Financial sanction atau sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara Russia akibat serangan ke atas Ukraine, tidak menggerunkan Vladimir Putin.
Financial sanction yang dikenakan oleh barat bertujuan untuk memaksa Putin ke meja rundingan damai. Namun, Putin seperti tidak terkesan. Apa rahsianya?
Russia Target Mudah Financial Sanction?
Menurut laporan bank dunia, Russia terus menghadapi potensi pertumbuhan ekonomi yang agak rendah. Michael Huther, seorang direktor ekonomi menyatakan bahawa Russia secara ekonomi jauh lebih lemah berbanding dari segi politik dan ketenteraan. Faktor ini disangka mampu melemahkan ekonomi Russia dengan mudah melalui sekatan ekonomi. Tetapi mereka silap!
Putin Lebih Bijak Ekonomi
Walaupun banyak negara maju obses dan bergantung pada modal asing bagi membiayai keperluan mereka, Russia membuktikan bahawa mereka mampu hidup mengikut kemampuannya. Malah Putin bertindak memisahkan Russia dari sistem kewangan dunia (decouple itself financially) dengan mengurangkan rizab US dollar dan menambah rizab emas.
Menurut World Gold Council, Russia menyimpan hampir 2,300 metric ton setakat November 2020. Sekaligus meletakkan Russia ranking ke-5 terbesar di dunia dibelakang US, Jerman, Italy, Perancis.
Kenapa Putin Beli Emas?
Menurut Global Bullion Suppliers, Russia telah membeli emas secara konsisten. Sejak Januari hingga Jun 2016, The Kremlin telah membeli purata 14 ton emas sebulan. Lalu meletakkan Russia ranking ke-7 rizab emas terbesar di dunia ketika itu. Antara sebab Putin mengumpul rizab emas ialah:
1 – Emas Kebal Dari Financial Sanction
Pada tahun 2014, bermulanya the annexations of Cremia di mana negara barat telah mengenakan sekatan ekonomi yang teruk terhadap Russia. Menunjukkan Russia memerlukan interaksi dengan pasaran barat untuk survive. Malah sekatan ekonomi tersebut telah memberi impak yang besar, telah meningkatkan harga emas. Emas menjadi solusi terbaik, lalu Putin menyimpan stok emas!
2 – Bebas Dari Bergantung Pada Dollar
Russia merasakan urusniaga menggunakan USD dan Euro tidak menguntungkan berpunca daripada kenaikan harga minyak mentah. USD juga merupakan sistem matawang berkonsep floating currency, bermaksud nilai USD menentukan kos urusniaga. Kebergantungan pada USD merugikan Russia. Cara terbaik untuk bebas dari kebergantungan pada USD ialah dengan melabur ke atas emas.
3 – Kekayaan Boleh Disembunyikan
Menurut The Washington Post, sangat sukar untuk mengenakan sekatan ekonomi dan membekukan aset milik Putin. Ini kerana, tiada siapa yang tahu di mana harta Putin di simpan. Putin menyembunyikan hartanya lebih hebat dari penjahat James Bond.
“Putin doesn’t have an account at JPMorgan Chase”
Eugene Rumer (Expert)
Financial Sanction Buat Putin Bertambah Kaya
Menurut Jim Rickards di twitternya mengatakan, ketika presiden Biden mengenakan sekatan ekonomi terhadap Russia, nilai rizab emas Putin telah meningkat sekitar 3.0 billion dalam masa 30 minit. Sekatan ekonomi itu telah menambah kekayaan Russia.
Artikel berkaitan:
Mohd Ekram Marfuadi
Kota kinabalu,Sabah
1 Mac 2022
[…] Baca Artikel : Financial Sanction Tidak Kesan Putin, Taktik Genius! […]
[…] Artikel Berkaitan: Financial-Sanction Tidak Kesan Putin Taktik Genius […]