Kahwin! Kumpul RM40,000 Dalam 3 Tahun

Kahwin? Siapa yang tidak gembira bila cakap tentang perkahwinan. Sedangkan orang yang sudah berkahwin juga teringin mahu berkahwin lagi untuk kali kedua, ketiga, keempat. Menunjukkan, perkahwinan merupakan idaman dan keseronokan bagi seluruh umat manusia.

Persoalannya, adakah kita sudah mampu untuk berkahwin? Di sini saya akan kongsikan teknik kumpul duit kahwin yang mudah dilakukan. Semoga ianya bermanfaat dan mempermudahkan anda merancang dengan lebih awal.

Teknik 4 Gram Emas 1 Bulan

Teknik ini menggunakan emas sebagai simpanan. Tujuannya supaya pengiraan lebih mudah dan membuatkan kita lebih berdisiplin. Yang paling penting ialah simpanan duit kahwin tidak bocor atau terboros. Kita tidak akan risau jika kos barang-barang kahwin meningkat, sebab harga emas juga di jangka meningkat setiap tahun.

Emas kahwin
Kenaikan harga emas setahun 22.46% (Tahun 2020)

1- Pertama sekali, kita mesti meletakkan matlamat bertujuan untuk fokus. Tanpa matlamat, teknik ini masih akan berkesan tetapi lambat untuk dicapai. Katakan, kita letak matlamat kumpul dana RM40,000 dalam masa 3 tahun.

Kumpul duit kahwin
Jadual 4 gram sebulan

2- Pastikan anda membuat sebuah jadual 4 gram sebulan selama 3 tahun. Setiap kali anda menambah simpanan emas sebanyak 4gram, anda mesti “pangkah” pada kotak jadual supaya anda nampak setiap “progress” anda.

3- Setiap kali terima gaji, asingkan terus duit untuk membeli emas sebanyak 4 gram 1 bulan. Jangan tunggu duit lebih baru beli emas. Biasanya duit akan habis sebelum sempat menyimpan.

144 gram emas = RM39,168

(Mengikut harga emas 16 November 2021)

4- Pastikan anda konsisten menyimpan dan ikut jadual betul-betul. Jika anda “skip” bermaksud, tempoh bagi dana untuk cukup akan lebih panjang. Maka perkahwinan anda juga yang akan tertangguh.

dana kahwin
Jadual 2 gram sebulan

5- Anda boleh juga meletakkan matlamat yang lebih kecil seperti 2 gram 1 bulan. Terpulang kepada anda mengikut kesesuaian bajet masing-masing. Yang penting, dana perkahwinan anda berjaya di kumpul dan tercapai. Cepat kahwin!

72 gram emas = RM19,584

(Mengikut harga emas 16 November 2021)

Cara Mudah Kumpul Emas Kahwin

Berita baik! Kini sudah ada kaedah simpan emas serendah 1 gram atau RM100 saja. Kaedah ini membolehkan kita menyimpan emas mengikut kesesuaian bajet masing-masing. Kaedah dinamakan Akaun Emas GAP.

Cara Daftar Akaun Emas GAP di Telegram Channel

Klik Join Channel

Akaun emas GAP sangat sesuai bagi anda yang mahu paksa diri menyimpan secara konsisten untuk mencapai matlamat kewangan masing-masing. Semoga berjaya! Insya-Allah

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
16 November 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Kahwin! Teknik Kumpul RM40,000 Dalam 3 Tahun […]

trackback

[…] BACA: Kumpul Duit Kahwin RM40,000 Dalam Masa 3 Tahun […]