KWSP, Bersara Dengan Simpanan Emas

KWSP merupakan duit simpanan persaraan bagi rakyat Malaysia. Platform ini sangat bagus sebagai simpanan paksa dan di lupakan bagi menampung kos sara hidup kita selepas bersara nanti.

Wang KWSP boleh dikeluarkan pada usia 60 tahun nanti. Persoalannya, berapa kos sara hidup di masa hadapan? Bagaimana kuasa beli ringgit ketika itu? Cukupkah simpanan duit kita bagi menampung kos perbelanjaan harian ketika bersara nanti?

Kos Sara Hidup Naik Tinggi

kwsp

Kita semua sedar bahawa kos sara hidup semakin tinggi setiap tahun. Harga barang keperluan naik dan bil-bil juga naik. Punca asasnya ialah inflasi yang menghakis nilai matawang kita setiap tahun. Di terukkan lagi dengan pandemik covid-19 yang memaksa kerajaan mencetak duit dengan banyak tanpa had. Akibatnya, nilai ringgit semakin susut dan jatuh di telan waktu.

Sama ada kita suka atau tidak suka, inflasi tetap menghakis nilai duit simpanan kita dalam bank. Termasuk duit simpanan persaraan kita di dalam akaun KWSP. Secara kasar, kita boleh mengandaikan bahawa duit simpanan KWSP mungkin tidak cukup di hari persaraan nanti. Disebabkan kos sara hidup bakal naik!

“The dollar won’t buy what it used to when you retire.”

Mike Maloney (Pakar Matawang Dunia)

Berapa Kuasa Beli Duit KWSP

Dulu ketika saya sekolah, dapat duit poket RM1 sudah mewah. Mampu beli nasi bungkus dan milo ais. Malah masih cukup membeli chewing gum berharga 10sen. Sekarang apa yang boleh di beli dengan nilai RM1? Ini di maksudkan kuasa beli duit RM1 telah susut.

Jika kita memberi duit poket RM1 kepada anak-anak ke sekolah hari ini, sudah pasti tidak cukup untuk membeli makanan. Hari ini pada tahun 2021, duit poket anak-anak sekolah perlu sekurang-kurangnya RM2. Kalau tidak, anak-anak kita mungkin kelaparan di sekolah

20 tahun lepas, nasi lemak boleh dibeli dengan 50 sen, lalu kini jadi RM1.50. Cuba bayangkan harga nasi lemak ketika usia kita 60 tahun nanti. Inilah yang dikatakan inflasi kenaikan harga. Di mana kuasa beli duit kita jatuh.

Cara Selamatkan Kuasa Beli Duit

Mungkin anda pernah dengar tentang teori kambing 1 dinar. Sejak zaman rasulullah iaitu 1,400 tahun lepas hingga hari ini, 1 keping dinar emas masih kekal mampu membeli seekor kambing. Emas bukan setakat tidak menjadikan kita miskin tetapi menjadikan kuasa beli kita berkekalan selama beribu-ribu tahun.

kwsp

Artikel Menarik:

Nasihat Pakar Matawang Dunia Tentang KWSP

Di amerika juga terdapat pelan persaraan yang sama seperti KWSP yang di namakan 401k. Pakar matawang dunia Mike Maloney saran supaya sebahagian duit 401K di pindahkan ke dalam bentuk emas fizikal sebagai pelan persaraan. Ini kerana kuasa beli emas kekal dan membuatkan kekayaan kita bertambah. Insya-allah.

“Turn your 401k into Real. Physical. Gold.”

Mike Maloney (Pakar Matawang Dunia)
azizi ali kiyosaki

Simpan Emas Serendah RM100

FREE klik>Join Telegram channel
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
21 December 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments