Mengapa Bank Simpan Emas? Tetapi Kita Simpan Duit kertas.

Mengapa kita di ajar untuk simpan duit di bank? Sedangkan bank sendiri menambah rizab dengan memborong emas sejak pandemik Covid-19 tempoh hari.

Menyimpan duit di dalam akaun bank memang bagus. Ia sangat memudahkan kita untuk membeli barang atau transaksi atas talian (online). Mudah untuk berbelanja.

Di tahun 2023 kini, kebanyakan peniaga telah menerima pembayaran melalui QR code yang sangat memudahkan pelanggan. Tidak perlu membawa duit tunai kemana-mana. Mudah!

Namun, ia juga ada kelemahan. Ia akan menyebabkan duit dalam akaun bank cepat habis. Kita tidak nampak secara fizikal atas transaksi yang berlaku atas talian. Sedar-sedar, duit dalam akaun sudah habis!

Bermaksud, akaun bank bukan lagi tempat yang sesuai untuk menyimpan duit. Tetapi, ia adalah kaedah yang sangat sesuai untuk berbelanja menghabiskan duit.

Mengapa Bank Borong Emas?

Perlu diketahui bahawa rizab bank bagi sesebuah negara terdiri daripada 2 bentuk aset. Iaitu, rizab Dolar Amerika dan emas fizikal.

Sejak pandemik Covid-19, nilai dolar semakin melemah akibat inflasi yang tinggi. Dikeruhkan lagi dengan ketidak-stabilan politik yang mempengaruhi nilai dolar.

Situasi bertambah parah, apabila invasi Rusia ke atas Ukraine. Lalu, menyebabkan perdagangan minyak dan gas di Eropah terpaksa dibayar dengan matawang Rubel (Rusia).

mengapa

Rekomendasi Untuk Anda: Oil For Gold! Minyak Russia Dibayar Emas

Ia sekaligus melemahkan nilai dolar dalam perdagangan antarabangsa. Negara-negara lain juga turut menyokong bagi melakukan transaksi perdagangan menggunakan matawang lokal berbanding dolar.

Mengeruhkan lagi keadaan, apabila China dan Rusia mempromosikan matawang BRICS sebagai alternatif untuk menggantikan matawang dolar. Sebagai usaha menjatuhkan kuasa dolar peringkat antarabangsa.

Rekomendasi Untuk Anda: Matawang Baru BRICS Diterima 41 Negara

Sebanyak 41 buah negara telah menyokong penubuhan matawang BRICS. Juga mendapat sokongan daripada negara ASEAN termasuk Malaysia.

Semua yang berlaku di atas telah menyebabkan bank pusat di serata dunia hilang kepercayaan ke atas dolar sebagai rizab negara. Lalu, bank pusat berlumba-lumba membeli emas sebagai rizab negara.

Emas Lebih Stabil

Dalam podcast terkenal Dr. Jordan P. Petersen, beliau menjemput pakar pelaburan Peter Schiff menjelaskan sebab-sebab mengapa bank membeli semua emas. “Why Are Banks Buying Up All Of The Gold”

Peter Schiff menegaskan bahawa emas merupakan duit sebenar sejak beribu tahun lalu. Kerana emas berfungsi dengan baik sebagai duit.

Katanya, suatu ketika dulu Dolar Amerika ialah emas. Kerana nilai dolar bersandarkan nilai emas suatu ketika dulu. Bermaksud, emas lebih bernilai berbanding dolar atau mana-mana wang kertas di dunia.

Namun, pada tahun 1971, Presiden Nixon (Amerika) telah memutuskan hubungan dolar dan emas. Lalu, nilai dolar menjadi terapung dan semakin lemah. Sebab, dolar dicetak tanpa sandaran nilai.

Rekomendasi Untuk Anda: Central Bank Buang Dolar, Tambah Emas

Nilai emas ada pada logam dan beratnya sendiri. Jika kita menyimpan emas, bermaksud nilainya berada di tangan kita. Jika kita menyimpan duit, nilai duit kita bergantung pada kerajaan.

Oleh sebab itu, bank pusat di kebanyakan negara di dunia sedang berlumba-lumba untuk membuang dolar dan menambah rizab emas.

Persoalannya, jika bank berlumba-lumba menyimpan emas, kenapa kita masih simpan duit kertas di bank? Bila kita mahu bertindak menyimpan emas sebagai rizab kewangan bagi keluarga kita?

Di Malaysia, kita beruntung dengan adanya Public Gold. Yang menyediakan kemudahan akaun simpanan emas GAP (Gold Accumulation Program). Bagi memudahkan kita menabung emas dengan bajet rendah, selamat, lagi patuh shariah.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

FREE! Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
5 September 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments