Scam Check! Awas Skim Cepat Kaya Emas

Scam check! Skim cepat kaya bertopengkan emas bukannya perkara baru di Malaysia. Ia telah wujud sejak dulu lagi dan sangat popular pada tahun 2013-2014. Kini, apabila pelaburan emas kembali trending, maka ada saja pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Di sini saya kongsikan cara-cara mengenal pasti skim cepat kaya bertopengkan emas?

Sentimen Agama & Bangsa, Scam Check!

Saya sendiri pernah diajak oleh rakan-rakan untuk mula melabur emas dengan sebuah syarikat. Mereka suka bermain sentimen bangsa dan agama bagi menarik kita supaya melabur dengan mereka. Atas alasan “tolong orang kita.” Walaupun sebenarnya mereka sedang menjalankan perlaburan yang melanggar hukum shariah. Contohnya, membeli emas menggunakan kad kredit. Terang-terangan tidak patuh shariah!

Tidak salah saling menyokong, tapi pastikan syarikat itu benar-benar menjalankan perniagaan yang betul dan bukannya scammer. Pastikan kita tidak terpedaya dengan taktik sentimen seperti ini!

BACA Rekomendasi: Cara Elak Duit Akaun Bank Hilang Ditipu Scammer

scam check

Ciri-Ciri Skim Cepat Lingkup, Scam Check!

Kita tidak mampu memastikan atau menghukum bahawa syarikat itu benar-benar skim cepat lingkup. Akan tetapi, kita boleh mengenalnya berdasarkan beberapa ciri yang dikongsikan oleh mentor saya, tuan Mohd Zulkifli Shafie dalam bukunya berjudul Wang Emas. Ciri-cirinya seperti berikut:

1- Keuntungan Tidak Masuk Akal

Setiap pelaburan yang legit tidak akan memberikan keuntungan sehingga 70% hingga 100% setahun. Menurut pakar-pakar pelaburan di dunia seperti Warren Buffet dan George Soros pun hanya memberi pulangan 20% hingga 34% setahun. Sangat mustahil bagi syarikat pelaburan yang tidak seberapa dikenali di Malaysia mampu memberikan pulangan lebih tinggi berbanding pelabur world class.

“Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffet dan George Soros pun hanya memberi pulangan 20% hingga 34% setahun. Adakah masuk akal orang yang tidak dikenali dalam dunia pelaburan tiba-tiba dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi”

Tuan Azizi Ali, Mentor Wang

2- Terma Sentiasa Berubah-Ubah

Skim pelaburan emas mula popular pada tahun 2013 sebagai skim delay. Kemudian namanya berubah menjadi ETA (Estimated Time of Arrival) dengan pelbagai nama program ditawarkan. Urusniaganya sama iaitu peserta hanya perlu serahkan duit. Walaupun pembeli tidak mendapat emas, mereka tetap diberikan “pendapatan bulanan.”

3- Produk Bukan Subjek Penting

Emas tidak penting. Begitu juga harga emas semasa, tidak penting. Yang penting adalah letak duit dan dapat pendapatan setiap bulan. Jika syarikat meletakkan harga terlalu tinggi atau terlalu rendah yang tidak masuk akal pun, pelabur tidak kisah. Kerana mereka tidak diberikan emas fizikal pun. Yang penting bagi mereka ialah mendapat income setiap bulan.

4- Punca Keuntungan Agak Kabur

Jika anda bertanya kepada syarikat tersebut, dari mana datang keuntungan yang luar biasa itu. Tentu mereka akan mengelak atau memberikan jawapan yang sangat kabur dan berbelit-belit. Jika kita melabur di mana-mana produk pelaburan, biasanya pihak pengurus akan memberitahu sejelas-jelasnya dari mana mereka mendapat keuntungan, operasi perniagaan, strategi dan prospek bisnes mereka. Sepatutnya begitu, barulah legit!

5- Kaedah Pemasaran Agak Phishy. Scam Check!

Orang yang beniaga produk kecantikan akan tunjukkan produk mereka. Orang berniaga emas akan menunjukkan produk emas mereka. Tapi, jika peniaga itu menunjukkan duit berlambak-lambak, maka apakah sebenarnya produk yang mereka niagakan? Kalau tunjuk duit, kita boleh katakan mereka “berniaga duit.” Itu dinamakan permainan duit atau “money game.” Kekayaan yang dipamerkan itu hanyalah umpan untuk memancing mangsa.

“Pernahkah anda melihat guru-guru bisnes yang berjaya mempamerkan duit mereka?”

BACA Rekomendasi: Prinsip Orang Terkaya Kota Babylon

scam check

Semoga dengan ilmu yang saya kongsikan ini bermanfaat buat anda agar kita dan keluarga tidak terjebak ke dalam kancah skim cepat lingkup! Inshaallah~

Dapatkan Tips Pelaburan Emas Free!

Jemput Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat, jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
9 Ogos 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Scam Check! Awas Skim Cepat Kaya Emas […]