Bank, Gold Investment Account VS Emas Fizikal

Bank juga ada menawarkan akaun simpanan emas sejak pelaburan emas menjadi trending di Malaysia. Namun, mereka menawarkan 2 jenis akaun emas iaitu Gold Investment Account (GIA) dan akaun emas fizikal.

Persoalannya, yang manakah akaun pelaburan emas yang terbaik? Apakah kelebihan dan kekurangan akaun-akaun emas tersebut? Di sini saya kongsikan.

Akaun Emas GIA bank

Gold Investment Account (GIA) Bank

Jika anda baru berjinak-jinak dalam pelaburan emas, semestinya risau tentang isu keselamatan simpanan emas: takut emas hilang atau dicuri. Biasanya, orang ramai lebih selesa dan rasa selamat menyimpan emas di bank melalui GIA.

Perkara penting yang anda perlu tahu ialah, GIA TIDAK menyimpan emas fizikal. Mentor wang Azizi Ali mengatakan bahawa GIA hanya akaun ‘emas kertas‘ saja. Ia sama seperti akaun simpanan konvensional, akan tetapi konsep pelaburannya berdasarkan harga emas semasa.

Hakikatnya, anda tidak memiliki sebarang emas dalam akaun GIA. Ia hanya akaun di mana wang di dalamnya berdasarkan prestasi harga emas. Sudah tentu anda tidak boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GIA, kerana bank tersebut tidak mempunyai emas fizikal.

Anda juga perlu tahu bahawa akaun GIA tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), sebagaimana akaun simpanan wang biasa. Ia sangat berisiko tinggi jika berlaku krisis ekonomi.

Akaun emas GIA bank

Akaun Emas Fizikal Bank

Terdapat juga bank yang mula menawarkan emas fizikal. Emas fizikal yang ditawarkan biasanya dalam bentuk kepingan 10 gram, 20 gram, dan 50 gram. Namun, anda terpaksa terikat dengan karenah bank yang cerewet dengan urusan emas fizikal.

Apabila hendak menjual semula emas itu, kondisi emas mestilah “tip-top” tanpa ada kecacatan pada plastik pembalut. Malah ada yang menetapkan syarat, nombor siri mesti sama dengan rekod pembelian.

Jika anda membeli dari bank dan jual kepada orang lain, orang itu tidak boleh menjualnya semula kepada pihak bank. Jadi, pastikan semak terma dan syaratnya terlebih dahulu sebelum membeli.

Bank fizikal emas

Pastikan Anda Pilih Emas Fizikal

Jika anda melabur emas, pastikan emas fizikal betul-betul wujud. Jika tidak, anda tidak akan mendapat apa-apa manfaat dan kelebihan menyimpan emas yang sebenar.

Kelebihan Emas Fizikal:

  1. Peluang Rolling Duit Untuk Bisnes. Jika emas fizikal ada di tangan kita sendiri, boleh dijadikan cagaran untuk dapatkan pinjaman segera daripada Ar-Rahnu pada bila-bila masa apabila perlu duit tunai.

2. Selamat Dari Dibekukan. Menurut pakar Mike Maloney, emas dan perak merupakan aset yang tidak berada dalam sistem kewangan. Jika seseorang itu bangkrap, aset emasnya tidak boleh dibekukan oleh bank atau kerajaan. Akaun GIA boleh dibekukan.

3. Urusan Jual Beli Fleksibel. Bagi akaun GIA, urusan jual beli tertakluk pada waktu pejabat. Bagi emas fizikal urusan jual beli 24 jam 7 hari seminggu termasuk waktu cuti. Faktor ini penting jika mahu menjana keuntungan.

4. Duit Simpanan Bertahan Lama. Kebanyakkan orang suka menyimpan emas kerana untuk mengelakkan kebocoran duit simpanan. Jika simpan duit di bank, duit cepat habis. Simpan emas membuatkan duit bertahan lebih lama kerana kesan emosi suka emas terhadap pemiliknya. Kesan ini tidak dapat dirasakan pada akaun GIA.

5. Pelindung Bencana Kewangan. Jika berlaku bencana ekonomi seperti krisis kewangan 1997 yang telah menjejaskan matawang dan institusi perbankan terpaksa ditutup atau bankrap, akaun GIA akan terjejas. Sedangkan penyimpan emas fizikal langsung tidak terjejas malah bertambah kaya kerana harga emas biasanya naik ketika krisis.

bank GIA

Akaun Emas Yang Paling Selamat

Tokoh kewangan dunia Robert Kiyosaki mengatakan bahawa cara menyimpan emas fizikal paling selamat ialah meyimpan emas (atau perak) fizikal di luar sistem perbankan. Buat masa ini, syarikat emas yang legit dan boleh dipercayai Malaysia ialah Public Gold. Anda boleh baca selanjutnya di link di bawah:

Simpan Emas Fizikal Serendah RM100

FREE>Join Telegram Channel

Semoga bermanfaat, jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
15 Mac 2022  

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments