3 Design Emas Terbaik Kegemaran Malaysia | Unik & Istimewa

3 design emas yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia kini. Orang Malaysia sangat kreatif. Ada yang menyimpan emas dalam kotak yang cantik, ada yang disimpan dalam balang, dan sebagainya.

Bermaksud, rakyat Malaysia sudah mempunyai kesedaran yang amat tinggi. Betapa pentingnya menabung emas demi masa depan kewangan yang kukuh dan cemerlang.

Persoalannya, yang mana design emas yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia? Dan apakah kelebihan dan kekurangannya?

Top 3 Design Emas Kegemaran Malaysia.

1- Syiling Dinar

Menurut info yang dipercayai, syiling dinar merupakan bentuk emas yang paling banyak dalam kitaran atau simpanan rakyat Malaysia.

Suatu ketika dulu, dinar emas merupakan matawang yang digunakan pada zaman kerajaan Islam. Iaitu pada zaman Rasulullah S.A.W sejak 1,500 tahun lalu.

Mungkin faktor ini merupakan salah satu sebab mengapa dinar emas paling banyak dalam simpanan rakyat Malaysia khususnya bagi muslim.

Malaysia adalah negara yang ke-12 menghasilkannya melalui Bank Negara Malaysia pada tahun 2001, iaitu syiling Kijang emas.

Bagi syiling Kijang Emas menggunakan berat dalam gandaan oz (ounce). Terdapat dalam saiz 1, 1/2, dan 1/4 oz.

Rekomendasi Untuk Anda: Kisah Dinar Dirham, Matawang Islam Bangkit

Berbeza dengan syiling Dinar yang dikeluarkan oleh Public Gold sejak tahun 2008. Di mana menggunakan unit berat gram. Terdapat dalam saiz 1/4, 1/2, 1, 5, dan 10 dinar.

Setiap syiling dinar Public Gold mempunyai ketulenan 999. Dan mempunyai berat spesifik 4.25gram bagi setiap satu syiling dinar.

Syiling dinar menjadi kegemaran kerana bagi peminat bentuk bulat seperti duit syiling. Ia mudah disimpan dan dijaga. Malah, rekaan seni yang di ukir pada syiling dinar sangat menarik dan cantik.

2- Bar Emas/ Gold Bar

Bar emas atau lebih biasa dipanggil gold bar. Emas yang menjadi kegemaran bagi orang yang suka bentuk segi empat tepat.

Gold bar menggunakan emas berketulenan 999. Menggunakan unit gram bagi gold bar yang dikeluarkan dalam Malaysia. Seperti gold bar BungaMas dan Tai Fook bagi keluaran Public Gold.

Saiznya terdapat dari sekecil 5gram, 10gram, 20gram, 50gram, dan 100gram saja. Perbezaan gold bar BungaMas dan Tai Fook ialah rekaan menarik dan unik yang diukir pada permukaan gold bar tersebut.

Top 3 design

Rekomendasi Untuk Anda: Goldbar VS Dinar, Yang Mana Paling Berbaloi?

Gold bar menjadi kegemaran bagi rakyat malaysia yang mahukan emas yang lebih besar. Berbanding dinar yang paling besar yang hanya mempunyai berat 42.5 gram (10 dinar).

Emas yang bersaiz besar dan lebih berat sangat menguntungkan bagi pelabur. Sebabnya, ia mempunyai kadar spread yang lebih rendah berbanding emas yang bersaiz kecil.

Bagi anda yang mempunyai bajet besar, gold bar sangat sesuai menjadi simpanan dan pelaburan bagi anda. Cuma, anda perlukan peti simpanan emas yang lebih besar.

3Bullion Bar

Jenis emas ini mempunyai corak yang cantik dan pelbagai variasi. Ia juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk diberikan kepada orang lain.

Bullion bar terdapat dalam saiz yang sangat kecil. Iaitu sekecil 0.5gram dan 1gram saja. Namun, ia menjadi kegemaran bagi golongan ‘collector‘ yang suka mengumpul pelbagai corak design yang menarik.

Top 3 design

Rekomendasi Untuk Anda: Public Gold | 7 Kelebihan Menguntungkan

Disebabkan design bullion bar sangat terhad, maka ia sentiasa menjadi rebutan bagi golongan ‘collector‘. Lalu menyebabkan harganya menjadi lebih mahal daripada harga pasaran.

Sungguhpun ia mahal, tetap ramai yang membelinya. Kerana mereka percaya bahawa harga emas tetap akan naik dan lebih mahal di masa depan. Dan ia terbukti sejak 50 tahun kebelakangan.

Cuba kita tanya kepada nenek moyang kita, berapa harga emas di zaman mereka dulu? Sudah tentu kita katakan murah jika dibandingkan dengan harga emas sekarang. Betul kan?

Persoalannya, apakah 3 design emas yang menjadi kegemaran anda?

Perlu Bimbingan Beli Emas Kegemaran Anda?

FREE!>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
12 September 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments