Pengeluaran KWSP RM10K: Cara Mohon & Manfaat

Pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri merupakan berita gembira buat semua rakyat di Malaysia ketika ini. Terutamanya kepada mereka yang terkesan akibat pandemik covid-19.

Namun, saya suka menasihati diri saya sendiri dan anda bahawa pengeluaran khas ini bukanlah sebuah bantuan kerajaan. Ini kerana, duit yang dikeluarkan itu merupakan duit dalam akaun KWSP kita sendiri. Permohonan boleh di buat seperti di bawah.

Pengeluaran KWSP

Cara Mohon Pengeluaran KWSP

Permohonan dibuka pada 1 April – 30 April 2022. Anda boleh terus membuat permohonan menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/  atau menerusi aplikasi i-Akaun pada smartphone anda.

Tarikh & Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 secara satu kali bayaran saja (single payment)

Pengeluaran KWSP

Untuk Kelancaran Urusan, Buat Langkah Ini

Bagi memastikan urusan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, anda di nasihatkan buat langkah ini:

  1. Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP.
  2. Baki simpanan KWSP disemak.
  3. Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa).
  4. Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.
Pengeluaran KWSP

Syarat Kelayakan Pengeluaran KWSP

  1. Ahli KWSP mestilah berumur di bawah 55 tahun.
  2. Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap.
  3. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
Pengeluaran KWSP

3 Cara Manfaatkan Pengeluaran KWSP RM10,000

Suka saya menasihatkan diri saya dan anda bahawa pengeluaran KWSP ini bukanlah sebuah bantuan kerajaan. Akan tetapi, ia adalah duit yang dikeluarkan dari akaun KWSP kita sendiri bagi tujuan meringankan beban ketika pandemik.

Jika kita belanjakan ke atas perkara sia-sia, ia bermaksud kita sedang mensia-siakan duit masa depan kita pada hari ini lebih awal. Duit KWSP sepatutnya menampung perbelanjaan kita semasa bersara nanti. 3 cara manfaatkannya:

1- Belanja Keperluan Hidup

Anda orang yang bijak jika anda membelanjakan duit tersebut bagi tujuan keperluan harian bagi kesinambungan hidup. Tidak dinafikan bahawa ramai golongan yang terkesan akibat pandemik.

2- Bekukan Duit Elak Boros

Jika anda takut duit terbelanja ke atas perkara yang sia-sia atau boros, seperti beli smartphone baru, rim baru, hand bag baru dan sebagainya. Anda mesti bekukan duit tersebut kepada aset emas (atau silver). Secara psikologinya, manusia itu tertarik dan suka terhadap emas. Bila ada emas, anda rasa sayang untuk menjualnya atau membelanjakannya. Duit selamat dari boros!

Disyorkan Buat Anda: 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas

3- Peluang Gandakan & Lindungi Susut Nilai Duit

Perang Ukraine telah menjatuhkan kuasa beli duit, oleh sebab itu Putin menggesa negara yang membeli minyak dari Russia membayar dengan matawang Rubble atau emas. Perang menyebabkan nilai matawang jadi lemah dan emas pula meningkat nilainya.

Disyorkan Buat Anda: Apa Kesan Perang Ukraine, Emas Naik?

Mining legend, Pierre Lassonde mengatakan bahawa emas berpotensi naik dari $1910 per oz kepada $10,000 per oz iaitu keuntungan sebanyak 523%. Peluang menggandakan RM10,000 kepada RM52,300. Wow!

Info Terkini di Telegram Channel

FREE>Join Channel

Semoga bermanfaat, jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
29 Mac 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments