Ekonomi Meleset, Kata Pakar Fokus Simpan Emas

Ekonomi negara dijangka meleset gara-gara pandemik Covid-19 tempoh hari. Bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Dikeruhkan lagi dengan operasi ketenteraan Ukraine. Beberapa negara telah mengalami keruntuhan ekonomi dan bangkrap seperti negara Sri Lanka. Persoalannya, apakah persediaan yang kita mesti buat bagi menghadapi kemelesetan ekonomi?

ekonomi

Kemelesetan Ekonomi Di Malaysia

Malaysia juga pernah mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997. Pada ketika itu, nilai ringgit berbanding dolar sekitar RM2.50/usd. Serangan forex trader ketika itu telah menyebabkan ringgit jatuh ke paras RM4.72/usd dalam masa setahun saja. Kejatuhan sebanyak 50% dari nilai asal.

Bermaksud separuh daripada kekayaan orang-orang pada ketika itu telah hilang. Jika kekayaan mereka bernilai RM100,000, maka nilai kekayaan mereka jatuh kepada RM50,000 saja (Jatuh 50%). Nilai duit itu diukur berdasarkan kuasa beli ringgit bukan pada bilangan duit kertas yang kita ada.

Value is not how much money you have, but value is how much the money can buy”

Mike Maloney (Pakar Matawang)

Berbeza dengan nilai emas yang mempunyai nilai intrinsik. Di mana, nilai emas bergantung pada ketulenan dan beratnya sendiri. Emas tidak bergantung pada ekonomi dan kerajaan yang memerintah.

ekonomi

Tanda-Tanda Kemelesetan Ekonomi

Menurut pakar, salah satu tanda kemelesetan sedang melanda sesebuah negara itu ialah apabila kerajaan memperkenalkan atau melaksanakan cukai baru seperti GST. Jika kerajaan mendesak untuk melaksanakan cukai baru, ia menandakan situasi ekonomi negara tersebut sedang meleset atau berpotensi mengalami krisis kewangan.

Pelaksanaan cukai baru sangat diperlukan bagi menstabilkan situasi kewangan negara. Kesannya kepada rakyat ialah, harga barang akan meningkat dan kos sara hidup akan bertambah. Kesan terhadap duit pula apabila kuasa beli ringgit semakin susut dan mengecil.

Jika anda hanya menyimpan duit di bank, kuasa beli duit anda akan susut dan nilai kekayaan anda akan jatuh. Beruntung bagi anda yang mempunyai simpanan emas fizikal. Kerana apabila nilai ringgit jatuh, harga emas meningkat dan kekayaan anda bertambah.

BACA Rekomendasi: Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi Ringgit

ekonomi

Fokus Simpan Emas

Kebanyakan pakar-pakar kewangan sama ada di dalam atau luar negara menyarankan untuk menukarkan aset kewangan kepada aset fizikal seperti emas dan perak. Emas telah terbukti berkesan sebagai pelindung inflasi matawang dan pelindung dari krisis ekonomi serta ketidak-stabilan politik sejak 1,500 tahun yang lalu.

Masa Untuk Emas

Azizi Ali (Mentor Wang)

Pakar-pakar kewangan seperti Mike Maloney, Robert Kiyosaki, Jim Rickard, Azizi Ali, Syukor Hashim, Zulkifli Shafie berpendapat bahawa sekarang adalah masa untuk fokus simpan emas. Dengan menyimpan emas, kekayaan kita akan bertambah ketika kejatuhan nilai ringgit, krisis kewangan dan ketidak-stabilan politik. Inshaallah.

BACA Rekomendasi: Akaun Emas GAP Public Gold Mudah

azizi ali kiyosaki

Info Emas PERCUMA di Telegram Channel

Klik> Join Channel

SHARE untuk manfaat kepada semua, jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
21 Jun 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments