Gold Price: Naik 4% Seminggu, Cecah Rekod!

Gold price atau harga emas semasa mencapai rekod baru berpunca dari krisis Ukraine dan Russia yang masih berpanjangan. Harga emas naik 4% seminggu menunjukkan jauh lebih menguntungkan berbanding dividen tahunan seperti ASB (5% setahun), Tabung Haji (3.1% setahun), KWSP (6.1% setahun).

gold price

Punca Gold Price Melonjak

Menurut kitco news, harga emas melonjak disebabkan peningkatan kadar inflasi dan krisis di Ukraine. Kombinasi ketegangan geopolitik dan kadar inflasi tinggi mendorong kenaikan harga emas dan harga silver di masa akan datang. Juga berpunca dari tekanan pelabur-pelabur yang berlumba-lumba memindahkan aset kewangan mereka kepada aset selamat (safe-haven assets) seperti emas.

“This the conflict in Ukraine started, gold prices are up about 4%.”

Ole Hansen (Commodity Strategist)

Ketika berlaku kombinasi ketengangan geopolitik dan inflasi, tiada aset kewangan yang selamat dari kejatuhan kecuali aset komoditi seperti emas dan perak. Oleh sebab itu, emas dan perak di panggil sebagai safe-haven assets.

Baca Artikel : Apa Kesan Perang Ukraine, Emas Naik?

gold price

Faktor Minyak Mentah Naik

Dalam satu malam, harga emas telah mencecah paras baru iaitu $2000 bagi 1 ounce. Ini merupakan paras tertinggi sejak bulan September 2020. Faktor utamanya berpunca dari kenaikan harga minyak sebanyak 10%, iaitu $130 bagi 1 tong (barrel). Merupakan paras harga minyak mentah tertinggi sejak 14 tahun.

Baca Artikel : Financial Sanction Tidak Kesan Putin, Taktik Genius!

Harga minyak mentah melonjak berpunca daripada Amerika yang mahu mengenakan sekatan ekonomi terhadap export minyak mentah Russia berkenaan konflik di Ukraine. Konflik tersebut telah meningkatkan permintaan terhadap emas.

“The story about gold has become a global one, its not just oil, but all commodity prices are going higher, and that is going to create major inflation, and investors are turning to gold to protect their capital. With inflation, once a cat out of the bag, it is very difficult to get back in without raising rates so high that is causes long-term economic damage.”

Daniel Pavilonis (Senior Commodities Broker)
gold price

Pengajaran Buat Kita

Penat lelah kita membanting tulang bekerja setiap hari dan menyimpan duit, simpan kekayaan bertahun-tahun lamanya. Akhirnya, kekayaan kita dihakis nilainya oleh kombinasi konflik geopolitik dan inflasi matawang yang di luar kawalan kita.

Semakin banyak duit tidak menambah kekayaan malah memiskinkan. Ini sangat tidak adil! Oleh sebab itu, pakar-pakar kewangan saran simpan emas sebagai simpanan jangka masa panjang.

Baca Artikel: 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas

Info Emas Terkini Di Telegram Channel

FREE> Join Channel

Semoga bermanfaat, jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
8 Mac 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments