Sri Lanka mengalami krisis ekonomi yang teruk dengan hutang negara menjangkau RM215.7 bilion. Berpunca daripada kegagalan kerajaan mereka menguruskan aset-aset dan kewangan negara. Apa yang rakyat Malaysia perlu belajar? Apakah tindakan yang kita perlu buat demi melindungi diri dari terjebak ke arah krisis yang sama? Nauzubillah..
Bagaimana Sri Lanka Bankrap?
Krisis ekonomi Sri Lanka bukan berlaku dalam tempoh sehari dua atau 2-3 tahun. Negara itu telah mengalami masalah kerosakan struktur dalam tempoh yang panjang. Berikut adalah punca-punca kebangkrapan:-
1- Sri Lanka Kerap Berhutang
Menurut laporan pada tahun 2017, kerajaan telah membelanjakan 83% daripada pendapatan negara untuk membayar hutang. Hutang tersebut meningkat ke paras 94% pada tahun 2019 dan terus meningkat kepada 119% pada Mac 2022. Kerajaan berturut-turut meminjam wang untuk hidup di luar kemampuan selama bertahun-tahun.
2- Ketidak-stabilan Politik Sri Lanka
Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa menyalahkan kerajaan terdahulu merupakan punca krisis ekonomi berlaku. Perselisihan pendapat besar berlaku di antara pemimpin dan pemecatan menteri yang menjurus ke arah krisis perlembagaan. Berlaku masalah perebutan kuasa, masalah nepotisme dan kronisme.
3- Krisis Dolar Amerika Syarikat
Menteri Alam Sekitar Sri Lanka, Mahinda Amaraweera memberitahu media, “Cabaran utama yang dihadapi negara kita hari ini ialah krisis dolar Amerika Syarikat(AS). Apabila kita memperoleh AS$100, kita mesti membayar hutang AS$115. Dana yang diperoleh negara tidak mencukupi untuk membayar hutang negara.” Ini adalah masalah sistem wang fiat yang bersandarkan nilai dolar Amerika Syarikat. Semua duit kertas di dunia akan terkesan jika berlaku krisis dolar Amerika termasuk ringgit Malaysia.
Pengajaran Untuk Rakyat Malaysia
Jika dikaji daripada krisis ekonomi tersebut, kita dapati bahawa punca utama ialah hidup di luar kemampuan sehingga terhimpit masalah hutang. Masalah ini banyak berlaku di dalam masyarakat kita.
1- Suka Hidup Mewah Dengan Hutang
Masyarakat kita suka hidup di luar kemampuan. Contohnya, bergaji RM5,000 cuba untuk hidup mewah dengan membeli kereta Honda (hutang), tinggal di kondo mewah, pakai barangan branded dan lain-lain.
Malangnya, duit simpanan dalam bank tidak sampai RM5,000, akan tetapi hutangnya beratus ribu. Ini adalah contoh golongan muflis kerana hutangnya lebih besar dari pendapatan.
Tambah ilmu: Hutang Jahat VS Hutang Baik, Apa Beza
Menurut laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan bank dunia, menganggarkan sejumlah 60% daripada individu muflis di Malaysia adalah dari golongan berbelanja melebihi pendapatan. Hanya kerana ingin hidup bergaya, mereka dimufliskan.
2- Sistem Wang Fiat Tidak Adil
Setiap duit kertas yang dicetak di dunia ini bersandarkan nilai dolar Amerika Syarikat (AS), termasuk ringgit Malaysia. Apabila dolar AS mengalami inflasi atau krisis, maka ringgit juga mendapat kesan buruk. Kuasa beli duit ringgit kita akan terus menjunam jatuh. Walaupun dalam keadaan negara kita stabil secara ekonominya.
Oleh sebab itu, Russia mahu matawang mereka, Ruble bersandarkan nilai emas sekaligus memutuskan sandaran dengan dolar AS. Kerana berlaku ketidak-adilan dalam sistem matawang.
Tambah ilmu: Duit Simpanan Tidak Berbaloi, Simpan Emas
Sebagai rakyat biasa, kita tidak mampu mengawal kestabilan politik di negara kita. Namun, kita mampu fokus mengawal kewangan kita sendiri termasuk hutang, perbelanjaan, simpanan wang. Kita mampu tukar simpanan duit kita kepada simpanan emas bagi melindungi kekayaan kita daripada terjebak krisis dan ketidak-adilan sistem wang fiat. Insya-allah..
Semoga bermanfaat, jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
19 April 2022
[…] BACA Rekomendasi: Sri Lanka Bankrap, Rakyat Malaysia Perlu Belajar […]
[…] BACA Rekomendasi: Sri Lanka Bankrap, Rakyat Malaysia Perlu Belajar […]
[…] BACA Rekomendasi: Sri Lanka Bankrap, Rakyat Malaysia Perlu Belajar […]