John Wick: Berapa Nilai Sebenar Coin Emas

John Wick sebuah filem aksi yang sangat popular di bintangi oleh pelakon hebat Keanu Reeves. Coin emas yang digunakan matawang dalam filem tersebut telah menjadi perbualan ramai di sosial media.

Biasanya, filem zaman moden pasti akan menayangkan sistem pembayaran yang canggih dan terkini seperti matawang digital, crypto.

Tetapi berbeza dengan filem John Wick yang menggunakan coin emas sebagai matawang. Kaedah pembayaran di dalam dunia ‘assassins’ masih sangat kuno. Apakah kelebihan coin emas?

Bagaimana Coin Emas Berfungsi?

Sistem matawang dalam filem ini mendapat perhatian ramai peminat filem. Biasanya, coin emas hanya digunakan dalam filem berkisar tentang lanun atau harta karun.

Bukan saja assassins yang menerima coin emas. Malah golongan lain seperti tukang angkat mayat, doktor, pekerja Hotel Continental, tukang jahit yang menawarkan perkhidmatan kepada John Wick.

Sebagai sebahagian daripada budaya mereka, para assassin tidak membayar perkhidmatan tersebut dengan matawang kertas atau duit biasa seperti kita.

Seluruh dunia assassin menggunakan coin emas sebagai matawang atau alat pembayaran bagi membeli segala-galanya dari menempah bilik hotel sehingga pembelian senjata api.

Coin emas banyak ditayangkan dalam babak filem ini. Setiap assassin mendapat coin emas dengan melaksanakan kontrak dan kemudian membelanjakannya di dalam komuniti yang sama.

Selain daripada menayang aksi mempertahankan diri yang hebat, ia sekaligus lebih banyak mendedahkan tentang coin emas dan kepentingannya di dunia ini.

Kita boleh belajar dan membuat kesimpulan tentang bagaimana alat pembayaran coin emas berfungsi. Lagipun, coin emas memang telah menjadi matawang sejak zaman Rasulullah lagi.

Berapa Nilai Coin Emas Dalam John Wick?

Dalam siri JohnWick:Chapter3-Parabellum mendedahkan bagaimana coin emas mula beredar. Apabila Jerome Flynn menghasilkan pingat emas di Casablanca.

Kita boleh lihat bahawa hampir segala-galanya hanya dibayar dengan beberapa coin emas saja. Menunjukkan kuasa beli beli coin emas sangat besar.

Daripada perkhidmatan membersihkan tumpahan darah, membeli whisky bourbon, senjata, sut, dan sebagainya hanya dibayar dengan beberapa coin emas saja. Seolah-olah semuanya sangat murah!

Di dunia nyata, duit kertas dan syiling logam, atau transaksi bank yang kita gunakan seharian sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik.

Berbeza dengan matawang John Wick, syiling dibentuk dengan menggunakan emas tulen. Menjadikan setiap kepingan syiling yang dibentuk mempunyai nilai intrinsik.

Berdasarkan anggaran saiz setiap syiling dan harga emas semasa, setiap keping bernilai $2,000 dalam bentuk duit sebenar dunia nyata.

Bermaksud, banyak benda boleh dibeli dengan hanya 1 coin emas. Menunjukkan kuasa beli coin emas sangat besar berbanding duit kertas.

Berapa Banyak Coin Emas Dalam Simpanan John Wick?

Tiada angka rasmi berapa banyak coin emas dalam simpanannya yang disembunyikan di bawah tanah. Namun, komuniti Reddit mendapati bahawa, “Ia kelihatan seperti 24 baris 20 coin bagi setiap baris.

John Wick Gold

Menjadikan jumlah keseluruhannya bersamaan 480 keping coin emas. Dianggarkan bernilai $980,000 jika sekeping coin diandaikan bernilai $2,000 bagi setiap satu.

Dengan hanya 480 keping coin saja, nilainya hampir 1 juta. Cuba bayangkan berapa banyak keping duit kertas dikumpulkan untuk cukup dengan nilai 1 juta? Banyak keping kan!

Begitulah yang digambarkan dalam filem ini, jika kita menabung coin emas. Kuasa beli coin emas kekal besar walaupun John Wick sudah pencen. Bermaksud, kekayaannya sentiasa kekal bertahan.

Tidak seperti duit kertas yang susut nilainya dimakan waktu akibat inflasi matawang. Maka, kekayaan akan semakin susut dalam jangka masa panjang.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Kecil?

FREE!>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
6 Jun 2023     

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments