Saham VS Emas Fizikal, Yang Mana Berbaloi?

Saham emas tergolong ke dalam kategori “emas kertas.” Bermaksud, ia bukan emas sebenar. Akan tetapi, konsepnya seperti membeli saham syarikat-syarikat yang bergiat dalam emas – sama ada penjual atau pelombong emas.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Justeru, saya kongsikan ilmu ini sebagai rujukan supaya anda mudah membuat pilihan.

saham

Kelebihan Saham Emas

Terdapat 2 kelebihan memiliki saham syarikat penjual emas yang disenaraikan di Bursa Malaysia. iaitu:

  1. Kenaikan modal apabila harga saham meningkat.
  2. Anda mungkin memperolehi dividen.

Ia merupakan alternatif yang lebih murah berbanding dengan emas fizikal. Anda perlu ingat, harga saham terikat dengan prestasi syarikat, kualiti pihak pengurusan dan persepsi para pelabur. Bermaksud, anda mungkin kehilangan wang jika syarikat itu mempunyai rekod buruk walaupun harga emas meningkat.

Jika pasaran saham jatuh atau matawang jatuh nilai, kemungkinan besar harga saham juga akan jatuh – walaupun harga emas dunia meningkat!

Keistimewaan Melombong Emas

Syarikat melombong emas sangat istimewa kerana ia tersenarai di pasaran saham asing. Namun, kebanyakan syarikat pelombong emas hari ini menghadapi masalah peningkatan kos buruh, peningkatan kos operasi, kos tenaga yang lebih tinggi dan kesukaran mengeluarkan emas dari perut bumi.

Saham
Harga emas fizikal naik (+212.9%), Index Pelombong emas jatuh (-13.9%)

Kebanyakan emas telah dilombong, cuma tinggal di tempat yang sukar dilombong. Beberapa lombong emas terletak di negara-negara yang mempunyai pemimpin eksotik. Pemimpin berupaya untuk mengubah undang-undang demi kepentingan mereka sekiranya lombong emas baru ditemui.

Pemimpin boleh memperkenalkan undang-undang baru, cukai, levi, dan mungkin mahu menjadikan emas tersebut milik negara. Kononnya melindungi sumber negara dari eskploitasi pihak asing. Ia pernah berlaku!

saham

Kelebihan Emas Fizikal

Emas fizikal merujuk kepada logam emas tulen. Sama ada dalam bentuk jongkong, syiling (Dinar Dirham), atau barang kemas. Emas fizikal tersebut boleh kita pegang di tangan dan simpan. Kelebihannya seperti:

  1. Peluang ‘rolling’ duit untuk bisnes.
  2. Peluang jana keuntungan bila harga jatuh.
  3. Duit simpanan lebih bertahan lama.
  4. Selamat dari dibekukan oleh bank.
  5. Selamat dari bencana kewangan.

Jika anda ada emas fizikal, duit kita tidak beku seperti pelaburan lain kerana emas berada di tangan kita sendiri. Maka kita boleh cagar emas untuk mendapatkan pinjaman segera melalui Ar-Rahnu pada bila-bila masa untuk rolling modal bisnes.

Apabila harga saham jatuh, sudah tentu kita mengalami kerugian. Tiada apa yang kita boleh buat, kerana kita tidak memiliki emas sebenar, cuma emas kertas saja. Berbeza bagi emas fizikal, jika harga emas jatuh, kita boleh cagar emas bagi mendapatkan pinjaman Ar-Rahnu untuk membeli emas pada harga rendah.

Sebab utama kebanyakan orang simpan emas adalah untuk mengelakkan kebocoran duit simpanan. Kalau simpan duit di bank, duit cepat habis dan sentiasa “bocor” dibelanjakan. Namun, emas fizikal memberi kesan emosi yang mendalam kepada pemiliknya. Sekali beli emas, dia rasa hendak beli lagi dan lagi. Hasilnya, duit simpanan bertahan lebih lama!

Menurut pakar pelaburan Michael Maloney, emas dan perak adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak berada dalam sistem kewangan. Maka emas fizikal tidak boleh dibekukan oleh bank jika seseorang itu diisytiharkan bangkrap.

Malaysia pernah ditimpa krisis kewangan pada tahun 1997, banyak bank bermasalah dan berisiko bangkrap ketika itu. Ringgit diserang lalu menyebabkan jatuh nilai dari paras RM2.50/USD kepada RM4.10/USD. Indeks Komposit BSKL jatuh dari peringkat 1,200 kepada paras 270 mata. Bagi penyimpan emas, mereka selamat dari bencana kewangan tersebut!

FREE! Update Info Emas Telegram Channel

Klik> Join Channel

Semoga bermanfaat, jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
1 Februari 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments