Lelaki Muda Langsai Hutang Rumah Sejak Menabung Emas

Lelaki muda biasanya sibuk berfoya-foya dengan kereta yang dibeli dengan hutang bank. Katanya, kereta merupakan lambang kejayaan bagi seorang lelaki zaman moden.

Hakikatnya, pemilik sebenar kereta itu ialah bank yang memberi loan kepada mereka. Selagi mereka belum habis membayar hutang kereta tersebut, kereta adalah milik bank.

Begitulah realiti zaman sekarang. Berhutang semata-mata untuk bergaya. Hutang bukan lagi atas sebab terdesak memerlukan duit.

Kita tidak lagi mempunyai perasaan segan silu untuk berhutang. Kerana kebanyakan orang sekeliling kita pun mempunyai hutang bank. Hanya segelintir saja yang faham dan menikmati bebas hutang.

Akan tetapi berbeza sekali dengan pemuda-pemuda ini yang bebas hutang di usia yang masih muda. Kita patut jadikan kisah mereka sebagai sumber inspirasi supaya kita juga mampu bebas hutang segera.

Kisah Lelaki Bebas Hutang Rumah

Kisah Tuan Azlan Abdul Rahman, bermula dengan mempunyai hutang rumah sebanyak RM89,000. Disebabkan tidak cukup kelayakan, beliau dan bakal isteri submit loan pakai 2 nama dan keluarkan dana KWSP.

Dalam masa yang sama, mereka juga memohon pinjaman peribadi (personal loan). Ketika itu, beliau belum bernikah dengan bakal isteri beliau. Begitu besar kepercayaan bakal isteri kepada beliau!

lelaki

Selepas 10 tahun, mereka membuat permohonan refinance loan rumah. Kononnya untuk mendapatkan duit tunai di tangan melalui bank Islam.

Namun, bank menghubungi mereka supaya beliau melangsaikan pinjaman kereta terlebih dahulu (full settlement) sebelum bank meluluskan permohonan refinance beliau.

Setelah langsai, loan rumah beliau naik daripada RM89K kepada RM160K. Ketika itu, beliau akui belum mempunyai ilmu kewangan.

lelaki bebas hutang

Rekomendasi Untuk Anda: Pecah Rekod! Harga Emas Tertinggi 2023

Beliau terpaksa membayar sebanyak RM756 sebulan secara konsisten sehingga habis dari harga pokok RM160,000 kepada jumlah total pinjaman sebanyak RM540,000. Beliau sedar, rutin ini boleh buat lambat kaya.

Dalam pada itu, beliau hampir terlupa tentang tabungan emas beliau. Setiap kali dapat gaji, bonus, moratorium dan insentif dari Public Gold, beliau tukarkan kepada emas.

Beliau pembeli emas yang tegar. Katanya, menabung emas susah untuk dibelanjakan kecuali betul-betul terdesak. Beliau juga tidak lupa berzakat kerana kata orang zakat menyuburkan harta.

Beliau meletakkan target untuk jual semula tabungan emas apabila harga emas naik sehingga RM300 segram. Dengan tujuan untuk melangsaikan hutang rumah.

Apabila harga emas melepasi RM300 segram, beliau terus menjual emas beliau untuk mendapatkan duit tunai. Lalu melangsaikan segala baki hutang rumah di Bank Islam.

Kini, beliau sudah bebas hutang rumah. Dan penjimatan sebanyak RM300,000 (Hutang asal RM540,000) kerana melangsaikan hutang lebih awal.

Kesimpulan Kisah

Kisah beliau mengajar kita bahawa pentingnya ilmu kewangan. Tanpa ilmu kewangan yang betul, kita mungkin bakal membuat kesilapan kewangan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.

Menabung emas boleh membantu mempercepatkan proses mengumpul duit bagi melangsaikan hutang lebih awal dan lebih cepat. Melangsaikan hutang lebih awal sangat berbaloi bagi mendapatkan penjimatan pinjaman.

Rekomendasi Untuk Anda: Bajet Rendah? Cara Menabung Emas 1 Gram

Melangsaikan hutang memanglah sukar. Akan tetapi, ia tidak mustahil dengan ilmu yang betul dan cara yang tepat serta bersabar.

Agar kisah beliau menjadi inspirasi untuk kita untuk mula membaca buku kewangan dan pelaburan emas. Sekaligus, memulakan tabungan emas dari sekarang!

Apa Guna Ilmu Tanpa Tawakal. Apa Guna Tawakal Tanpa Tindakan.

ekrammarfuadi.com

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah

FREE! Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
18 Julai 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments