China & Russia Guna Matawang Emas Tewaskan Dolar

China dan Russia merupakan negara-negara yang menyandarkan matawang negara mereka dengan emas sebagai strategi pertahanan daripada sekatan ekonomi barat.

Sejak kerajaan Presiden Biden (Amerika Syarikat), banyak sekatan ekonomi dilancarkan kepada Russia berikutan konflik Russia-Ukrain.

Sekatan ekonomi bukan saja terhad kepada Russia, malah termasuk China dan setiap negara-negara yang tidak menyokong agenda Amerika Syarikat (AS) turut dikenakan sekatan ekonomi.

Malah AS mengancam sekatan ekonomi ke atas Uganda yang melaksanakan undang-undang anti-gay. Sekatan ekonomi bukan saja dikenakan ke atas negara yang berperang malah dikenakan ke atas negara yang tidak menyokong idealogi AS.

Oleh sebab itu, negara-negara besar mencari alternatif mempelbagai (diversify) bagi mengelakkan daripada dikenakan sekatan ekonomi AS yang tidak masuk akal.

Sejak tahun 2022, World Gold Council (WGC) mencatatkan rekod pembelian emas terbanyak oleh bank pusat China. Emas merupakan alternatif terbaik bagi bank pusat bertujuan diversify daripada terus bergantung pada dolar.

Begitu juga dengan Russia yang merupakan di antara negara pengeluar emas terbesar di dunia. Apabila Russia dikenakan sekatan ekonomi barat, Russia menjual emasnya kepada China bagi melancarkan ekonominya.

Dilaporkan Kitco.news, China membeli 6.6 tan emas daripada Russia pada tahun 2022. Iaitu kenaikan sebanyak 67% daripada tahun 2021.

Sejak itu bermula peningkatkan perdagangan antara China-Russia. Dengan kuasa emas, matawang China (Yuan) dan matawang Russia (Rubel) setanding untuk bersaing dengan dolar AS.

Kebanyakan negara-negara Afrika, Latin, dan Asia mula meninggalkan dolar dan mencontohi tindakan China dan Russia. Dengan mengikat matawang negara masing-masing dengan emas.

Pada tahun 1999, 73% rizab matawang global adalah dalam bentuk matawang dolar AS. Sejak tahun 2021, hanya 55% rizab matawang global dalam bentuk dolar AS.

Disebabkan AS telah menyita aset kewangan Russia pada tahun 2022, maka kebanyakan negara global hilang kepercayaan pada AS.

Akibatnya, pada tahun 2023, hanya kurang dari 47% rizab matawang global dalam bentuk dolar AS. Dominasi dolar semakin menurun dan rizab emas global meningkat.

Emas menjadi pelindung ekonomi daripada sekatan ekonomi barat dan ketegangan geopolitik. Dalam masa yang sama, emas juga meningkatkan kekayaan sesebuah negara.

Berdasarkan krisis geopolitik ini, kita boleh mengambil iktibar dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. Dengan menjadikan emas sebagai rizab kewangan keluarga kita berbanding wang kertas.

Sebagaimana yang anda tahu, bahawa matawang ringgit khususnya, semakin merosot akibat menerima kesan buruk daripada ketegangan geopolitik barat.

Ketegangan geopolitik dijangka berpanjangan tanpa titik noktah. Maka, simpanan wang kita di bank atau institusi pelaburan sentiasa berada dalam risiko kejatuhan nilai. Justeru, kekayaan kita bakal menurun.

Contohi negara China dan Russia yang diversify aset kekayaan mereka kepada emas. Kita juga boleh memindahkan sebahagian wang simpanan kita kepada simpanan emas sebagai alternatif.

Simpanan emas lebih stabil nilainya berbanding aset kewangan lain yang ada di dunia. Emas meningkatkan kekayaan dan kestabilan ekonomi keluarga kita. Juga sebagai insuran daripada krisis dan malapetaka ekonomi dunia.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
28 Mei 2024  

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments