Aset Emas, Kelebihan & Kekurangan (2024)

Aset kuning bersinar, mampu milik tanpa perlu buat pinjaman bank, dikenali sebagai emas. Emas tidak pernah lapuk sebagai aset. Jika kita bertanya nenek moyang kita dulu, sudah pasti mereka kenal emas. Mungkin mereka tidak kenal pelaburan zaman sekarang mahupun duit kertas yang terbaru, ringgit. Namun, setiap aset punyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Kita bongkarkan!

Hari ini, ramai yang telah mengambil tindakan untuk menyimpan emas sebagai aset bagi keluarga masing-masing. Selain daripada menyimpan duit di bank, ramai yang telah menukarkan sebahagian duit simpanan mereka kepada simpanan emas fizikal.

aset emas

3 Kelebihan Aset Emas

Kita tidak perlu risau tentang nilai emas. Emas bukan seperti kereta yang semakin hari semakin susut nilainya. Justeru, tidak hairanlah emas dijadikan aset. Ia adalah tindakan bijak dan sangat disarankan.

#1. Emas Pelindung Inflasi

Sejak endemik covid-19, seluruh dunia telah mengalami ancaman inflasi matawang yang mendadak tinggi. Malah ada negara yang di isytiharkan bangkrap akibat inflasi matawang negara mereka yang mencecah tahap inflasi-hiper. Membuktikan bahawa inflasi merupakan ancaman besar ke atas umat manusia di zaman ini selain covid-19. Betapa ramai umat manusia yang jatuh miskin dan bangkrap di negara-negara yang mengalami inflasi-hiper.

Namun, emas bertindak sebagai pelindung inflasi atau pelindung kekayaan kita ketika berlaku apa-apa krisis di dunia. Alasannya mudah, kerana emas tidak boleh dicetak seperti duit kertas. Maka nilai emas sentiasa stabil sungguhpun berlaku krisis ekonomi atau peperangan.

BACA Rekomendasi: Sri Lanka Bankrap, Rakyat Malaysia Perlu Belajar

#2. Aset Mudah Cair Laku Di Mana Saja

Bayangkan satu hari ketika anda terdesak perlu duit segera, dan duit dalam simpanan bank pula tidak mencukupi. Maka, emaslah yang mampu menyelamatkan anda tanpa perlu meminjam duit daripada sesiapa. Anda boleh gadai atau jual saja emas untuk dapatkan wang segera.

Emas tidak seperti hartanah yang perlu masa berbulan-bulan untuk dijual semula. Emas hanya perlu sekitar 10 minit untuk ‘dicairkan’ atau dijual semula. Ramai yang sedia membeli emas anda termasuklah syarikat pengilang emas (Public Gold), kedai-kedai emas, pajak gadai ar-rahnu dan badan-badan lain.

#3. Emas Duit Antarabangsa

Emas juga merupakan ‘duit antarabangsa‘ kerana ia laku di mana-mana negara hampir di seluruh dunia. Berbeza dengan duit kertas, ringgit mungkin hanya laku di Malaysia atau di sempadan Thailand. Begitu juga dolar Amerika yang hanya laku di beberapa negara, dan mungkin tidak laku di beberapa negara di timur tengah, eropah juga di asia. Namun, emas laku di mana-mana di seluruh dunia.

Bahkan, dengan variasi emas yang pelbagai bentuk sangat mudah dibawa ke mana-mana. Seperti yang anda tahu, emas boleh didapati daripada sekecil syiling dinar (4.25gram) sehingga sebesar jongkong yang beratnya sekilogram. Saiz dinar lebih kurang seperti saiz duit syiling sen yang kita biasa guna, mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana saja.

aset emas

Kekurangan Aset Emas

Setiap aset pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak ada aset yang sempurna di dunia ini. Namun, kita perlu tahu sebagai persediaan bagi menangani risiko-risiko yang sedia ada.

#1. Tiada Dividen

Keuntungan emas hanyalah dengan menjual semula ketika harga tinggi. Tidak ada keuntungan dividen seperti ASB, Tabung Haji, dan lain-lain. Jika ada syarikat pelaburan emas yang menjanjikan dividen, maka anda perlu lari jauh-jauh. Berkemungkinan mereka adalah skim cepat kaya bertopengkan emas.

#2. Emas Palsu

Banyak kes di akhbar menyatakan betapa ramai yang menjadi mangsa ditipu membeli emas palsu. Hanya kerana terpedaya dengan emas murah. Emas merupakan aset mahal, maka elakkan terpedaya dengan harga murah. Kita hanya perlu terus membeli daripada syarikat emas yang bereputasi tinggi seperti Public Gold. Tidak perlu membuang masa dan terpedaya dengan taktik pemasaran emas murah di bawah harga pasaran.

BACA Rekomendasi: Public Gold, 7 Kelebihan Menguntungkan

Info Emas Terkini Di Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
19 Ogos 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments