Tips menabung duit memang banyak di internet, tetapi mungkin bukan semua berkesan pada anda. Terutamanya bagi anda yang suka berbelanja sakan seperti saya. Tips ini sangat mudah bagi setiap lapisan masyarakat.
Ada yang suka menabung di awal bulan, tetapi di “tengah bulan” korek semula tabungan duit. Semakin menabung malah semakin kurang duit simpanan. Di sebabkan tabung “bocor” di tengah bulan.
Punca Tabung Bocor
Menurut penulis buku Misi Bebas Hutang Tuan Zulkifli Shafie, mengatakan bahawa punca utama tabung duit selalu bocor adalah di sebabkan tidak mempunyai matlamat kewangan. Jika tidak mempunyai matlamat kewangan, kita tidak akan tahu berapa banyak duit perlu di kumpul dan seolah-olah tiada tujuan. Ia menjadikan kita tidak berdisiplin untuk menabung dan sambil lewa saja. Lalu tabung duit selalu bocor di tengah bulan.
Tips Letak Matlamat Kewangan
Meletakkan matlamat kewangan sangat penting bagi membina kekayaan anda. Contohnya seperti:-
- Kumpul duit 5 angka setahun
- Kumpul duit kahwin
- Dana pergi Umrah/Haji
- Dana pendidikan anak-anak.
- Dana deposit beli rumah/tanah.
- Dan sebagainya..
Tips Menabung RM12,000 Dalam Masa 1 Tahun
Tips ini sangat mudah dan boleh di lakukan oleh setiap lapisan masyarakat. Anda cuma perlu berdisiplin dan konsisten. 2 perkara ini sangat penting dalam proses membina kekayaan.
Teknik 4 gram emas sebulan
Setiap kali gaji, asingkan duit untuk membeli emas sebanyak 4 gram sebulan. Anda juga boleh menggunakan duit simpanan untuk membeli emas 4gram. Kerana emas juga merupakan simpanan kekayaan dalam bentuk aset fizikal.
Jika anda konsisten dan istiqomah menabung 4 gram sebulan secara berterusan, maka anda bakal mempunyai simpanan sebanyak RM12,576 dalam masa 1 tahun saja. Insyaallah. Anda boleh lihat bukti di facebook #testimonipenyimpanemas sebagai inspirasi buat anda untuk bermula.
“Untuk berjaya, penyimpan emas dan pelabur emas perlu mempunyai kualiti ini; KONSISTEN.”
Tuan Syukor Hashim (Pakar Emas Malaysia)
4 Gram Berpotensi Jadi RM100,800
Jangan pandang rendah terhadap simpanan emas kecil, kerana ia sangat berpotensi besar untuk menjadi 6 angka dalam masa 7 tahun. Ini disebabkan kenaikan harga emas sebanyak 15-30% setahun. Bermaksud, Compounding effect juga berlaku pada simpanan emas anda.
Harga Emas Naik 605%
Menurut sumber goldprice.org, harga emas dunia mencatatkan kenaikan sebanyak 605.37% dalam masa 20 tahun. Ini menunjukkan harga emas naik sangat tinggi dalam tempoh jangka masa panjang. Bermaksud, kekayaan anda akan sentiasa bertambah dari setiap tahun dengan emas. Insyaallah~
Semoga perkongsian ini memberi semangat dan manfaat pada anda untuk membina kekayaan dengan berdisiplin serta konsisten tanpa kebocoran tabung simpanan.
Tambah ilmu lagi:
Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota kinabalu,Sabah
2 November 2021