Cara Simpan Emas Paling Selamat (2024)

Cara simpan emas di Malaysia kini sangat mudah. Disebabkan budaya menyimpan emas telah sebati dalam masyarakat melayu dulu kala. Maka hari ini ada pelbagai cara untuk menyimpan emas dengan selamat tanpa rasa bimbang.

Mungkin ramai di antara kita yang takut simpan emas, namun berani meletakan kereta di luar rumah dan parking di kedai-kedai, shopping mall, atau di luar pejabat. Sedangkan kereta juga merupakan harta yang mahal. Bukan sekadar kereta, malah smartphone, laptop, tab, camera, dan sebagainya merupakan barang bernilai tinggi.

Kita jadi bimbang simpan emas disebabkan oleh mindset kita sendiri. Jika mindset kita betul, maka simpan emas itu semudah simpan smartphone saja. Semoga 7 tips di bawah bermanfaat buat anda.

cara simpan emas

Tips 1 – Biarlah Rahsia

Ini sangat penting! Jika anda membeli emas, tidak perlu beritahu kepada sesiapa kecuali suami atau isteri saja. Elakkan tunjuk koleksi emas anda kepada kawan-kawan, saudara mara atau di fb, insta, tiktok. Kecuali jika anda seorang yang berniaga emas. Untuk info, jiran-jiran saya sendiri pun tidak tahu yang saya simpan emas.

cara simpan emas

Tips 2 – Cara Simpan Di Rumah

Di rumah ada banyak cara simpan emas dengan selamat. Lagipun emas seperti 1 dinar hanya bersaiz kecil seperti saiz duit syiling 10 sen. Cuma pastikan simpan di tempat yang tidak terfikir oleh orang lain. Boleh simpan dalam tin biskut, peti ais, dalam pasu bunga dan lain-lain.

Elakan simpan di dalam aircond casing, sebab aircond perlu di servis. Nanti emas di ambil oleh tukang servis aircond. Dan jangan simpan dalam almari atau bawah katil kerana biasanya kawasan itu merupakan sasaran perompak.

Cara terbaik, simpan di beberapa tempat dalam rumah. Katakan anda mempunyai 20 keping 1 dinar, maka asingkan kepada 2 tempat. Setiap tempat 10 keping 1 dinar. Boleh juga pecahkan 3-4 tempat, terpulang pada anda. Tujuannya untuk meminimumkan kerugian jika berlaku rompakan.

Jangan bertukar-tukar tempat, dan terlalu banyak tempat simpan. Berpotensi emas hilang kerana TERLUPA simpan di mana.”

Tips dari mentor Mohd Zulkifli Shafie

Tips 3 – Cara Simpan di Pejabat

Simpan di pejabat juga tempat selamat, tetapi pastikan pejabat mempunyai sistem kawalan keselamatan yang ketat dan bilik hanya boleh dimasuki oleh authorised personnel saja, CCTV beroperasi 24 jam. Pastikan laci atau locker berkunci dan kawan-kawan sepejabat boleh dipercayai dan amanah.

Tips 4- Beli Safe Deposit Box

cara simpan emas

Kos membeli agak mahal dan tidak begitu praktikal jika di simpan di rumah. Jika perompak masuk rumah, peti safe deposit yang akan menjadi sasaran utama.

Tips 5 – Sewa Safe Deposit Box Bank/Syarikat Swasta

Bagi saya, cara ini paling selamat dan nyenyak tidur malam. Cuma perlu mengeluarkan sedikit kos bagi menyewa. Kos paling murah sekitar RM100 untuk box paling kecil (boleh muat emas bernilai lebih RM100,000).

cara simpan emas

Bank atau Syarikat Swasta Lebih Bagus?

Jika anda mahu kos yang murah, saya sarankan sewa safe deposit box di bank. Kekurangnya ialah perlindungan insuran cuma RM10,000 saja. Dan waktu operasi tertakluk kepada waktu pejabat saja.

Bagi syarikat swasta, (1) perlindungan insurannya tinggi (2) Waktu lebih fleksibel termasuk cuti umum. Bergantung dengan syarikat swasta tersebut.

Tips 6 – Pesanan Kepada Pewaris

Emas merupakan aset yang tidak tersenarai dalam sistem perbankan. Maka tiada siapa tahu berapa banyak emas yang anda simpan termasuk pihak bank dan kerajaan. Berbeza dengan aset kewangan lain seperti akaun simpanan, unit trust, ASB, saham dan lain-lain. Di mana aset-aset tersebut boleh di jejaki dalam sistem kewangan oleh kerajaan.

Sangat penting untuk menyampaikan pesan kepada pewaris (suami, isteri, anak) di mana simpanan emas anda. Di khuatiri terlupa atau pemilik emas meninggal dunia. Maka emas boleh di wariskan kepada keluarga.

Tips 7 – Cara Paling Mudah Akaun Emas GAP

Akaun Emas GAP

Sekarang semakin senang, kerana ada kemudahan beli dan simpan emas secara PERCUMA melalui kaedah Akaun Emas GAP yang di tawarkan oleh syarikat Public Gold. Cara ini akan membuatkan anda tidak pening kepala dan nyenyak tidur setiap malam. Kerana ia sangat mudah, murah, selamat dan patuh syariah.

Baca di sini> Kelebihan Akaun Emas GAP

Teknik Simpan Emas PERCUMA!

Klik> Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
18 Januari 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Cara Simpan Emas Paling Selamat […]

trackback

[…] Baca Di Sini: Cara Simpan Emas Paling Selamat […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Cara Simpan Emas Paling Selamat […]