Punca Emas Turun Ketika Ringgit Jatuh 2022

Punca harga emas turun ketika ringgit jatuh akan saya kongsikan pendapat pakar emas di Malaysia iaitu tuan Syukor Hashim. Sepatutnya, apabila nilai ringgit jatuh, harga emas akan naik. Akan tetapi kali ini, apabila ringgit jatuh, emas juga turut jatuh. Apakah punca sebenarnya?

Punca harga emas merundum

Hubungan Emas & Dolar

Apabila nilai dolar Amerika jatuh maka harga emas akan naik. Begitu juga sebaliknya, apabila dolar naik, harga emas akan turun. Ini kerana, pasaran dunia menjadikan dolar sebagai rujukan bagi nilai emas, dan bukan sebab emas bergantung pada nilai dolar Amerika mahupun ringgit. Sangat penting faham tentang ini!

Jika kita mengkaji sejarah sistem wang fiat, setiap dolar yang dicetak mestilah bersandarkan nilai emas. Sesebuah negara itu perlu ada rizab emas terlebih dahulu, kemudian barulah boleh mencetak duit kertas berdasarkan nilai emas. Bermaksud, nilai emas tidak bergantung pada dolar Amerika.

Akan tetapi, pada tahun 1971 Perjanjian Bretton Woods, presiden Nixon (AS) telah memutuskan hubungan dolar dengan emas. Maka sejak itu, setiap dolar yang dicetak tidak lagi bersandarkan emas. Duit kertas boleh dicetak sesuka hati sehingga mengalami inflasi sehingga ke hari ini.

BACA Rekomendasi: Kenapa Russia Mahu Matawang Bersandar Emas?

Punca Harga Emas Turun

Pada 13 July 2022, harga emas mula turun pada pukul 8.30pm. Pakar emas tuan Syukor Hashim memberi penjelasan di FB tentang hal ini. Beliau berkata, Amerika Syarikat telah mengeluarkan satu laporan ekonomi yang penting iaitu CPI report (Consumer Price Index). Index ini mengukur kadar inflasi.

Punca inflasi

Apabila laporan CPI dikeluarkan, didapati kadar inflasi untuk bulan lepas sangat tinggi iaitu 9.1%. Ini lebih tinggi daripada anggaran 8.5%. Dalam situasi biasa, harga emas akan melambung jika inflasi menggila. Namun harga emas menurun daripada USD 1,730 kepada USD 1,710 (Lebih kurang 1.1%). Apa rasionalnya?

Untuk pengetahuan anda, pelabur berpendapat laporan CPI tersebut akan menyebabkan US Federal Reserved akan bertindak balas menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75% hujung bulan Jun. Ini bertujuan meningkatkan kos pinjaman, menggalakkan orang simpan duit dalam bank dan menyebabkan kurangnya duit dalam ekonomi.

Bila duit kurang, maka orang pun kurang membeli. Jadi inflasi akan terkawal. Maka, andaian (spekulasi) kadar faedah meningkat menyebabkan pelabur menjual emas sekarang dan memegang duit tunai. Itulah yang menyebabkan harga emas jatuh mendadak malam ini.

BACA Rekomendasi: Ringgit Jatuh, Kenapa Simpan Emas?

Punca emas turun

Menurut penjelasan tersebut, kita faham bahawa harga emas menurun adalah disebabkan oleh spekulasi pelabur. Bukanlah disebabkan oleh nilai emas betul-betul jatuh atau emas tidak laku atau tidak relevan dengan ekonomi sekarang.

Spekulasi seperti ini pernah berlaku beberapa kali dalam sejarah. Dan ia hanya bersifat sementara. Apabila spekulasi mulai reda, harga emas akan mendaki semula. Bagi pelabur emas tegar, inilah masanya untuk menambah simpanan aset emas pada harga murah. Masa untuk memborong emas!

Dapatkan Info Emas Terkini PERCUMA!

Klik Join>Telegram Channel

SHARE ilmu ini demi manfaat semua. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
26 July 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments