Ringgit Jatuh Paras Terendah! Rugi Simpan Duit Di Bank Bertahun

Ringgit jatuh lagi ke paras terendah sebagaimana dilaporkan di berita-berita online. Setakat ini, ringgit telah jatuh ke paras RM4.74 berbanding Dolar Amerika.

Ketua Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu dalam wawancara dengan Kosmo Online.

Sekiranya ringgit sudah melepasi paras rintangan, paras rintangan seterusnya mungkin mencecah RM4.80 dan sekiranya berlaku ia pastinya menjadi satu kebimbangan.

Penganalisis Ekonomi Dan Kewangan Sosial (Bank Muamalat)

Menunjukkan kejatuhan nilai matawang tidak akan pulih dalam masa terdekat. Disebabkan beberapa faktor termasuk tercetusnya perang di antara Hamas-Israel di Timur Tengah.

Kesan utamanya adalah disebabkan kenaikan inflasi yang menghakis nilai ringgit saban tahun. Menjadikan kuasa beli ringgit semakin lemah dan harga barangan semakin mahal.

ringgit jatuh

Krisis di antara Palestine dan Israel telah mendorong pelabur untuk memilih Dolar Amerika sebagai matawang selamat (safe haven) berbanding matawang ringgit.

Lalu menyebabkan permintaan dolar meningkat lebih tinggi berbanding ringgit. Dan nilai matawang kita semakin merosot.

Rekomendasi Untuk Anda: Konflik Palestin, Harga Emas Naik! Permintaan Safe Haven Tinggi

Namun, ada pihak yang menggesa agar kerajaan mengambil peluang untuk meningkatkan industri pelancongan negara sementara ringgit lemah.

Walhal, nilai matawang bukannya faktor utama yang mendorong tarikan pelancong. Lagipun, sektor pelancongan hanya memberi manfaat kepada sesetengah pihak.

Kejatuhan nilai matawang sangat jelas memberi kerugian kepada seluruh rakyat Malaysia yang menabung duit. Sama ada menabung di bank, Tabung Haji, pelaburan ASB dan sebagainya.

Kesan Ringgit Jatuh Pada Kita

Penat lelah kita bekerja setiap hari mencari rezeki dan menabung duit setiap bulan, akhirnya nilai duit yang kita simpan jatuh nilainya.

Semakin lama kita menyimpan duit, malah semakin jatuh miskin. Bukannya bertambah kaya angkara kejatuhan nilai ringgit saban tahun.

Pada tahun 1997, nilai ringgit di paras tinggi iaitu hanya RM2.50 sedolar. Selang 26 tahun, kini nilai ringgit semakin jatuh ke paras RM4.74 sedolar. Kejatuhan nilai hampir 50%.

Jika kita menabung duit di bank sejak tahun 1997 sebanyak RM100,000. Hari ini, diandaikan bahawa nilainya hanyalah tinggal separuh atau RM50,000 saja.

Sungguhpun di dalam akaun bank, simpanan duit kita masih ada RM100,000 secara fizikal. Hakikatnya, nilainya telah menurun dan tidak sama seperti pada tahun 1997. Menabung duit tidak akan menambah kekayaan!

Rekomendasi Untuk Anda: Ringgit Lemah! Masa Untuk Emas

Nombor pada duit kertas bukanlah menunjukkan nilainya. Nilai matawang tertakluk pada kuasa beli. Bandingkan apa yang boleh dibeli dengan duit pada tahun 1997 dan sekarang.

Contonhnya, pada zaman sekolah saya dulu, duit poket RM1 sudah cukup mewah berbelanja di sekolah. RM1 boleh beli nasi lemak bungkus, air sirap, chewing gum.

Cuba bandingkan pada hari ini, adakah cukup duit poket RM1 sebagai duit poket bagi anak-anak kita ke sekolah? Sudah tentu anak-anak akan kelaparan di sekolah.

Justeru, pakar-pakar kewangan menasihatkan supaya kita menukarkan sebahagian duit simpanan kita kepada aset fizikal seperti emas dan perak.

Disebabkan kelebihan emas dan perak yang kebal inflasi dan kebal daripada apa-apa krisis yang berlaku di dunia. Sebagaimana yang telah terbukti sejak zaman Rasulullah sehingga sekarang.

Sungguhpun harga emas dan perak turun naik. Namun, dalam jangka masa panjang ia sentiasa meningkat dan sekaligus meningkatkan kekayaan kita tanpa disedari. Insha-allah~

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah

PERCUMA>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
17 Oktober 2023  

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments