iCitra Cepat Habis? Tips Belanjawan KWSP

iCitra bukanlah bantuan kewangan, jangan salah faham. Ia adalah duit dari akaun simpanan KWSP kita sendiri. Kerajaan telah memberi kemudahan kewangan tambahan kepada kita untuk menyara hidup bagi membeli keperluan asas dan meneruskan kehidupan di kala pandemik covid-19.

Oleh sebab sumber duit iCitra datang dari akaun KWSP kita sendiri, maka kita perlu belanjakan sebaik-baiknya. Kerana ia adalah duit yang penting di hari persaraan kita nanti.

icitra
Sumber : kwsp.gov.my

5 Tips Belanjawan iCitra Ketika Pandemik

Sekali lagi di ingatkan, iCitra merupakan duit dari akaun KWSP kita sendiri iaitu duit simpanan persaraan nanti. Rugi kalau kita joli duit itu sekarang. Seolah-olah kita berbelanja dengan menggunakan duit dari masa depan kita sendiri.

Saya kongsikan tips berdasarkan pendapat beberapa pakar-pakar kewangan. Supaya kekal tenang dan gembira.

icitra

Tips 1

Setiap kali terima duit, asingkan kepada 3 bahagian iaitu keperluan, simpanan, sedekah. Utamakan keperluan terlebih dahulu, iCitra kan kemudahan kewangan bagi kelangsungan hidup. Kemudian pastikan ada simpanan dan sedekah.

Sedekah boleh di buat setiap hari, atau setiap hari Jumaat atau setiap hujung bulan. Sedekah terpulang pada anda, tiada paksaan dan sangat digalakkan.

Tips 2

Sekiranya ada duit lebihan setelah membeli barang keperluan, pasang niat untuk membuat simpanan duit. Jika takut duit simpanan “terboros” maka adalah lebih baik duit simpanan ditukarkan dalam bentuk simpanan emas. Biar duit itu “bertenang” dan beku jadi emas serta lebih terjamin jangka masa panjang.

Berdasarkan sejarah krisis yang pernah berlaku di dunia, nilai duit akan jatuh teruk akibat inflasi. Dalam tempoh PKP 1 dulu pun harga minyak mentah dunia jatuh sehingga ‘zero”. Aset emas dan perak fizikal saja yang naik di kala kejatuhan aset-aset lain ketika krisis.

Tips 3

Sebelum keluarkan duit dari dompet, tenangkan fikiran dan senyum. Bagi yang beragama islam, bacalah ayat 54 dari surah Saad yang berbunyi:

Inna haza larizquna ma lahu min nafad

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.

Baca dan fahamkan maksudnya agar kita yakin bahawa rezeki datang dari NYA yang maha esa.

Tips 4

Apabila kita terima duit pula, masukkan duit terus dalam dompet dengan ucapan “alhamdulillah“. Amalan ini akan membuatkan kita rasa bersyukur dengan apa adanya.

Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah, pasti Allah akan tambah nikmat kepada kita. Amin..

Tips 5

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah menyarankan supaya mengamalkan baca ayat Seribu Dinar 3 kali selepas solat. Hikmah mengamalkan ayat Seribu Dinar:

  1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
  2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
  3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
  4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
  5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

iCitra Adalah Duit Persaraan Kita

Suka di ingatkan, icitra ialah duit pencen kita di masa depan. Jika ter-joli, maka kita akan menyesal di hari tua. Mungkin bagi segelintir orang, ia amat sukar akibat desakan hidup ketika pandemik Covid-19. Namun, yakinlah bahawa kesusahan itu hanya sementara. Semoga Allah menggantikan dengan kehidupan yang lebih baik.

Cara Mudah Manfaatkan iCitra Kepada Emas

icitra

Jika anda berniat untuk manfaatkan duit persaraan anda (iCitra) kepada emas. Saya mengesyorkan anda bermula dengan Akaun Emas GAP di Public Gold. Anda boleh bermula simpan emas serendah RM100 saja! Murah dan di yakini patuh syariah.

Tips emas PERCUMA di Telegram Channel

Klik untuk JOIN Channel

Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
26 Oktober 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] icitra Cepat Habis? Tips Kewangan Mudah […]