Krisis ekonomi sudah dijangka berlaku apabila Selat Hormuz di tutup gara-gara konflik Iran dan Amerika Syarikat (AS).
Selat Hormuz merupakan laluan penting minyak mentah dunia. Sekitar 20% minyak mentah dunia dan sumber gas asli melalui selat tersebut.
Penutupan selat tersebut gara-gara perang Iran-As telah membantutkan aliran global. Lalu, menyebabkan peningkatan kos perkapalan dan harga minyak mentah dunia.
Di Malaysia juga tidak terkecuali apabila harga diesel di semenanjung meningkat kepada RM6.02 seliter (2-8 April 2026). Subsidi minyak dihadkan gara-gara kemungkinan berhadapan kekurangan bekalan minyak.
Peningkatan harga minyak telah memberi kesan buruk kepada pasaran. Harga barangan keperluan mula naik. Perdana Menteri mengumumkan WFH (work from home), bekerja dari rumah. Sebagai langkah penjimatan minyak.
Selain itu, syarikat penerbangan mula menghadkan jumlah penerbangan. Segelintir staf terpaksa diberi cuti tanpa gaji sebagai langkah menghadapi krisis minyak.
Situasi tersebut menunjukkan, bahawa Malaysia sedang menghadapi dalam fasa krisis. Sesuatu mesti dilakukan sebagai persediaan. Kita mesti menukar cara hidup kita kepada “Survival mode”.
Simpan Cash Atau Emas?
Terdapat perdebatan berlaku di Malaysia, sama ada kita perlu menyimpan cash atau emas sebagai persediaan menghadapi krisis.
Sejujurnya, cash sangat penting berbanding aset pelaburan lain ketika krisis. Pastikan kita menyimpan cash yang cukup di tangan. Bukan cash yang disimpan dalam bank.
BACA LAGI: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia
Jika kita membaca sejarah krisis yang pernah berlaku, bank pernah kehabisan wang. Akibatnya, pendeposit tidak dapat mengeluarkan wang mereka. Sebagaimana berlaku di Greece.
Sebaiknya, kita menyimpan cash yang cukup ditangan. Sebahagian wang perbelanjaan hendaklah disimpan dalam bank. Bagi memudahkan perbelanjaan keperluan di atas talian.
Krisis Cash
Jika krisis bertambah teruk sehingga tidak dapat dibendung lagi, kemungkinan besar matawang tidak lagi mampu membeli beras. Dalam kata lain, matawang tidak laku!
Contohnya, serangan AS ke atas Venezuela pada awal tahun 2026 telah menyebabkan matawang Bolivar hilang nilai. Matawang tidak lagi berfungsi untuk membeli barangan.

BACA LAGI: Argentina Inflasi 300%. Pengajaran Untuk Rakyat Malaysia
Duit kertas mereka tidak lagi mampu membeli barang keperluan asas hidup. Duit kertas Bolivar hanya menjadi wallpaper atau perhiasan.
Krisis tersebut memaksa penduduk Venezuela menggunakan emas sebagai alat untuk membeli barang keperluan. Emas kembali diterima oleh peniaga sebagai alat pembayaran.
Bank Pusat Tambah Rizab Emas
Menurut data WGC (World Gold Council), bank pusat secara global merupakan pembeli emas tetap sehingga tahun 2026. Sungguhpun harga emas meningkat, bank pusat tidak berhenti membeli emas.
Trend di awal tahun 2026, data WGC menunjukkan China dan Kazakhstan kekal sebagai pembeli emas aktif sejak bertahun-tahun lalu.
Sementara, negara seperti Indonesia dan Malaysia telah mula menjadi pembeli emas. Pembelian emas bukannya kebetulan. Ianya sebagai pelindung bagi menghadapi krisis ekonomi yang sukar dijangka di masa depan.

BACA LAGI: Dinar Emas, Dirham Perak, Alternatif Matawang Masa Depan
Persoalan yang kita perlu tanya ialah, jika bank pusat secara aktif menambah simpanan emas, mengapa kita masih simpan cash di bank?
Jika anda belajar ilmu mantik, begitulah soalan yang kita perlu tanya. Tujuannya untuk mendapatkan logik bagi menguji kebenaran. Atau bagi mengetahui, adakah sesuatu itu merupakan kebenaran atau pembohongan.
Contoh soalan, jika kita disaran menyimpan cash, mengapa bank pusat simpan emas? Sepatutnya, jika kita disaran menyimpan cash, bank juga perlu simpan cash. Barulah ia logik dan masuk akal.
“Dan barangsiapa yang tidak menguasainya (ilmu mantiq), maka ilmunya adalah diragukan dan tidak dipercayai keabsahannya.”
-Imam Al-Ghazali-
Kesimpulannya, simpan cash adalah penting dan begitu juga emas. Kita perlu ada simpanan emas sebagai persediaan. Takut-takut matawang tidak lagi berfungsi sebagai duit akibat dimakan inflasi gara-gara krisis.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE>Daftar Di Sini
SHARE sebarkan manfaat, jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
8 April 2026

