Demand Emas Tertinggi, Malaysia Naik Ranking Ke-8 Dunia

Demand atau permintaan terhadap emas di Malaysia semakin meningkat baru-baru ini. Menjadikan Malaysia menduduki ranking ke-8 dunia dengan permintaan emas tertinggi.

Dilaporkan, permintaan terhadap emas melonjak sehingga 25 peratus daripada 14.9 tan kepada 18.5 tan pada tahun 2021. Ini sangat menggembirakan.

Berdasarkan laporan Forex Suggest, Malaysia menduduki tempat ke-8 di belakang Turkiye, Russia, Singapura, UAE, Vietnam, Iran, dan Mesir tempat pertama dunia.

Mesir menduduki tempat pertama dunia dengan lonjakan paling tinggi sebanyak 55 peratus. Iaitu daripada 34.1 tan kepada 52.7 tan emas dicatatkan pada tahun 2021.

Rekomendasi Untuk Anda: Ringgit Lemah! Masa Untuk Emas

demand
Sumber: TheSunDaily

Selain itu, Malaysia juga tersenarai dalam pada ranking ke-7 dengan permintaan jongkong dan syiling emas tertinggi di dunia.

Dilaporkan oleh Forex Suggest, permintaan terhadap jongkong dan syiling emas di Malaysia melonjak kepada 5.8 tan daripada 4.4 tan pada tahun 2021.

Dalam carta permintaan barang kemas pula, Malaysia berada pada kedudukan ke-5 dengan kenaikan 24 peratus yang melibatkan jumlah 17.3 tan barang kemas.

Mengapa Demand Emas Meningkat?

Menurut Forex Suggest, semakin ramai pakar dan pengguna kekal yang bimbang tentang potensi kemelesetan dan masa depan ekonomi yang tidak menentu. Ramai yang mencari cara untuk melindungi diri dan simpanan duit mereka.

“Hidup dalam dunia yang berkembang hari ini dan ekonomi yang berubah-ubah, anda mungkin melihat pada kewangan dan pelan pelaburan anda. Melabur dalam emas adalah pilihan yang bijak dan boleh membantu memberikan kestabilan semasa ketidaktentuan.”

Forex Suggest

Selain bertindak sebagai pelindung daripada ketidakstabilan ekonomi, emas juga bertindak pelindung daripada sikap boros berbelanja.

“Ia adalah peluang yang baik untuk melindungi masa depan kewangan anda, serta mempelbagaikan portfolio pelaburan anda.”

Forex Suggest

Menurut pakar Tuan Mohd Zulkifli Shafie (penulis buku Wang Emas), emas bertindak sebagai kalis inflasi dan menghakis sifat boros berbelanja.

Sudah menjadi lumrah manusia suka berbelanja dengan duit. Bila dapat gaji atau bonus, kita mesti terfikir untuk membeli sesuatu. Jarang sekali kita terfikir untuk menyimpan duit.

Berbeza dengan lumrah manusia terhadap emas. Kita ada emosi suka dan sayang terhadap emas. Apabila kita ada 10gram emas, kita rasa mahu tambah lagi sehingga 100gram, 200gram, dan seterusnya.

Rekomendasi Untuk Anda: Lelaki Muda Langsai Hutang Rumah Sejak Menabung Emas

Kita tidak akan menjual emas tersebut selagi tidak ada keperluan mendesak. Kerana kita tahu bahawa harga emas sentiasa meningkat dalam jangka panjang. Sayang dijual tanpa sebab penting!

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa apabila menyimpan emas, hakikatnya kekayaan itu ada di tangan sendiri. Jika kita simpan duit di bank, kekayaan di tangan bank dan kerajaan. Kerana ia boleh dibekukan.

“Saya percaya akhir sekali orang yang lebih kaya ialah mereka yang memiliki lebih banyak aset fizikal seperti emas, perak, dan hartanah.”

Tuan Mohd Zulkifli Shafie (Wang Emas)

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Kecil?

FREE!>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
25 Julai 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments