Beli Emas, Kewangan Kita Bertambah Baik?

Beli emas bakal mengurangkan duit kita. Tapi bagaimana kewangan kita bertambah baik dengan beli emas? Persoalan ini akan saya huraikan berdasarkan pengalaman daripada lebih 900,000 orang penyimpan emas di Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei.

beli emas

Psikologi Beli Emas

Konsep penting yang kita mesti faham ialah emas adalah simpanan (saving). Emas adalah wang, aset ataupun harta. Beli emas hanyalah menukarkan wang kertas kepada aset fizikal. Ataupun menukarkan nilai kepada nilai. Bukan belanja hangus!

Beli emas simpan duit, bukan habiskan duit.”

Hawanis Hashim

Berdasarkan #testimonipenyimpanemas, emas membuatkan kita ketagih untuk menambah lagi walaupun kita telah mempunyai beberapa ketulan emas. Secara automatik, saving kita akan bertambah.

Jika kita simpan duit, kita pasti terfikir untuk berbelanja atau shopping. Apabila dapat duit lebih atau bonus, perkara pertama yang timbul dalam fikiran kita ialah “mahu beli apa?” Akhirnya, duit boros dibelanjakan. Ini psikologi duit kertas.

Simpan wang tunai habis tak tahu ke mana. Simpan emas makin bertambah-tambah. Magicnya simpan emas.”

Adriana Daniel

Berbeza dengan psikologi emas. Kita tidak terfikir untuk menjual atau membelanjakan emas kita, kerana faktor emosi. “Kalau jual, sayang pula, harga emas makin naik.Maka kita boleh cegah nafsu boros!

Walaupun hakikatnya kita tahu bahawa kita bakal meraih keuntungan yang banyak jika menjual semula emas pada harga tinggi. Tapi kita tidak akan menjualnya tanpa sebab yang mustahak atau mendesak.

“Sejak simpan emas, saya dah pandai menabung.”

Halim Apdal

Hasilnya, duit kita selamat daripada nafsu boros berbelanja. Dan kekayaan kita semakin bertambah kerana ketagih untuk membeli emas lagi dan lagi. Duit seronok dibelanja, emas seronok dikumpul!

Kuasa Beli Bertahan

Sebagaimana yang anda tahu, duit kita sentiasa dihakis inflasi saban tahun. Inflasi menyebabkan kuasa beli duit kita semakin hari semakin kecil. Buktinya ialah harga barang semakin mahal.

Pada zaman sekolah dulu-dulu, duit poket ke sekolah cukup dengan RM1 saja. RM1 mampu beli nasi lemak, air sirap, dan gula-gula di kantin sekolah. Hari ni, cukupkah RM1 untuk belanja sekolah anak-anak kita?

Beli emas

Ia menunjukkan kuasa beli duit kita semakin lemah dan kecil. Jika kita sekadar menyimpan duit sebagai tabung masa depan atau persaraan, maka kekayaan kita semakin berkurang di masa depan.

BACA Rekomendasi: Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi Ringgit

Memanglah duit tabung semakin bertambah. Tapi dari sudut nilai, kekayaan menurun dalam jangka masa panjang akibat inflasi wang dan susut nilai matawang.

Berbeza dengan kuasa beli emas yang bertahan sejak zaman rasulullah lagi. Emas tidak mengalami inflasi seperti duit kertas. Malah nilainya meningkat dari tahun ke tahun dan sangat sesuai dijadikan simpanan harta bagi jangka masa panjang.

Testimoni Penyimpan Emas

“Belum sempat saya berbelanja, duit ekstra saya sudah dipindahkan bagi membeli emas. Daripada tidak memiliki duit langsung, sekarang saya sudah memiliki berpuluh-puluh gram emas jongkong.”

Peserta Kursus

“Alhamdulillah, jumpa solusi kepada kebocoran simpanan. Simpan duit asyik cari idea macam mana nak belanja. Simpan emas, jadi selalu cari idea macam mana nak tambah.”

Rosda Muhamad

BACA Rekomendasi: Rahsia Capai Matlamat Kewangan Lebih Pantas

“Bila kenal emas, asyik berkira nak shopping benda lain.”

Nazim Hamzah

“Bila simpan emas baru merasa ada simpanan masa depan.”

Mariam Salim

Tips Emas PERCUMA di Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
06 Disember 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments