).

BACA Rekomendasi: Emas! 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas

Info Emas Terkini di Telegram Channel

FREE!>Join Channel

SHARE ilmu ini untuk manfaat semua. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
28 Jun 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA: Jangan Simpan Duit, Kata Pakar Simpan Emas […]