Cara Elak Duit Akaun Bank Hilang Ditipu Scammer!

Cara elak ditipu scammer! Hari ini kita boleh lihat di berita akhbar betapa ramai orang-orang yang hilang duit beratus ribu ringgit dalam akaun bank gara-gara ditipu scammer dengan hanya menekan butang link. Sistem perbankan yang semakin canggih belum tentu selamat kerana taktik scammer juga semakin canggih!

Ciri-Ciri Scammer & Cara Elak

Jika tidak berjaga-jaga, senang-senang saja duit dalam akaun bank hilang ditipu. Oleh itu, berikut merupakan 5 ciri-ciri scammer yang perlu anda tahu.

1- Macau Scam

Macau scam merupakan penipuan yang mempunyai jumlah mangsa yang tertinggi sehingga hari ini. Mereka menggunakan teknik spoofing panggilan telefon dengan menyamar menjadi pegawai polis, pegawai bank atau pegawai kastam. Mereka akan mencipta senario yang membuatkan anda transfer duit kepada mereka.

2- Scam KWSP

Image subject to copyright

Sasaran scam KWSP biasanya golongan pencen yang telah mengeluarkan duit simpanan KWSP mereka. Termasuk golongan yang mengeluarkan i-Sinar dan i-Citra. Scammer akan menyamar sebagai agen KWSP dengan menelefon anda. Atau melalui sms yang mengandungi nombor OTP. Dan melalui aplikasi i-Sinar yang palsu. Mereka mahu mendapatkan data peribadi anda bagi memindahkan duit dari akaun anda kepada akaun scammer.

3- Menyamar Jadi Pihak Bank

Sumber Asal

Hacker akan menghantar SMS dan menyamar sebagai pihak bank untuk mempengaruhi mangsa untuk memberikan kata laluan, PIN serta maklumat peribadi yang lain. Kandungan SMS seolah-olah menggesa mangsa untuk membuat pengesahan secepat mungkin dengan menekan link pada pautan. Jika tidak bertindak, akaun bank akan ditutup.

4- Love Scam

cara elak love scam

Scammer ini akan cuba memikat anda dengan kata-kata cinta melalui sms, email, atau aplikasi dating. Setelah chatting online dengan mesra, tiba-tiba si dia dalam kecemasan perlu bantuan duit segera. Anda mungkin di minta untuk transfer duit ke akaun si dia sebagai bantuan atas nama cinta.

5- SMS Menang Hadiah

cara elak scam hadiah
Sumber asal

Anda mungkin pernah menerima SMS dari nombor yang tidak dikenali. Yang mengatakan bahawa anda telah menang cabutan bertuah atau hadiah dari pertandingan atau aplikasi yang anda pernah installed ke dalam smartphone anda. Jangan klik link yang terdapat dalam SMS tersebut. Tujuan mereka untuk hack smartphone anda.

Cara Elak Tertipu Online Scammer

1- Jangan klik link yang disediakan dalam SMS, Whatsapp, atau lain-lain. Biasanya hacker menggunakan link pendek bit.ly. Kita tidak tahu link itu akan membawa kita ke mana. Ia sangat berbahaya dan berisiko tinggi smartphone atau komputer kita digodam.

cara elak scam
Sumber Asal

2- Jangan hantar maklumat peribadi menggunakan SMS. Anda perlu ingat bahawa perkhidmatan kerajaan dan perbankan tidak akan menggunakan SMS untuk mendapatkan maklumat peribadi. Jika anda menerima SMS dari bank atau mana-mana institusi yang meminta maklumat peribadi, jangan layan.

Cara Elak Scammer & Hacker Paling Berkesan

Jika anda perasan, kebanyakan scammer menggunakan platform online. Dengan mudah duit dalam akaun bank milik mangsa lesap hilang. Kecanggihan teknologi telah memudahkan para scammer dan hacker mencari mangsa. Oleh itu, cara paling berkesan ialah dengan mengurangkan jumlah duit dalam akaun bank. Selebihnya simpan emas atau perak fizikal di luar sistem bank.

Baca Di Sini: Cara Simpan Emas Paling Selamat

Simpan emas fizikal di luar bank adalah alternatif terbaik. Kata pakar matawang Mike Maloney, emas dan perak satu-satunya aset yang berada di luar sistem bank. Maka, simpanan emas kita tidak akan boleh ditipu scammer atau digodam. Kekayaan kita selamat! Inshaallah~

Baca Tambah Ilmu: 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas

Teknik Simpan Emas Serendah RM100

Join Free Telegram Channel
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
12 March 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Cara Elak Duit Akaun Bank Hilang Ditipu Scammer […]