Warga Emas Penting Simpan Emas, 3 Sebab

Warga emas perlu simpan emas! Sungguhpun kebanyakan warga emas mengatakan bahawa pelaburan emas hanya untuk orang muda. Pak cik sudah tua, buat apa simpan emas?

Namun, apabila kita mengingat kembali nenek moyang dulu-dulu. Mereka menabung emas dalam bentuk barang kemas yang disimpan di dalam tin biskut.

warga emas

Pernahkah kita terfikir, kenapa orang dulu-dulu tidak menyimpan duit dalam akaun bank? Atau membuat pelaburan dalam institusi kewangan.

Harta pusaka yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita juga biasanya dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak atau hartanah. Kenapa mereka tidak meninggalkan wang kertas saja?

Beberapa sebab mengapa warga emas juga perlu menabung emas. Bukan saja untuk pelaburan, atau peninggalan pusaka. Malah, sebagai persediaan menghadapi perubahan ekonomi demi meneruskan kehidupan.

3 Sebab Warga Emas Perlu Simpan Emas

1- Kos Sara Hidup Meningkat

Masalah utama ekonomi zaman kita sekarang ialah ketidak-tentuan nilai ringgit dan inflasi. Menabung duit akan membuatkan kuasa beli kita jatuh. Lalu, kos sara hidup kita akan meningkat.

Katakan, jika kos sara hidup kita hari ini bersamaan RM3,000 sebulan. Dengan kejatuhan nilai ringgit, kos sara hidup kita akan meningkat melebihi Rm3,000 sebulan.

Jika kejatuhan nilai ringgit cecah 50%, maka kos sara hidup kita bakal meningkat daripada RM3,000 kepada RM4,500 sebulan.

Kita perlu lebih banyak duit untuk sara kehidupan kita dengan kejatuhan nilai ringgit. Kita terpaksa menurunkan kos sara hidup atau menambah income bulanan.

Namun, bagi orang yang menabung emas tidak terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit. Malah, harga emas meningkat seiring dengan kejatuhan nilai ringgit.

Kelebihan orang menabung emas ialah sama ada kekayaannya bertahan atau meningkat. Kenaikan kos tidak memberi kesan teruk kepada mereka kerana harga emas juga semakin naik dalam jangka masa panjang.

2- Pelindung Kemerosotan Ekonomi

Salah satu petanda besar kemerosotan ekonomi ialah apabila bank negara menaikkan kadar faedah. Atau ia lebih dikenali sebagai kenaikan OPR (Overnight Policy Rate).

Apabila inflasi matawang sedang naik tinggi sehingga tidak terkawal, maka bank negara terpaksa menaikkan kadar OPR. Tujuannya untuk mengelakkan inflasi daripada naik terlalu tinggi.

Jika inflasi naik terlalu tinggi, maka matawang akan hilang nilainya. Matawang tersebut tidak lagi laku atau diterima untuk membeli apa-apa barang keperluan.

Rekomendasi Untuk Anda: Ayam Makin Mahal, Salah Peniaga Atau Inflasi?

Bagi orang yang hanya ada simpanan duit, maka mereka akan jatuh miskin jadi papa kedana dengan serta-merta. Sebab, matawang telah hilang nilai!

Sungguhpun, mereka ada sejuta ringgit. Jika berlaku hyperinflasi, sejuta ringgit itu tidak mampu membeli apa-apa barang keperluan hidup. Duit jadi tidak laku!

Contohnya di Venezuela, hyperinflasi berlaku ke atas matawang mereka setinggi 1,000,000%. Sehingga menyebabkan harga seekor ayam meningkat kepada 14,500,000 Bolivars. Seekor ayam harganya berjuta!

Sedangkan Venezuela merupakan negara yang kaya dengan minyak mentah di Amerika Latin. Keruntuhan ekonomi berpunca akibat masalah sosioekonomi dan korupsi politik. Lalu, rakyatnya jadi mangsa!

3- Mudah Wariskan Harta Pusaka

Pelbagai cara untuk mengagihkan harta pusaka pada zaman sekarang. Bezanya cuma sama ada urusannya mudah atau melecehkan.

Menurut info Jabatan Akauntan Malaysia, dianggarkan harta umat Islam yang tidak dituntut berjumlah kira-kira RM90 billion pada tahun 2021.

Pelbagai puncanya, termasuklah disebabkan oleh pertelingkahan di antara waris, kos, dan pentadbiran yang terlalu rumit untuk diuruskan dan lain-lain.

Rekomendasi Untuk Anda: Soalan Newbie, Sebelum Mula Simpan Emas

Itulah antara alasan utama harta pusaka tidak dituntut oleh umat Islam di Malaysia. Urusan menuntut harta pusaka terlalu sukar dan semakin rumit hari demi hari.

Harta pusaka tidak dapat dimanfaatkan akan menjadi satu kerugian kepada ekonomi negara dan umat Islam sendiri.

Dengan menggunakan emas fizikal, harta pusaka lebih mudah diuruskan dan diagihkan. Tidak perlu kos pentadbiran yang mahal. Dan tidak perlu banyak pihak yang terlibat di mana ia bakal melambatkan proses urusan.

Emas boleh diagihkan mengikut kepingan atau gram. Tidak perlu apa-apa kos! Tidak seperti hartanah yang memerlukan kos pecah tanah yang mahal.

Perlu Bimbingan Menabung Emas?

FREE!Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat walau sedikit. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
13 Jun 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments