Konflik Palestin semakin parah apabila Hamas melancarkan serangan sebanyak 5,000 peluru berpandu ke wilayah Israel. Sebagai mesej mempertahankan diri dan kedaulatan tanah air.
Serangan ini telah melonjakkan harga minyak mentah lebih 4%. Di ikuti dengan permintaan aset emas yang meningkat sebagai langkah safe haven.
Jika konflik Palestin-Israel berpanjangan, maka permintaan terhadap aset ‘safe haven‘ seperti emas dan perak bakal meningkat jauh lebih tinggi.
Pada Isnin yang lepas, serangan roket Hamas terus menghujani bandar terbesar Israel, Tel Aviv. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah berikrar untuk “mengubah Timur Tengah” dengan serangan terhadap kumpulan militan Palestin.
Serangan tersebut telah mendatangkan kesan segera yang meningkatkan harga emas, perak dan minyak mentah dunia.
Tehran bukan saja pengeksport minyak mentah ke-5 terbesar di dunia, tetapi juga penyokong kuat perjuangan Palestin.
Iran juga diketahui berada di belakang Hamas setiap masa. Penasihat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei berkata bahawa Tehran menyokong operasi terhadap Israel.
Rekomendasi Untuk Anda: Politik Tidak Stabil, Matawang Runtuh
Konflik besar Timur Tengah dalam tempoh beberapa bulan akan datang berkemungkinan besar akan memberi impak kepada ekonomi termasuk menjejaskan polisi bank pusat.
Walaupun harga emas mungkin tidak menentu dalam beberapa minggu akan datang. Penganalisis mengatakan bahawa ketidak-stabilan geopolitik terus menyokong kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.
Michele Schneider, pengarah pendidikan dan penyelidikan perdagangan di MarketGauge mengatakan bahawa kenaikan harga makanan dan tenaga menyebabkan pergolakkan sosial yang juga menyumbang kepada ketidak-stabilan geopolitik.
Ketidak-stabilan geopolitik seperti yang diketahui bakal menyokong dan meningkatkan harga emas di pasaran dunia.
Peningkatan harga emas didorong oleh permintaan tinggi terhadap emas dan perak sebagai aset safe haven sebagai pelindung daripada apa-apa krisis kewangan atau ekonomi dunia.
Matawang merupakan aset yang paling lemah ketika krisis geopolitik berlaku. Sebagaimana berlaku kepada negara Venezuela, Zimbabwe, Greece, Sri Lanka, Jerman Hitler dan sebagainya.
Rekomendasi Untuk Anda: Jangan Simpan Duit, Kata Pakar Simpan Emas
Ketika krisis, matawang negara tersebut telah hilang nilai dan tidak laku untuk didagangkan. Matawang tersebut tidak lagi mampu membeli apa-apa barangan termasuk beras dan makanan.
Kerana, matawang hanyalah kertas yang bersandarkan nilai yang diletakan oleh kerajaan ke atasnya. Dan pada kertas tersebut tidak mempunyai nilai intrinsik. Hanya sekadar nombor dan warna.
Oleh sebab itu, negara-negara Timur Tengah khususnya membawa berguni-guni wang kertas untuk ditukarkan kepada emas dan perak. Nilai intrinsik bagi emas dan perak ada pada logamnya.
Sungguhpun harga emas atau perak turun, ia tetap logam berharga. Namun, jika matawang jatuh nilainya, ia hanyalah sehelai ‘kertas’ yang tidak bernilai.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
10 Oktober 2023