Rumah bebas hutang pasti menjadi idaman bagi kita semua. Maklumlah, rumah bebas hutang boleh membuatkan kita tidur lena setiap malam tanpa beban hutang. Lega!
Namun, di akui bahawa ia bukan proses yang mudah. Ia memerlukan ilmu dan disiplin kewangan yang betul dan tepat.
Berita baik! Setiap orang mampu bebas hutang rumah dan ia sangat tidak mustahil. Bukan orang kaya saja mampu bebas hutang malah orang biasa seperti kita.
Secara asasnya, ada 2 cara membeli rumah. Cara pertama, dengan membuat pinjaman perumahan (housing mortgage) daripada bank dan bayar setiap bulan selama 20-30 tahun sehingga habis bayar pinjaman.
Cara kedua, dengan menabung duit sehingga beratus-ratus ribu dan membeli secara tunai! Cara ini tidak diminati orang-orang biasa seperti saya. Sebabnya, menabung duit adalah perkara yang sangat susah!
Berbeza dengan kisah Tuan Bashir Mansor yang menabung duit dalam bentuk emas sehingga mampu membina 2 buah rumah sewa secara tunai! Mashaallah.
Kisah Bina 2 Buah Rumah Sewa Bayar ‘Cash”
Kisah Tuan Bashir Mansor bermula sejak tahun 2019 lagi. Apabila beliau dan isteri bertekad untuk mula menabung 500 gram emas sebagai dana untuk membina 2 buah hartanah untuk disewakan.
Lalu mereka membuat survey dengan beberapa kontraktor bagi mendapatkan sebut harga untuk pembinaan sehingga siap.
Modal yang diperlukan pada tahun 2019 sekitar RM90,000 hingga RM100,000. Iaitu bersamaan dengan harga 500 gram emas ketika itu.
Bermula pada bulan September 2019, beliau dan isteri ambil keputusan untuk mengumpul emas sebanyak 500 gram.
Mereka bermula dengan membuat belian emas secara Easy Payment Purchase (EPP10X) bagi 6 keping goldbar 10gram siri Bunga Emas di Public Gold.
Setelah 10 bulan, beliau habis bayar. Kemudian, beliau mengambil lagi EPP10X dan ulang lagi dan lagi sehingga berjaya mengumpul 500gram emas.
Kenapa beliau memilih kaedah EPP10X? Sebabnya, dengan EPP10X saja yang boleh membuatkan mereka paksa diri untuk simpan emas setiap bulan dalam kuantiti yang banyak. Kalau tak paksa, tak jadi!
Rekomendasi Untuk Anda: EPP | Ansuran Emas Patuh Shariah
Namun, pada awal tahun 2022, simpanan emas mereka masih belum mencukupi. Ketika itu, mereka hanya mampu mengumpul sebanyak 400gram emas saja. Bermaksud, mereka masih kekurangan 100gram emas lagi.
Malangnya, apabila mereka semak semula sebut harga dari kontraktor, kos pembinaan 2 buah rumah tersebut telah naik mencecah RM125,000. Belum termasuk bekalan elektrik dan bekalan air.
Nasib baik mereka bertindak bijak untuk menabung emas bukannya menabung duit ringgit. Sungguhpun mereka berjaya menabung RM100,000 pada tahun 2019, mereka masih kekurangan RM25,000.
Ia adalah faktor kuasa beli ringgit yang semakin lemah akibat dihakis inflasi. Maka, kos pembinaan semakin meningkat. Dalam masa yang sama, nilai emas semakin meningkat!
Rekomendasi Untuk Anda: Beli Rumah, Teknik Langsai Loan Lebih Awal
Berkat kesabaran menabung emas selama 3 tahun, akhirnya mereka berjaya mengumpul 500gram emas. Dengan 500gram emas, mereka masih mampu bayar kos pembinaan 2 buah rumah tersebut.
Walaupun kos pembinaan telah meningkat kepada RM125,000. Dengan kenaikan harga emas, harga 500gram emas telah naik sehingga bernilai RM125,000 ketika itu.
Lalu, mereka mengambil keputusan untuk mengunci jadual dan harga binaan dengan kontraktor pada bulan Mac 2022. Dan membayar deposit RM25,000.
Mereka berunding dengan kontraktor untuk mula bina rumah pada bulan Julai 2022 dan siap dalam bulan Januari atau Febuari 2023. Supaya mereka boleh jual semula emas yang mereka simpan sedikit demi sedikit.
Rekomendasi Untuk Anda: Public Gold | 7 Kelebihan Menguntungkan
Disebabkan mereka kekurangan 100gram emas, mereka mengambil keputusan untuk beli lagi 100gram goldbar Bunga Emas secara EPP10X di Public Gold.
Bayaran EPP10X tersebut dijangka habis bayar pada bulan Disember 2022 dan boleh digunakan sebagai dana bagi membayar di fasa terakhir nanti.
Beliau berasa sangat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti dirancang walaupun ada sedikit ujian dan rintangan dalam usaha mencapai matlamat beliau.
“Kita akan lebih bersemangat untuk menyimpan emas bila kita ada matlamat yang jelas.”
Pesan Mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie
Apabila selesai semua urusan, 2 buah rumah tersebut telah selamat disewakan kepada pasangan suami isteri yang baru berkahwin dengan kadar sewaan RM500 sebulan bagi sebuah rumah.
Justeru, beliau telah menjana income pasif sebanyak RM1,000 sebulan dengan pembinaan 2 buah rumah sewa tersebut. Alhamdulillah.
SHARE sebarkan manfaat kepada orang ramai. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
1 Ogos 2023