Rahsia orang-orang yang berjaya mencapai matlamat kewangan biasanya tidak didedahkan, melainkan jika kita rajin membaca buku-buku kewangan. Namun, anda jangan risau, kerana saya bakal bongkarkan rahsia mereka yang mampu mencapai matlamat kewangan 10 tahun lebih awal! Bagaimana?
Apa Matlamat Kewangan Anda?
Matlamat kewangan berbeza mengikut kehendak atau kehidupan masing-masing. Antara contoh matlamat kewangan yang popular di Malaysia ialah seperti:
- Kumpul duit kahwin
- Kumpul deposit beli rumah
- Kumpul duit pergi haji/umrah
- Langsaikan hutang jahat
- Kumpul modal bisnes
- Kumpul dana pendidikan untuk anak-anak
- Bebas hutang
Rahsia Tabiat Kewangan Yang Betul
Jika anda membaca mana-mana buku kewangan sama ada dalam negara atau di luar negara, mereka akan menekankan tabiat kewangan yang betul. Tabiat yang mesti kita pupuk dalam diri ialah tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji/pendapatan setiap bulan.
BACA: Gaji Cepat Habis, 7 Prinsip Bantu Anda
Jika tabiat ini telah tertanam dalam diri kita, maka langkah seterusnya akan jadi lebih mudah. Kita hanya perlukan instrumen yang betul dan terbukti berkesan. Apa instrumentnya?
Rahsia Terbongkar
Orang-orang kaya mendedahkan bagaimana mencapai matlamat kewangan lebih pantas atau 10 tahun lebih awal berbanding teknik mengumpul duit yang membosankan. Iaitu menukarkan simpanan duit kepada simpanan emas. Emas merupakan instrument yang betul dan terbukti berkesan!
Jika kita melihat prestasi harga emas, trend kenaikan berlaku dalam tempoh jangka masa panjang. Namun masih jauh menguntungkan berbanding dividen ASB atau Tabung Haji, yang sekitar 5-6% setahun.
Walaupun harga emas ada turun naiknya, namun dalam jangka masa panjang, emas sangat menguntungkan kerana emas tidak mengalami inflasi seperti duit kertas. Inflasi wang menyebabkan kuasa beli duit kita susut setiap tahun. Sekaligus inflasi menjurus kepada kemiskinan.
BACA: Kumpul Duit Kahwin RM40,000 Dalam Masa 3 Tahun
Rahsia Orang Berjaya, Testimoni
Teknik ini mungkin masih baru bagi anda. Namun hakikatnya, teknik ini telah digunapakai sejak 1,500 tahun lalu sehingga sekarang. Malah, billionaire-billionaire di dunia telah menyimpan sekurang-kurangnya 50% daripada aset kekayaan mereka dalam bentuk emas fizikal.
Antara testimoni daripada orang yang berjaya mencapai matlamat kewangan mereka dengan emas:
BACA: Kumpul Emas Serendah RM100, Akaun Emas GAP
SHARE untuk manfaat kepada semua orang. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
7 Jun 2022
[…] BACA Rekomendasi: Rahsia Capai Matlamat Kewangan Lebih Pantas […]