iPhone 14 Naik Harga Di Malaysia, Kenapa?

iPhone 14 baru saja dilancarkan. Sudah tentu ramai rakyat Malaysia tidak sabar untuk mendapatkan produk keluaran terbaru tersebut. Namun, kenapa ada peningkatan harga di Malaysia? Sedangkan harga jualan di Amerika Syarikat tidak berubah. Kenapa harganya naik agak banyak?

Berapa Banyak Harga Iphone 14 Naik?

Apple Amerika Syarikat telah menyenaraikan harga terbaru bagi iPhone14 yang sama dengan harga iPhone 13 keluaran tahun lepas. Menunjukkan Apple tidak menaikan harga atau harganya tidak berubah. Namun, harga yang disenaraikan di Malaysia naik banyak.

iPhone 14

Harga yang diumumkan di AS bagi iPhone14 bermula $799, iaitu sama dengan harga iPhone13 keluaran tahun lepas. Akan tetapi, di Malaysia harganya didapati ada peningkatan yang ketara.

Harga pelancaran iPhone13 (128GB) terdahulu sekitar RM3,899. Manakala harga permulaan iPhone14 berharga RM4,199 iaitu kenaikan harga sebanyak RM300. Bagi iPhone13 Pro pula, harga pelancarannya dulu RM4,899. Manakala iPhone14 Pro terbaru berharga RM5,299, iaitu kenaikan sebanyak RM400.

Sekali lagi di ingatkan bahawa tiada peningkatan harga berlaku di Amerika Syarikat.

Punca iPhone 14 Naik Harga

Kenaikan harga barang import biasanya berpunca daripada kejatuhan nilai matawang ringgit berbanding matawang dolar AS. Faktor matawang ini turut memberi kesan terhadap harga produk Apple. Oleh itu, kita perlu terima kenaikan harga barang import yang semakin meningkat gara-gara kejatuhan nilai ringgit.

iPhone 14

Pada setahun yang lalu (November 2021), 1 USD bersamaan dengan RM4.14. Namun nilai matawang ringgit jatuh ke paras RM4.55 bagi 1 USD (September 2022).

Tahukah anda pada tahun 2012, kadar pertukaran ringgit hanya RM3.06 bagi 1 USD. Maka, tidak pelik jika harga iphone ketika itu tidaklah terlalu mahal seperti harga sebuah motosikal.

BACA: Ringgit Jatuh 9 Hari Berturut-Turut, Apa Wajib Buat?

Ringgit semakin lama semakin jatuh dan tidak pernah naik tinggi. Kini telah jatuh ke paras terendah sejak 24 tahun iaitu RM4.55 bagi 1 USD. Maka ini adalah alasan kuat kenapa harga iphone Malaysia semakin mahal.

Kesan Ringgit Jatuh Terhadap Duit di Bank

Bukan pengguna iPhone saja yang terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit, malah semua rakyat Malaysia. Ini kerana, kita menerima gaji dalam bentuk wang ringgit dan kita membuat simpanan di bank. Apabila nilai ringgit jatuh, maka nilai kekayaan kita akan turut jatuh.

Rugilah penat lelah bekerja setiap hari dan menyimpan duit yang akhirnya nilai duit jatuh disebabkan kelemahan pihak kerajaan menguruskan kewangan. Jika dibiarkan duit simpanan dalam bentuk ringgit, kekayaan kita semakin susut malah semakin miskin.

BACA: Jangan Simpan Duit, Kata Pakar Simpan Emas

Justeru, pakar kewangan seperti Robert Kiyosaki, Mike Maloney, Tuan Azizi Ali, Tuan Mohd Zulkifli Shafie menyarankan supaya simpan duit dalam bentuk emas fizikal. Tujuannya bagi melindungi kekayaan kita daripada dihakis inflasi dan susut nilai matawang. Insha-Allah

FREE! Bimbingan Mula Simpan Emas

Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
20 September 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments