Ringgit jatuh berturut-turut dalam tempoh 9 hari saja bukan perkara remeh. Ia sangat serius dan membahayakan semua simpanan duit kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bekerja penat lelah mengumpul duit lalu nilai duit jatuh begitu saja angkara ketidak-stabilan ekonomi.
Justeru, saya kongsikan langkah yang wajib kita buat demi menyelamatkan harta kekayaan yang kita usahakan selama ini agar tidak jatuh miskin gara-gara kejatuhan nilai ringgit.

Ringgit Jatuh Bukan Perkara baru
Jika kita membaca sejarah matawang, ketika krisis matawang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997, ringgit pernah diserang dan jatuh dari paras RM2.50 kepada RM4.70 berbanding Dolar Amerika Syarikat. Dalam masa 1 tahun saja, nilai ringgit telah jatuh sekitar 50% berbanding dollar.
Ibaratnya, jika anda mempunyai simpanan duit RM100,000 pada tahun 1997. Apa yang berlaku ialah, nilai duit simpanan anda telah jatuh kepada RM50,000 pada tahun 1998. Separuh dari kekayaan anda telah hilang! Walaupun ketika itu jumlah duit anda masih RM100,000, namun hakikatnya nilai duit itu tidak sama seperti tahun sebelumnya.
“Nilai duit bukan di ukur dengan seberapa banyak duit, tapi seberapa banyak barang yang mampu di beli oleh duit itu”
Michael Maloney (Pakar Matawang)

Bila Ringgit Akan Naik
Jika anda faham sistem wang fiat, matawang hanyalah sehelai kertas yang mewakili nilai. Konsepnya sama seperti voucher. Matawang tidak mempunyai nilai intrinsik. Nilai yang ada pada matawang adalah atas jaminan kerajaan sesebuah negara. Dan kerajaan boleh mencetak wang sesuka hati tanpa had.
“That’s thing about paper currency — it’s not worth anything in itself. It has value because, and only for as long as, people BELIEVE it does. That’s how money work”
Tun Mahathir (Bekas Perdana Menteri Malaysia)
Selagi matawang boleh dicetak, selagi itu nilai matawang itu akan menyusut. Buktinya ialah kenaikan harga barang keperluan setiap tahun. Diterukkan lagi dengan pandemik covid-19, di mana kerajaan terpaksa mencetak lebih banyak duit bagi menampung kos pemulihan wabak covid-19.
“Paper money eventually returns to its intrinsic value – zero”
Voltaire (Ahli Sejarah)
Apa Tindakan Mudah Yang Mesti Kita Buat?
Tindakan ini bertujuan untuk melindungi kekayaan kita. Penat lelah berusaha bekerja bertahun-tahun membanting tulang mencari duit dan simpan lalu akhirnya jatuh miskin gara-gara ketidak-stabilan matawang. Saya kongsikan langkah-langkah yang disyorkan oleh pakar-pakar kewangan dunia.
1- Tukarkan 10% dari kekayaan kita kepada emas
Mentor wang Azizi Ali menyarankan supaya kita mesti mempunyai simpanan emas sekurang-kurangnya 10% dari jumlah keseluruhan kekayaan atau portfolio pelaburan.
2- Buat simpanan emas sebanyak 25%
Tokoh kewangan dunia Robert Kiyosaki juga penulis buku bestsellers bertajuk Rich Dad menyarankan untuk membuat simpanan emas sebanyak 25% di luar sistem perbankan sebagai mempelbagai (diversify).
3- Simpan 50% emas sebagai insuran kekayaan
Pakar matawang Mike Maloney menyarankan supaya menyimpan 50% dari kekayaan dalam bentuk emas fizikal sebagai pelindung kekayaan. Juga pelindung dari ketidak-stabilan ekonomi dan geopolitik sesebuah negara.

4- Simpan duit ringgit 3 bulan gaji dalam bank dan selebihnya simpan emas
Penulis buku Wang Emas Tuan Zulkifli Shafie mengesyorkan supaya simpan duit minima 3 bulan gaji sebagai simpanan kecemasan di dalam bank dan selebihnya simpan emas di luar sistem bank.
Teknik Kumpul Emas Serendah RM100 di Telegram Channel
Klik> Join Channel
Artikel Menarik:
Semoga bermanfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
30 November 2021
[…] BACA: Ringgit Jatuh 9 Hari Berturut-Turut, Apa Wajib Buat? […]
[…] Ringgit Jatuh 9-Hari Berturut-turut Apa Wajib Buat […]