Argentina Inflasi 300%. Pengajaran Untuk Rakyat Malaysia

Argentina dilanda inflasi matawang tinggi hampir 300%. Sekitar 40% penduduk yang dahulunya kaya, kini hidup di bawah paras kemiskinan akibat inflasi yang menghakis nilai matawang mereka.

Pada suku pertama tahun 2024, Argentina telah mengalami kesan normalisasi. Apakah dimaksudkan dengan normalisasi?

Normalisasi ialah penyelarasan harga-harga yang tertangguh terutamanya kadar upah yang merupakan salah satu isu yang tertangguh.

Mereka berdepan dengan kejatuhan nilai gaji sebenar. Penurunan nilai gaji sebenar menyebabkan penurunan permintaan agregat, penggunaan, dan aktiviti ekonomi.

Krisis berkenaan bukan saja menyebabkan kenaikan harga barang. Malah kos perumahan, bil air, gas, dan elektrik turut menaik secara mendadak.

argentina inflasi

Sebuah bandar di sempadan Paraguay, yang dulunya menjadi tempat membeli-belah. Kini suram bertukar seperti ‘bandar hantu’.

Argentina mengalami krisis ekonomi yang buruk selama beberapa tahun disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan negara, produktiviti rendah dalam industri dan ekonomi bayangan yang besar.

Justeru, menyebabkan negara kehilangan hasil cukai yang banyak. Menjadikan, Argentina sebagai negara yang mengalami inflasi terburuk di dunia. Negara kedua inflasi terburuk, Venezuela.

Pengajaran Buat Rakyat Malaysia

Ringgit juga mengalami inflasi seperti matawang fiat lain di dunia. Walaupun ringgit tidak seburuk peso, Argentina.

Inflasi tetap akan berlaku secara berterusan pada mana-mana wang kertas yang dicetak di dunia. Selagi wang kertas dicetak, maka inflasi tetap akan berlaku.

Apabila inflasi tinggi atau tidak terkawal, biasanya bank pusat akan menurunkan kadar faedah. Yang dipanggil kesan OPR (overnight policy rate).

Kesan OPR boleh menurunkan kadar inflasi buat sementara waktu. Namun, kesannya pasti akan dirasakan dalam tempoh 2 tahun akan datang.

Ketika itu, harga barang semakin naik akibat kuasa beli ringgit semakin yang lemah. Sebagaimana contoh yang berlaku pada Argentina, 40% orang kaya jatuh miskin akibat inflasi matawang.

Inflasi wang sememangkan melupuskan orang kaya. Apatah lagi orang miskin. Sebagaimana yang dikatakan pakar kewangan bahawa wang kertas bukanlah penyimpan nilai yang terbaik.

Terdapat 2 risiko besar menabung duit kertas. Iaitu risiko inflasi dan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar.

Risiko tersebut menyebabkan menabung duit tidak lagi menambah kekayaan malah semakin miskin. Tidak berbaloi menabung duit kertas hasil titik peluh berkerja yang semakin jatuh nilainya.

Oleh itu, pakar-pakar kewangan sendiri menyarankan supaya menukarkan simpanan duit kepada simpanan emas fizikal. Emas merupakan aset penyimpan nilai terbaik.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
2 Jun 2024   

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments