“Labur Sekali, Gaji Hari-Hari” Sekali Lingkup

Labur sekali, gaji hari-hari. Begitulah contoh ayat skim cepat kaya di Malaysia sejak dulu lagi. Namun, masih ramai yang tertipu. Walaupun mereka menggunakan ayat yang sama dan taktik yang sama.

Agen-agen skim cepat kaya hanya mengulang taktik yang sama, ayat yang sama, marketing plan yang hampir sama. Masih juga ada yang tertipu dan terpedaya.

“Invest sekali, untung berkali-kali!”

Ayat Skim Cepat Kaya

Seorang kawan saya pernah ditipu oleh syarikat skim cepat kaya yang kononnya menjual produk kesihatan. Dan dia masih lagi terpedaya buat kali kedua. Tidak serik!

Alasannya, syarikat yang baru ini merupakan syarikat krypto terkenal di negara barat. Tapi, marketing plannya hampir sama dengan skim cepat kaya yang kononnya menjual produk kesihatan tadi.

Yang berbeza hanyalah produk. Syarikat pertama tadi jual produk kesihatan, manakala syarikat kedua kononnya pelaburan krypto. Tetapi, konsep marketing plannya sama saja. Masih juga tertipu 2 kali!

Labur Atau Lebur

Sekiranya, sebuah syarikat itu mengambil atau meminta duit sebagai modal untuk dilaburkan, atau menyuruh kita deposit duit dan mereka akan memberikan kita dividen, syarikat tersebut mestilah bank ataupun institusi kewangan berdaftar di Malaysia.

Sekiranya bukan kategori di atas, maka syarikat itu dikategorikan sebagai “syarikat peleburan duit.” Yang lebih dikenali sebagai skim cepat kaya atau skim cepat lingkup.

BACA Rekomendasi: Scam Check! Awas Skim Cepat Kaya Emas

Yang boleh ambil duit selain bank ialah syarikat Takaful/Insuran, Unit Trust, atau syarikat Berhad, itupun melalui IPO bagi menambah modal. Selain daripada itu, tidak boleh. Ilegal atau haram dari sudut undang-undang!

Biasanya, syarikat Sdn. Bhd dan Enterprise memang tiada lesen pelaburan dan tidak boleh mengambil deposit, modal atau menjanjikan dividen. Sebabnya, ia menyalahi Akta Bank Negara Malaysia.

Taktik Skim Cepat Kaya

Taktik mereka sama saja. Mereka mesti menekankan bahawa syarikat mereka berjaya di luar negara. CEO syarikat tersebut mesti nama orang putih, Afrika, China, Singapura dan lain-lain. Kononnya, CEO mereka jutawan berjaya di luar negara.

Menurut pengalaman saya, produk yang mereka gunakan boleh jadi produk kesihatan, skin care, emas, hartanah, krypto dan lain-lain. Malangnya, produk tidak penting bagi mereka. Yang penting ialah labur sekali, untung berkali-kali.”

“Daftar sekali, gaji hari-hari!”

Ayat Skim Cepat Kaya

Jika produk mereka menggunakan emas, mereka tidak bercerita tentang emas sangat. Apa bentuk emas, berapa kadar spreadnya, apa gred ketulenannya, corak design?

Emas tidak penting bagi mereka, yang penting berapa banyak keuntungan yang mereka bakal dapat. Dan ajak kawan-kawan masuk sekali menggunakan ayat “daftar sekali, gaji hari-hari.”

labur sekali

Taktik skim cepat kaya tidaklah bijak. Cuma ramai orang tidak mahu belajar ilmu pelaburan yang betul. Malah, mereka rasa lebih tahu dan lebih bijak daripada orang lain setelah menyertai skim cepat kaya.

Padahal, banyak buku-buku pelaburan terjual di kedai buku. Mereka hanya perlu beli dan baca buku terlebih dahulu. Tetapi mereka tiba-tiba jadi orang buta huruf dan ambil jalan pintas!

BACA Rekomendasi: Soalan Newbie, Sebelum Mula Simpan Emas

Mereka sekadar tahu membaca surat khabar dan artikel online. Sedangkan membaca buku lebih terperinci. Baca buku boleh memberikan kita gambaran 10 tahun akan datang supaya kita mustahil ditipu. Insha-allah.

Kebanyakan mangsa tertipu tidak menguasai ilmu logik. Sepatutnya ilmu itu dikuasai sejak di bangku sekolah di dalam subjek matematik. Akibat tidak tahu mengira, mereka ditipu sekelip mata!

Tips Pelaburan Emas Betul & Tepat

Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
14 Mac 2023     

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments