Kos haji dijangka meningkat lagi sebanyak 11% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Sebagaimana yang di umumkan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji.
“Memang berlaku kenaikan kos haji sekitar 5-6% setiap tahun untuk jangka panjang iaitu dalam tempoh 10 tahun.”
Tan Sri Azman Mokhtar (Pengerusi TH)
Katanya, sebabkan pandemik COVID-19, kenaikan itu dianggarkan menjadi 2 kali ganda (11 peratus) susulan peningkatan kadar inflasi, situasi mata wang semasa malah Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar 5-6%.
Kerajaan Arab Saudi juga telah melakukan perubahan pada sistem mereka termasuk bagi permohonan visa secara tidak langsung mempengaruhi kos ibadah haji.
Namun, TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi mengurangkan beban jemaah golongan B40 dan M40.
Pendapat Prof. Dr. Mat Rofa Tentang Kos Haji
Pada 10 tahun akan datang, ibadah umrah atau haji hanya mampu dilakukan oleh orang kaya. Menurut pendapat Prof. Dr. Mat Rofa dalam kuliahnya.
Beliau menyampaikan kuliah tentang situasi yang sedang berlaku di Madinah dan Mekah ketika ini. Katanya, hotel-hotel murah sudah tidak ada di Mekah.
Ia merupakan salah satu punca yang menyebabkan kenaikan kos haji dan umrah. Banyak hotel-hotel mewah dibina di depan Masjidil Haram, Mekah.
“Kita bimbang orang yang tidak ‘berada’ tidak dapat melakukan ibadah rukun Islam yang ke-5 (haji/umrah).”
Prof. Dr. Mat Rofa
Hotel Hilton dibina di tepi Kota Madinah. Hotel perkasa jenama mewah yang berasal dari Amerika dan Eropah seperti Marriott, Movenpick, dan lain-lain telah dibina di depan Masjidil Haram di Mekah.
Cukup malang tuan puan, boleh menitis air mata kita apabila tempat yang bersejarah dengan haji diserahkan kepada hotel yang dipunyai oleh golongan orientalis ataupun kapitalis.
Hotel-hotel yang dibina di sekitar tanah bersejarah Makkahtul Mukarramah yang sangat penting bagi umat Islam telah dimiliki oleh golongan kapitalis. Menyedihkan!
Kemungkinan besar, ibadah haji dan umrah merupakan ibadah mewah yang hanya mampu dilakukan oleh orang kaya di masa depan.
Apa Yang Kita Boleh Buat?
Justeru, kita faham bahawa kos haji/umrah dijangka akan naik lagi di masa depan disebabkan 2 faktor utama. Iaitu faktor pembinaan hotel mewah dan inflasi matawang.
Oleh itu, kita mesti menabung lebih awal dengan teknik yang berkesan. Menabung duit sudah tentu tidak berkesan akibat inflasi yang sentiasa menghakis nilai saban tahun.
Rekomendasi Untuk Anda: Umrah Haji | Kos Turun 80%
Menabunglah aset fizikal seperti emas dan perak yang kalis inflasi. Prestasi harga emas dan perak juga dilaporkan meningkat setiap tahun dalam sejarah.
Semoga kita mampu menunaikan haji dan umrah yang mabrur. Dan semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Amin~
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
3 Oktober 2023