Isteri boros berbelanja, sangat biasa dalam masyarakat kita, begitu juga suami. Ia juga didorong oleh trend menunjuk-nunjuk kemewahan di sosial media. Kesannya, ia menggalakan orang ramai berbelanja boros supaya boleh mengikuti trend “showing off”. Apa teknik mengawal perbelanjaan isteri tanpa menyinggung perasaannya?
Isteri Rasa Berduit
Salah satu punca kita selalu boros ialah apabila kita ‘rasa berduit.’ Lebih parah apabila orang yang tidak berduit tetapi rasa berduit. Orang sebegitu akan selalu terfikir untuk berbelanja. Asalkan ada duit, terus pergi berbelanja. Belum sampai hujung bulan, gaji sudah habis dibelanjakan. Lebih berbahaya apabila berbelanja melebihi kemampuan.
Bagi golongan yang memang berduit dan rasa berduit pula, duit simpanannya mudah bocor. Di awal bulan simpan duit, di tengah bulan korek balik simpanan duit itu. Lalu simpanan duit yang dibuat tidak bertambah kerana selalu bocor. Inilah punca kekayaan tidak bertambah dan tidak berkembang.
Kawal Perbelanjaan Isteri
Tidak salah mengembirakan isteri yang tersayang dengan memberi bonus (duit lebih) bagi meraikan atau sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka menjaga keluarga dengan baik. Namun, boros bukan amalan yang baik malah ia merupakan suatu pembaziran yang boleh menghalau kekayaan lalu memiskinkan.
Dengan mengawal perbelanjaan, si isteri mungkin tersinggung perasaannya atau merasa tidak dihargai, tidak disayangi, tidak dicintai, atau disyaki mempunyai orang ketiga dalam rumahtangga. Sebelum kahwin dulu selalu menghadiahkan bunga, selepas kahwin roti telur pun bahagi dua. Suami dilabel kedekut, walaupun niatnya untuk berjimat-cermat. Justeru, apa teknik terbaik?
Bacaan Rekomendasi: Gaji Cepat Habis, 7 Prinsip Bantu Anda
Wanita Tertarik Dengan Emas
Tidak dinafikan sememangnya lumrah wanita itu cenderung untuk tertarik kepada emas. Apatah lagi apabila dapat pegang emas, timbul perasaan suka dan sayang secara emosinya. Kita boleh lihat di majlis-majlis perkahwinan, betapa ramai wanita-wanita dihiasi dengan emas. Suami patut ambil kesempatan untuk manfaatkan kelebihan aura emas ini.
Teknik Kawal Boros Terbaik
Suami perlu menggalakan isteri membeli emas berbanding barang-barang kehendak yang lain. Suami romantik akan sering menghadiahkan emas kepada isterinya yang tersayang. Duit suami pasti berkurang dengan membeli emas, namun hakikatnya kekayaan bertambah dengan kenaikan harga emas.
Sejak saya menjadikan emas sebagai simpanan, hilang rasa berduit dalam diri saya. Walaupun hakikatnya, jika dijual kesemua emas itu, nilai duit yang saya bakal dapat agak besar jumlahnya. Kelebihan rasa tidak berduit ialah kita tidak terfikir untuk beli itu dan ini, kerana tiada duit dalam akaun bank. Cuma ada simpanan emas dan duit tunai untuk dana kecemasan.
Bacaan Rekomendasi: Barang Kemas Tidak Sesuai Untuk Pelaburan
Maka kekayaan kita akan bertambah dan bertahan lama berbanding dengan hanya meyimpan duit tunai dalam akaun bank. Insya-allah.
Sila SHARE untuk memberi manfaat kepada orang lain. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
24 Mei 2022