Beli rumah adalah idaman bagi setiap orang yang telah stabil bekerja apatah lagi bagi yang sudah mempunyai keluarga. Namun tidak semua orang mampu memilikinya disebabkan pelbagai faktor kewangan.
Ramai dikalangan mereka yang makan gaji hanya mampu menyewa rumah saja. Dan ini bukan perkara yang menggembirakan kerana hakikatnya rumah tersebut bukan milik mereka.
Dipasrahkan lagi dengan harga rumah yang semakin meningkat saban tahun. Mereka merasakan seolah-olah tiada peluang untuk memiliki rumah sendiri sampai bila-bila.
Berita baiknya! Setiap orang sebenarnya masih berpeluang memiliki rumah sendiri walaupun mereka masih menyewa sekarang melalui pelaburan emas.
Kita cuma perlu bertindak mengasingkan sedikit wang pendapatan kita untuk disimpan dalam bentuk emas sebelum dapat membeli rumah idaman.
Kajian Kes Beli Rumah
Katakan Encik Ekram merancang untuk membeli rumah dalam tempoh 10 tahun dari sekarang. Andaikan ketika ini beliau berusia 30 tahun dan bergaji RM3,000 sebulan.
Beliau berminat untuk membeli rumah teres 1 tingkat, 3 bilik. Lokasinya berhampiran dengan tempat kerjanya. Katakan harga rumah tersebut sekitar RM200,000.
Encik Ekram perlu ambil kira semua kemungkinan termasuk kenaikan harga rumah dan juga kenaikan gaji setiap tahun. Katakan kenaikan harga rumah sebanyak 5% setahun. Dan kenaikan gaji sekitar 4% setahun.
Maka kenaikan harga rumah dan kenaikan gaji dalam tempoh 10 tahun adalah seperti berikut:
Kenaikan Harga Rumah | RM200,000 x (5% x 10 Tahun) | RM325,779 |
Kenaikan Gaji | RM3,000 x (4% x 10 Tahun) | RM4,441 |
Jika En. Ekram mengasingkan sebanyak 10% daripada gajinya setiap bulan bagi mencapai matlamat membeli rumah dalam masa 10 tahun, kiraannya seperti di jadual bawah:
Tahun | Simpanan | Tahun | Simpanan |
1 | RM 3,600 | 6 | RM 4,380 |
2 | RM 3,744 | 7 | RM 4,555 |
3 | RM 3,894 | 8 | RM 4,737 |
4 | RM 4,050 | 9 | RM 4,927 |
5 | RM 4,211 | 10 | RM 5,124 |
Jumlah | RM 43,222 |
Katakan purata kenaikan harga emas 20% setahun. Sekiranya En. Ekram menukarkan simpanan duit tersebut kepada simpanan emas, maka hasil keuntungannya adalah seperti pada jadual di bawah:
Tahun | Simpanan | Tahun | Simpanan |
1 | RM 3,600 | 6 | RM 38,715 |
2 | RM 8,064 | 7 | RM 51,013 |
3 | RM 13,571 | 8 | RM 65,953 |
4 | RM 20,334 | 9 | RM 84,071 |
5 | RM 28,613 | 10 | RM 106,009 |
Pada akhir tahun ke-10, En. Ekram telah berjaya mengumpul sebanyak RM106,000. Ia sangat mencukupi bagi membayar deposit pembelian rumah melebihi 30% daripada harga rumah tersebut.
Dalam masa yang sama, dapat meringankan pembayaran ansuran bulanan beliau dan memendekkan tempoh pinjaman. Maka En. Ekram boleh langsaikan hutang rumah lebih awal!
Rujukan: Pelaburan Emas Saat Sukami
Tips Langsai Hutang Rumah Lebih Awal
Jika anda mahu melangsaikan hutang rumah dan bebas hutang lebih cepat, anda boleh gunakan strategi ini dengan menaikkan jumlah simpanan bulanan daripada 10% kepada 30% daripada gaji.
BACA Rekomendasi: Cara Simpan Emas Paling Selamat
Bagi anda yang bergaji besar atau mempunyai pendapatan lumayan, maka anda hanya perlu menambah simpanan emas mengikut bajet masing-masing. Hasilnya, anda bakal berjaya bebas hutang rumah lebih awal dan pantas! Tinggal di rumah idaman tanpa perlu risau beban hutang.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
25 Oktober 2022