Kereta, Kos Tersembunyi Wajib Tahu

Kereta merupakan keperluan penting pada zaman sekarang. Dan sangat mampu di miliki hampir bagi setiap golongan masyarakat di Malaysia. Malangnya, ramai golongan muda yang terperangkap dengan beban hutang akibat mahu berkereta mewah dan bergaya.

Lebih parah lagi apabila 34.42% rakyat berumur 35-44 tahun di laporkan muflis pada tahun 2017 akibat hutang kereta menurut Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Oleh itu, saya kongsikan kos sebenar yang tersembunyi yang wajib anda tahu untuk berkereta.

Keratan artikel

Kos Beli Kereta Sederhana

Katakan kita membeli sebuah kereta baru yang berharga RM50,000. Menggunakan kaedah pinjaman 9 tahun yang mengenakan caj interest rate sebanyak 3.2%. Jumlah harga sebenar yang kita bayar selepas 9 tahun termasuk interest rate ialah RM64,400 (Bukan RM50,000).

Sebab itu kita perlu belajar mengira menggunakan Car loan calculator. Mudah saja!

Selain interest rate, kita juga wajib membuat anggaran bagi kos insuran dan cukai jalan, kos penyelenggaraan (Maintenance) dan baik pulih, kos petrol, tol, parking dan kesalahan trafik (Jika ada). Jadual di bawah bagi memudahkan anda membuat anggaran kos keseluruhan setiap bulan dan setiap tahun.

Kereta kos loan
Jadual anggaran kos berkereta

Kebanyakan orang selalu memandang remeh terhadap interest rate yang nampak rendah. Sebenarnya, caj interest rate tersebut sangat besar dalam tempoh 9 tahun. Biasanya, bank akan menunjukkan bayaran bulanan yang kita perlu bayar. Tetapi jarang sekali menunjukkan jumlah sebenar setelah di tambah caj interest rate selama 9 tahun.

Apabila kita sudah habis bayar selama 9 tahun, kita dapati nilai kereta telah susut sekitar RM15,000 saja. Cara mudah untuk ketahui nilai kereta semasa ialah dengan melihat kadar NCD terendah ketika renew insuran dan roadtax. Anda akan terkejut apabila melihat nilai semakin susut setiap tahun!

Di bawah ialah rumusan kos membeli, membela, dan kadar susut nilai kereta selama 9 tahun.

Jumlah kos kereta

Kerugian Beli Kereta Paling Mampu

Menurut mentor kewangan saya tuan Zulkifli Shafie dalam bukunya Misi Bebas Hutang, ada 2 kerugian membeli kereta paling mampu.

Kerugian Pertama

Apabila membeli sebuah kereta, kita akan hilang kemampuan menyimpan RM1,000 sebulan setelah di ambil kira kos yang perlu di keluarkan untuk ansuran pinjaman bank, termasuk penjagaan, cukai jalan, insuran dan sebagainya.

Kerugian Kedua

Nilainya susut terlalu cepat. Hari ini beli kereta baru, dalam satu malam, nilainya boleh jatuh RM5,000! Bahkan ada kereta yang nilainya terus jatuh sehingga 30% sebaik saja kita membelinya.

Bertukar Kereta Jalan Memiskinkan

Alah! Tambah RM200 saja, bukan banyak. Honda lama bayar RM700 sebulan, Honda baru RM900 sebulan. Sikit saja bossku!”

Kata-kata kita biasa dengar

Memang bayaran ansurannya tidak banyak pertambahan, tetapi bagaimana pula jumlah bayaran keseluruhannya? Baki pinjaman tinggal RM20,000, tetapi tambah lagi hutang baru menjadi RM80,000. Secara matematiknya, dia bertambah miskin sebanyak RM60,000!

Inilah punca utama kenapa ramai orang sangat sukar untuk menjadi kaya. Kejahilan terhadap kewangan yang ada pada diri sendiri. Sebab itulah ramai yang bergaji besar, tetapi mempunyai komitmen hutang yang tinggi. Dan kita rasa pelik apabila melihat orang bergaji kecil tetapi masih boleh hidup selesa.

Ilmu Percuma di Telegram Channel

Klik> Join Channel

Baca lagi di sini:

Semoga bermanfaat, jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
23 November 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments