Money Printing! Kesan Buruk Duit Anda Di Bank

Money printing bukan perkara baru, ia sudah berlaku sejak tahun 1971. Jika duit tidak dicetak, maka ada golongan masyarakat yang tidak mempunyai duit langsung. Cetak duit adalah perlu bagi menampung keperluan rakyat di sesebuah negara.

Akan tetapi, kesan buruk akan berlaku jika duit dicetak dengan banyak sewenang-wenangnya. Ia akan menyebabkan kuasa beli duit kita akan semakin kecil akibat inflasi. Akibatnya, semakin banyak duit semakin miskin!

“Printing money has never produced a sustainable prosperity. Printing money has always caused poverty for those who work for money.”

Robert Kiyosaki (Penulis buku Fake)

Bagaimana Bank Cetak Duit (Money Printing)

Bank dunia menggunakan sistem yang di panggil fractional reserve system. Sistem ini telah digunakan seribu tahun lalu. Saya ringkaskan saja supaya mudah difahami;

Katakan 1000 tahun lalu, anda seorang taukeh kedai dan mempunyai 10 syiling emas. Anda perlu mengembara jauh ke suatu tempat bagi membeli barang supply bagi kedai anda yang berisiko di rompak dalam perjalanan. Maka anda pun jumpa “banker” pada ketika itu iaitu goldsmith (tukang emas). Si goldsmith bersetuju untuk meyimpan 10 syiling emas anda dengan selamat.

Lalu si goldsmith tadi mengeluarkan sekeping kertas bagi membuktikan bahawa anda telah deposit 10 syiling emas kepadanya. Kertas itu dinamakan certificate of deposit (CD). Ketika anda mengembara ke tempat jauh, hanya perlu membawa sekeping kertas iaitu CD. 10 syiling emas selamat di simpan oleh si goldsmith (Banker).

Contohnya, anda membeli barang di kedai besi, anda cuma perlu membayar menggunakan CD tadi. Lalu taukeh kedai besi itu membawa CD ke goldsmith (banker) untuk claim emas milik anda sebagai bayaran. Di sebabkan konsep CD sangat mudah dan selamat, maka di sinilah bermula “kertas” menjadi duit!

Money Printing Mula Berleluasa

Money printing

Bagi orang yang perlu duit, mereka boleh pergi ke banker dan buat loan. Banker akan meminjamkan 9 dari 10 syiling emas anda tadi. Baki 1 syiling emas akan disimpan ke dalam bank vault (fractional reserve). Banker hanya perlu simpan 10% dari 10 syiling emas anda (iaitu 1 syiling emas) ke dalam vault bagi memenuhi syarat “reserve.”

Lalu duit mula dicetak, dari 10 syiling kepada 19 syiling melalui sistem fractional reserve banking. 10 syiling emas anda tadi ialah “real money.” Manakala 9 syiling yang di loankan tadi ialah duit syiling yang dicetak. Proses ini berulang-ulang sehingga sekarang.

Saat Emas Tidak Lagi Diperlukan Untuk Cetak Duit

money printing

Pada tahun 1971, presiden Nixon (Amerika Syarikat) telah memutuskan hubungan emas dengan Dollar (duit kertas). Bermaksud, dunia tidak lagi memerlukan 10 syiling emas anda tadi bagi mencetak duit. Sejak itu, duit tidak lagi bersandarkan nilai emas (Gold Standard) dan boleh di cetak sesuka hati sewenang-wenangnya sehingga sekarang. Duit kertas yang kita miliki sekarang di panggil Wang Fiat.

Kesan Buruk Money Printing

Terlalu banyak mencetak duit akan menyebabkan inflasi matawang. Kata orang, harga barang akan naik akibat inflasi. Bagi orang yang faham sistem wang fiat, harga barang tetap sama, akan tetapi kuasa beli matawang yang susut di hakis inflasi.

Baca selanjutnya tentang inflasi di sini> Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia

“Inflation causes poverty”

Robert Kiyosaki (Tokoh Kewangan Dunia)

Semakin banyak duit dicetak, maka semakin jatuh kuasa beli duit kita di bank. Semakin lama kita simpan duit, maka semakin jatuh nilai kekayaan kita. Duit simpanan mesti ditukarkan dalam bentuk emas fizikal semula bagi menyelamatkan kekayaan kita.

Cara menyelamatkan kekayaan kita dari jatuh miskin, baca di sini> Duit Simpanan Tidak Berbaloi, Simpan Emas

Perlu Bimbingan Simpan Emas?

Klik> Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
25 Januari 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Artikel Untuk Anda: Money Printing Kesan Buruk Duit Anda Di Bank […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Money Printing Kesan Buruk Duit Anda Di Bank […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Money Printing! Kesan Buruk Duit Anda Di Bank […]