Gaji Cepat Habis? 7 Prinsip Bantu Anda

Gaji kecil atau besar bukan punca utama duit cepat habis. Kebanyakkan orang di sekeliling saya bergaji besar contohnya seperti golongan Pilot, Engineer, Manager, dan lain-lain. Tetapi masih ada di antara mereka yang mempunyai masalah kewangan yang sama seperti gaji cepat habis atas alasan komitmen kewangan tinggi.

Gaji Oh! Gaji, Kenapa Cepat Habis?

Bila bergaji besar, mestilah teringin mahu pakai kereta besar, rumah besar, bini pun mahu besar! Semua itu bukanlah lambang kekayaan, ia adalah lambang “hutang” kecuali bini. Pakar kewangan dunia mengistilahkan sebagai perangkap hutang (Debt Trap). Punca utama golongan bergaji besar juga dibelenggu masalah kewangan, ialah kerana mereka terpedaya dan terjatuh ke dalam perangkap hutang.

gaji

Konsep Kekayaan Di Salah Anggap

Sejak kecil dari zaman kanak-kanak lagi, kita di ajar dengan mentaliti seperti “Belajar rajin-rajin supaya besar nanti boleh beli kereta besar, rumah besar.” Tetapi kita tidak di beritahu bahawa hutang juga besar.

Kekayaan bukan di ukur dengan kereta besar atau rumah besar, tetapi seberapa banyak duit dan harta yang kita simpan. Ini konsep mengukur kekayaan dengan betul berdasarkan Thomas J. Stanley (Penulis buku The Millionaire Mind).

gaji

7 Prinsip Penting Menyimpan Wang

Asas membina kekayaan adalah “menyimpan,” maka kita perlu ada kemahiran menyimpan duit supaya gaji tidak cepat habis. Oleh itu, saya kongsikan 7 prinsip penting menyimpan wang dari mentor saya iaitu Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Misi Bebas Hutang) yang di yakini berkesan. Insya-Allah~

1- Potong 10% Daripada Gaji Setiap Bulan

Potong sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan bulanan untuk dijadikan simpanan yang dilupakan. Dapat saja gaji, terus potong untuk simpanan dan lupakan. Jangan di ingat-ingat lagi, terus pejam mata. Jangan tunggu duit lebih baru menyimpan.

2- Sulitkan Kaedah Pengeluaran Simpanan

Duit simpanan mesti di simpan di tempat yangsusah” untuk dikeluarkan seperti Tabung Haji (Tiada kad ATM) dan simpanan emas. Bagi Tabung Haji, jangan ambil kemudahan pengeluaran melalui mesin ATM. Kalau mudah sangat di keluarkan, duit simpanan itu tidak akan bertahan lama. Percayalah!

3- Mulakan Sekarang Walaupun Sedikit

Simpan apa yang termampu terlebih dulu. Tidak kisah seberapa banyak. Tujuannya untuk memupuk tabiat menyimpan. Jika sudah terbiasa, maka menyimpan duit akan jadi mudah bagi kita.

Selagi anda tidak menyimpan wang, selagi itulah anda tidak akan menjadi kaya

Mentor Wang Azizi Ali

4- Asingkan Segera Bahagian Simpanan Dari Gaji

Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan dari gaji atau hasil perniagaan. Jika bertangguh, di khuatiri duit simpanan tersebut terguna sebelum selamat di simpan.

5- Cukupkan Dana Kecemasan

Letakkan matlamat untuk menyimpan sekurang-kurangnya berjumlah 3 bulan gaji kasar sebagi dan kecemasan. lebih baik jika boleh simpan 6 bulan gaji. Dana kecemasan ini sangat penting jika berlaku kehilangan pekerjaan, kereta rosak atau hal-hal kecemasan lain.

Gaji kasar, RM3,000 x 3 bulan=RM9,000

Dana Kecemasan

6- Laburkan Semula Keuntungan Simpanan

Kalau dapat dividen dari simpanan, laburkan semula dividen itu supaya duit simpanan berganda. Jangan dibelanjakan kerana dividen tersebut belum tentu untung setelah di tolak dengan kadar inflasi matawang setiap tahun. Walaupun bilangan duit bertambah, sebenarnya kekayaan semakin berkurang akibat inflasi nilai matawang.

7- Ambil Takaful Yang Betul

Jangan jadikan takaful atau insuran sebagai tempat menyimpan wang. Ambil polisi takaful hanya sebagai perlindungan daripada musibah.

gaji

Itulah 7 prinsip penting menyimpan wang, semoga bermanfaat dan sama-sama kita amalkan. Insya-Allah

Ilmu PERCUMA di Telegram Channel

Klik Join Channel

Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
9 November 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Gaji Cepat Habis 7 Prinsip Bantu Anda […]

trackback

[…] Bacaan Rekomendasi: Gaji Cepat Habis, 7 Prinsip Bantu Anda […]

trackback

[…] BACA: Gaji Cepat Habis, 7 Prinsip Bantu Anda […]