Ayam ada bermacam-macam, yang semakin hari semakin mahal harganya sejak fasa endemik. Isu ini sudah tentu mendapat reaksi hangat daripada pelbagai pihak dalam masyarakat kita. Namun, apa punca sebenarnya? Adakah salah peniaga atau salah inflasi ringgit?
Peniaga Ayam Yang Bersalah?
Menurut peniaga, apabila harga ayam naik, margin keuntungan berniaga semakin susut. Ini kerana, peniaga terpaksa menanggung modal yang semakin meningkat daripada pembekal. Dalam masa yang sama, peniaga juga terpaksa berhadapan dengan tekanan daripada pembeli yang merungut dengan kenaikan harga barang.
Justeru, kita faham bahawa peniaga merupakan orang tengah di antara pembekal dan pembeli. Sudah tentu peniaga juga mahu mendapatkan keuntungan yang setimpal dan mengikut harga pasaran demi menampung perbelanjaan kehidupan mereka. Peniaga juga cari duit untuk hidup, berapa sangat keuntungan menjual seekor ayam.
Bukan saja kita sebagai pembeli atau pengguna yang mengeluh dengan isu kenaikan harga barang malah peniaga juga mengeluh. Ini kerana, pendapatan mereka terjejas dan semakin berkurang.
Inflasi Ringgit Yang Bersalah?
Bagi yang belum faham inflasi, inflasi merupakan salah satu kelemahan utama dalam sistem wang fiat. Matawang yang kita gunakan hari ini menggunakan helaian kertas. Setiap kali duit kertas yang baru dicetak, maka inflasi akan berlaku. Mencetak duit baru akan menyebabkan kuasa beli duit kita semakin susut setiap tahun.
Jika kita kenang semula ketika zaman sekolah dulu, duit poket cukup dengan hanya RM1. Dengan RM1 sudah cukup kenyang di sekolah, kerana boleh membeli nasi lemak, air minuman gantung plastik, dan gula-gula. Hari ini, adakah anak-anak sekolah sekarang cukup dengan duit poket RM1? Sudah tentu tidak cukup! Anak-anak akan kelaparan di sekolah.
Disitu kita faham, harga barang naik bukanlah disebabkan barangan itu semakin berkualiti, atau semakin bernilai, atau permintaan tinggi stok terhad. Puncanya ialah kuasa beli duit kita yang semakin susut nilainya dihakis inflasi setiap tahun.
BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia
Harga Ayam Di Venezuela
Venezuela merupakan negara minyak yang terkaya di Amerika Latin. Malangnya, kegagalan kerajaan mereka dalam menstabilkan kewangan dan politik negara telah menyebabkan matawang Bolivar mengalami hiperinflasi yang teruk. Lalu menyebabkan harga ayam naik mendadak sehingga 14.5 juta bolivar. Kualiti ayam tidak bertambah dan tidak semakin gemuk.
Teori Kambing 1 Dinar
Pada zaman Rasulullah dulu, syiling 1 dinar emas mampu membeli seekor kambing. Hari ini, syiling 1 dinar yang sama masih mampu dan relevan untuk membeli seekor kambing. Di situ kita faham bahawa kuasa beli bagi syiling 1 dinar emas bertahan sejak 1,500 tahun lalu sehingga sekarang. Ini kerana, dinar emas tidak boleh dicetak. Maka ia tidak mengalami inflasi sehingga sekarang.
BACA Rekomendasi: Emas, 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
12 Julai 2022